Showing posts with label macam2. Show all posts
Showing posts with label macam2. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Lizard on a car!!

eeiiiii... korang berani tak pegang cicak macam pic di atas? Saya ni kan, geli sangat dengan cicak, jangankan nak pegang..tengok pun dah geli geleman. Rupanya tak cute betul kan..apalagi najis dia yang black & white tu.., sangat2 la tak suka kan.
Kisah yang sebenar ialah...
*

*

*
 sila perhatikan betul2 pic di bawah...amati betul2 perubahannya..
Kisahnya begini : Petang Ahad lepas (09.10.2011) haa.. siap ada date lagi, kami sekeluarga pergi la bersantai di esplanade. On the way balik rumah...dah gelap dah masa ni, dekat kul 8 malam agaknya. My hubby yang nampak dulu lizard tu kat cermin keta. Gelap kan, so kami tak perasan la lizard ada melekat kat cermin keta. Makin lama, lizard tu naik lagi kat bahagian atas cermin keta...dan, amat jelas kelihatan depan mata. Shane &qeisha apalagi..menjerit-jerit sebut lizard!.1st time dalam hidup saya tengok lizard melekat kat cermin keta depan mata..dah la time keta sedang berjalan.Camana tiba2 lizard tu tiba2 ada kat cermin keta kami. Eeeiiii..gelinya teringat camana rupanya. Nasib baik bukan saya yang drive masa tu, if saya yang drive..tak pasal2 tak dapat kawal stereng keta.
about pic 1 : si lizard mula memperlihatkan dirinya. Saya tak suruh hubby halau guna car wiper...coz takut terputus pulak ekornya.Lagi la geli kan.
pic 2:  makin naik atas lagi..betul2 depan tempat duduk saya & qeisha.
Pic 3 : degil betul lizard tu...masih lagi bergerak ke tepi sebelah kiri cermin keta. Qeisha makin takut..shane ok, coz duduk ngan neneknya kat seat belakang.
pic 4 : Si lizard tu..membengkokkan ekornya. Minta puji betul la si lizard tu kan, macam2 aksi yang dia tunjukkan..mentang2la orang captured pic dia hehe
* pic tak berapa clear..coz gelap & juz captured by phone je.
Ini aksi Qeisha pada mulanya : mula2 dia berpaling muka..mengelakkan pandangan ke arah si cicak kubin tu.Qeisha duduk atas ribaan saya. Sian..i pun takut gak sebenarnya..
Last2..qeisha tutup muka.Tak nak tengok cicak tu..so cute.hehe
note : ada maksud ke cicak tu?eeiiii...malas i fikirin..:).macam2 betul.

Thursday, March 18, 2010

Private Number Calling!!!

Haaa be careful if korang dapat pangilan 'private number calling or yg ada +6......????.'
Saya baru je dapat calling dari private number.Tengah saya sibuk singgah kat blog2 n mencari rakan2 blog, phone berbunyi. Saya ingatkan husband atau adik yang call. Rupa-rupanya private number. Apalagi saya, bersedia untuk berhati-hati daripada ditipu. Saya jawab juga coz nak tau PENIPUAN apa pula ya???


Me : Halo! (dengan nada yang tegas! chewah nak kasi dia takut ckit nak tipu)
PENIPU BESAR : HELLO..(dengan pelat cina) BETUL NUMBER INI 019....(dia sebut la no phone saya)
Me : Ya betul kenapa???!!!! (dalam hati saya berkata "eksen2 la tu nak mulakan penipuan")
PENIPU BESAR : SAYA CALL DARI MENARA CELCOM KL NAK UCAPKAN TAHNIAH KEPADE CIK SEKELUARGE KELANA SIMCARD CIK TERPILIH MEMENANGI WANG TUNAI RM7000..
**Belum habis lagi dia terangkan saya terus menyampuk!
Me: Haa macamana saya boleh dapat hadiah sedangkan saya tak pernah ikut mana2 peraduan? (saya masih nak tau technics penipu tu sebenarnya)
PENIPU BESAR: MACAM NI CIK..SIMCARD CELCOM CIK TERPILIH..
*malas nak layan dia saya terus potong cakap dia..jahat juga saya ni
Me: Kalau betul saya dapat hadiah, hantarlah cek ke alamat saya ke?hantar surat ke.Ni pakai private number mesti menipu kan?
PENIPU BESAR : (agak marah juga suara dia coz saya tak bagi peluang dia menipu) TIDAK...KAN BANYAK KES PENIPUAN DI NEGALA KITA ITULAH SEBABNYE KAMI CALL MENGGUNAKAN INTERNET. TAK BOLEH GUNA CEK..CIK ADA TAK KAD MAYBANK???
CIK PEGI SAJA KE ATM KAD N TOUCH SAJA SKRIN KAT ATM TU..
*OOOOO... nampak sangat kan dia menipu.
Me: Okla..malas saya nak dengar penipuan seterusnya.Terima kasih atas penipuan kamu ini..baguslah dah tempah tiket masuk neraka. (Berani juga saya ye..kat telefon berani la..kalau depan mata lagi bagus saya cabut!!!!)
PENIPU BESAR: (dengan nada marah) OK LAH CIK TOLAK HADIAH TAK APE,KAMI TAK PAKSA..
*then saya end call..menyesal juga layan kejap, buat saya marah je..eh takpe juga biar dia tau tak semua orang boleh ditipu!


Banyak sangat kes penipuan yang dah saya dengar dan baca..
p/s Jangan sesekali mudah terpedaya dan tertipu gara-gara kita nak wang yang banyak.
INGATLAH MANA ADA ORANG NAK BAGI KITA DUIT MACAM TU JE...DALAM JUMLAH YANG BANYAK LAGI TU.'Lu fikir la sendiri..'kata Nabil
* Ingatkan u all ingatkan saya sendiri juga*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers