Thursday, May 6, 2010

tow truck

Hi all..
semoga sihat semuanya..
Bukan nak cerita tentang tow truck ya..ini kisah anak bujang saya yang manja. Tow truck ni saya beli time shopping sama2 with Ryan family kat imperial mall miri. Gara2 shane jealous tengok ryan ada fire engine baru la saya belikan dia tow truck ni. Si Ryan pula tak kasi shane pegang2 coz masih baru..sampai dibawanya tidur gitu.hehehe.Mana tak nya shane ni frust sesangat.
Layan pic2 shane with tow turck barunya..

Tengok la shane...syok giler dapat toys baru. Hahaha..saya pilih tu coz tengok toy tu besar,biar dia suka. Tow truck tu tak de besnya..tak laju pun shane....

Letih dah shopping, mekorang pun singgah kat kfc. Sementara menunggu dadynya ambik order, shane layan tow truck tu jer...

* Anak2 kan...bila ada toys baru memang seronok.Shane suka sekejap jer.Sekarang ni tow truck itu telah terpecah dua. Bukan sayang pun dia tengok toy dia rosak...terlompat-lompat dia ketawa tengok tow truck tu pecah dua.Cali banget mungkin bagi dia...aduhai shane sayang

me,


Wednesday, May 5, 2010

Panduan Makan Di Luar

Tidak dapat dinafikan, makan di luar lebih menyenangkan berbanding membeli bahan dan memasak sendiri. Malah adakalanya lebih menjimatkan. Bagaimanapun jika makan di luar, anda tidak boleh mengawal bahan-bahan yang digunakan, atau cara sesuatu makanan dimasak.

Kadang-kadang semasa memesan kita beritahu, ‘Tak mahu banyak minyak, kurang garam, kurang gula…’ dan sebagainya, tetapi makanan yang dibawa ke meja tetap tidak seperti yang diminta.


Jika ke restoran-restoran makanan segera pula, segalanya mesti mengikut menu standard yang tersedia.


Sungguhpun begitu, ramai yang memilih untuk makan di luar; mungkin kerana tiada masa untuk menyediakan makanan sendiri, mahu mencuba menu baru, atau bersantai bersama kawan-kawan sambil menjamu selera.


Apa jua alasan anda, perkara utama yang perlu difikirkan ialah, makanan mesti baik untuk kesihatan. Jika mahu mengamalkan pemakanan sihat tanpa perlu mememasaknya sendiri, anda perlu bijak!
Apabila makan di luar, PILIH:

1. Tempat; sama ada restoran atau warung yang bersih.


2. Makanan yang sihat; kurang berminyak atau lemak, kurang manis atau masin dan rendah kalori. Contohnya, pilih capati, bukan roti canai, atau nasi putih dengan seketul kari ayam berbanding nasi briyani dengan dua ketul kambing.

3. Jenis makanan yang dipanggang, bakar, rebus, kukus, stir-fry dan elakkan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak, bersantan atau berkrim. Contoh, pilih mee sup berbanding mee kari atau popia basah berbanding popia goreng.


4. Pesan makanan yang sederhana. Jangan memesan terlalu banyak makanan; bukan sahaja untuk mengelak daripada pembaziran jika tidak dapat dihabiskan, tetapi juga untuk elak makan terlalu banyak sedangkan anda sudah pun kenyang.


5. Pesan desert hanya selepas habis makan. Mana tahu, anda sudah pun kenyang dan sebenarnya tidak perlu makan desert lagi. Jika mahu, pesan buah-buahan sahaja.


6. Air kosong berbanding sirap, air berkarbonat atau yang mengandungi banyak gula



# tapi kan bila makan kat luar, jarang kita nak order air kosong.betul tak????









Monday, May 3, 2010

Makanan Selamat untuk Kanak-kanak

Bolehkah kanak-kanak yang sedang bertatih makan makanan yang sama seperti orang dewasa?
Sebelum usia mereka mencecah dua tahun, kebanyakan kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah alergi atau masalah kesihatan khusus, boleh makan daging, buah-buahan, sayur, dan sebagainya.


Cuma, jumlah yang diambil tidaklah sebanyak orang dewasa, dan makan tersebut juga perlu dipotong kecil agar selamat untuk mereka makan.

Sungguhpun begitu, beberapa perkara perlu anda ketahui dalam penyediaan makanan anak-anak yang masih kecil:
1. Jika anda sering makan berfiber tinggi seperti bijirin penuh atau beras perang, ia tidak begitu sesuai untuk sikecil. Fiber yang telalu banyak boleh merendahkan tahap mineral seperti kalsium dan zat besi, yang boleh diserap oleh perut kanak-kanak.

2. Pastikan juga makanan kanak-kanak berusia sehingga lima tahun tidak mengandungi terlalu banyak lemak terlarut yang boleh didapati daripada mentega, keju, daging berlemak, produk daging, biskut, pastri dan kek.

3. Elak memberi anak-anak anda telur mentah atau telur setengah masak kerana risiko dicemari salmonella yang boleh mengakibatkan keracunan makanan. Jika mahu beri anak anda makan telur, pastikan bahagian merah dan putih masak sepenuhnya.


4. Potong kecil, parut atau kisar kekacang atau buah-buahan jika ingin memberi mereka kekacang atau buah-buahan.

5. Sesetengah ikan mengandungi tahap raksa yang tinggi, dan ini boleh memberi kesan kepada perkembangan sistem tunjang mereka. Jadi cuba elakkannya.

6. Elakkan memberi minuman bergula atau mengandungi madu kepada kanak-kanak kerana ia boleh merosakkan gigi. Adalah lebih baik anda memberi air kosong atau susu saja.


p/s mama2 yang lain,kalau ada info yang lain berkaitan ngan anak2 share2 la ya..

tataaa


sumber:sajionline










Saturday, May 1, 2010

Seafood2

Hi all

Friday, 30 mei 2010 saya temankan kawan(mommy Yen) pergi e-mart coz hari sabtu dia nak balik Kuching. Dia nak jumpa aunty dia n beli ole2 untuk family dia kat Kuching. Aunty dia tapaukan crabs...
Sampai je kat rumah, layan crab la kami berdua, coz hubby2 belum datang lagi.

Ini lah aksi2 dua mummy makan crab. Sedap hingga menjilat jari ketam New Fu Lin seafood.


Malamnya pula kami makan kat Yi-Hah-Hai seafood. Yang tengah tu kawan lama juga (melissa).
BFFS mommy Yen


Anak2 kami ni tak reti diam..tengah menjamu selera sibuk jalan sini sana.Shane lah yang paling tak reti duduk elok2.Tengok tu berpeluh-peluh dia.



With Yen family..after makan2 seafood.Very full dah.Tq so much 2 Yen family belanja makan seafood.
 
*Mereka dah balik Kuching pagi tadi.Dua minggu tinggal sama.Rasa macam sunyi mereka dah balik. Harap jumpa lagi nanti.
Tataaa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers