Thursday, December 15, 2011

I'm really worried about my exam results..

Final exam sem sept baru berakhir tadi...lega coz sem sept dah berakhir. Namun saya berasa risau dengan jawapan yang telah saya buat.Kertas hari ni, rasa macam yakin  saya jawab tadi. Tapi paper semalam seni dalam pendidikan, saya rasa memang tak yakin sangat. Tak idea betul menjawab soalan terutama soalan esei. Nak goreng pun tak de idea langsung. So saya keluar 1 jam awal dari dewan peperiksaan, coz tak tau nak tulis apa. Daripada saya merapu dan menyeksa diri memerah otak walau tak ada jawapannya, baik saya keluar kan. Saya berharap markah assignment dapat membantu untuk lulus subjek ini. Saya tidak sangka sangat topik muzik pula yang banyak keluar,saya lepas pandang nak buat revision topik tu. Pengajarannya, lain kali harus buat persediaan awal, betul tak?..
*Petang ini, nak keluar jalan-jalan dengan suami dan anak-anak bagi meredakan keresahan ini....
Saya berharap saya dapat lulus dengan baik nanti.amien..

Tuesday, December 13, 2011

Thank You to Nescafe Ais - Cara pasang fungsi Threaded Comment di Blogspot

Thanks so much to Nescafe Ais yang sangat baik hati membantu saya pasang Threaded comment kat blog saya ni. Blog beliau memang ada banyak tutorial ttg makeover blog, di samping beliau sendiri sedia membantu. Saya rasa ramai blogger dah tahu dan dah buat tutorial ni. Fungsi Threaded comment memudahkan untuk kita menjawab setiap komen yang telah diberikan pada sesebuah posting. Hanya klik pada Reply untuk membalas setiap komen tersebut dan komen yang di reply itu akan berada di bawah setiap komen yang diberikan oleh pembaca.  Pas ni, memang semangat tau saya nak reply comment. Kalau boleh semua nak reply, coz cmennt setiap posting bukan banyak pun. Saya mengaku bukan blogger tegar ya, ikut masa je buat bw. Untuk membina Threaded Comment pada bahagian komen blog anda seperti yang boleh di lihat pada bahagian komen blog ini. Sila singgah kat blog Nescafe Ais sini, biar lebih jelas ya dan u all akan jumpa lebih banyak tutorial, silalah pilih2 sendiri ya :)

Lalalala..happynya saya dah ada Threaded cmment ni tau...tu lah sebabnya nak sharing dengan u all pula. That's all... dan, doakan saya sukses dengan final exam sem sept yang bermula esok ya kawan2. Subjek esok ialah Seni dalam Pendidikan & English for written communication. Last paper hari khamis ialah subjek Masyarakat dan tamadun. Wish the best for me ya :)babaiii

Sunday, December 11, 2011

Indahnya ciptaan Tuhan....

Pic  by: Malaysia Lunar Eclipse

‎11.12 PM
Planetarium Negara
Kuala Lumpur
‎10 December 2011 Lunar Eclipse at Planetarium Negara Kuala Lumpur
Indah kan ciptaan Tuhan ni. Saya tak nak lepaskan peluang  menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh bermula jam 7.34 petang tadi. Tadi kan bila on9 fb, tengok status rakan2 fb, masing2 tak nak lepaskan peluang menyaksikan gerhana bulan. Saya pun excited nak menyaksikan sendiri dengan mata kasar. Saya dengan mama saya & jiran2 dari kul 8.30pm borak2 keluar sambil2 menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh. Mengikut sumber yang saya baca di sini 
"Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.Syoknya tadi, bila melihat bulan tu macam ada lingkaran berwarna biru.:)
Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam

* Seronok juga menyaksikan gerhana bulan tadi ramai2 with jiran2. Rugi bagi mereka yang buat dont know jer kan, coz gerhana bulan ni bukan selalu. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada Jun lalu.

* Bagaimana gerhana bulan ni boleh terjadi ya???
-Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Thursday, December 1, 2011

" Red & Black Nite "

Hai all, 1st December dah kan...tak terasa bulan Nov 2011 dah berlalu. Semoga kita semua baik2 saja ya.
Seperti yang dijanjikan, next entry saya ialah tentang Red & black nite pada Ahad lepas. Tak payah saya nak jelaskan panjang2..layan je gambar yang ada, barulah i ada idea nak tulis apa.heee
My little family bergaya with Red & black. Simple je, abang shane seluarnya lari dari tema, coz seluar hitam untuknya agak panjang.Tak pe janji baju tu merah menyala ya Shane. Mula2 saya plan qeisha & me pakai red dress, then tukar plan pakai dress over leggings je. Yalah lagi senang saya bergerak.My mum, memang sedia maklum t-shirt tetap menjadi pujaannya. Blouse yang saya pilih kena reject oleh nya.haha
motif sampingan : kami dua qeisha nak tayang2 skaf black colour yang sama tu.Fokus okeh!!!hihik
Pic atas : my mum with sepasang cucunya. Entah apa yang mereka bertiga gelakkan.
pic kiri : Qeisha merajuk nak ambil Chuggington toy abang shane, tapi shane tak bagi. Tak tau pulak qeisha berkenan dengan toy tu coz abang shane je yang minat sangat dengan chuggington tu. Tengok dvd chuggington berkali-kali tak reti boring.
Staf2 bsn yang anggun with Red & black . They r very beautiful!!!! i'm speechless okay.hehe
Selain berkaroake, macam2 games yg ada dalam aturcara masa tu. Antaranya ialah meniup belon, berebut kerusi kategori kanak2,pasangan serasi dan yang ada kayu berhalangan tu saya lupa nama game tu. 1 game yang lucu ialah makeup pasangan dengan menutup mata. Pasangan perempuan yang makeup pasangan lelaki dengan mata ditutup dengan kain hitam. Saya & hubby menyertai. Tersangatla lucu tau, segan i nak letak pic tu kat sini.haha.Tak kesah kan,apa yang penting harusss sporting rite.
Bila dah enjin dah panas, berlari sana sini. Tak reti duduk diam sepasang adik beradik ni. Tak larat nak terkejar-kejar, saya biarkan je mereka dua enjoy with kanak2 yang lain. Ada juga game untuk kanak2, 1 game iaitu mencari harta karun semua dapat hadiah termasuk shane & qeisha.
Banyak cabutan bertuah, hamper2 semuanya menarik. Yang di atas adalah antara yang bertuah.Mr hubby dapat juga hamper, walaupun bukan yang besar,tetap happy ya.Bertuah juga namanya.heee :)
Xtvt berkaroake..seperti tahun lepas juga, my husband tetap join & siap ada penari & suara latar dari hero & heroin dia tu. Qeisha tau lagu dady dia tu coz selalu dengar masa dadynya berkaroake kat rumah, cute sangat qeisha ikut nyanyi walaupun tak semua lirik dia hafal.
Pose cute..qeisha posing with hadiah lollipop dia.Lollipop pun merah juga.haiya! :)
Pic atas kanan : dua beradik yang sangat comel with red & black dress. Mak mereka dua la yang jadi queen of the nite masa tu. mereka memang sedondon dengan red & black colour.
Pic bawah  kiri : toy angry bird & chuggington milik shane & qeisha. Kalau boleh kan, semua toys mereka dua nak sama.aduhai anak2..ke mana-mana tetap bawa 1 toy.
Pic atas : king & queen of the nite.Sangat bergaya...bestnya dapat boucer & big hamper kan.congratulation ya.
Pic kiri bawah : acara kemuncak juga : yang teramat bertuah menerima hadiah lcd tv 32 ". staf dari bsn lawas kalau tak silap saya.
Pic kanan bawah : yang bertuah menerima hadiah dvd player.
Captured by me : gambar beramai-ramai staf zon miri iaitu mengabungkan staf dari lawas, limbang, marudi, bintulu dan miri. Silau mata i dengan warna merah menyala tu tau.hehe
Sebelum balik, posing2 kat deco xmas yang ada kat lobby mega hotel.

note : program family day mereka ni sangat menarik bagi saya coz dapat mengeratkan tali silaturrahim antara staf2. Harap2 1 day, aktiviti sebegini boleh dijalankan di tempat saya bertugas juga.
motif entry : juz 4 sweet memories..takde niat lain ya.ok tataaa :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers