Showing posts with label pendidikan luar. Show all posts
Showing posts with label pendidikan luar. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

kursus peningkatan pengurusan xtvt aras tinggi & perkhemahan pendidikan luar murid sklh menengah 2012

about......
Kursus peningkatan pengurusan aktiviti aras tinggi : 13- 14 April 2012
Matlamat : Bengkel pembinaan Flying fox, abseiling dan rapeling untuk jurulatih pusat kokurikulum daerah adalah bertujuan untuk memantapkan kemahiran, kepakaran, keyakinan diri dan mewujudkan nilai kerjasama di kalangan jurulatih. Adalah menjadi harapan dan visi pusat kokurikulum daerah & negeri agar segala xtvt dpt dijalankan dgn lancar & mencapai matlamat kemalangan sifar ( i refer kat kertas konsep bengkel yg diedarkan) :)
Perkhemahan Pendidikan Luar murid sekolah menengah : 15- 17 April 2012
Matlamat : Membimbing dan mengasah ciri atau bakat kepimpinan peserta untuk meningkatkan kebolehan memimpin dalam kepelbagaian kes agar menjadi contoh dan teladan kepada murid di sekolah.
TEMA : Integrasi Melalui Pendidikan Luar
Tempat : Pusat Kokurikulum Daerah Miri, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri
Berkampung di pusat kokurikulum selama 5 hari 4 malam, para Jurulatih stayed kat hostel manakala peserta pelajar sekolah menengah berkhemah selama dua hari.Layankan je gambar2 yang ada...
top pic :  3 JU yang rasa diri chantek berposing sebelum bergerak mengiringi pelajar ke station masing2. saya kat station flying fox.
left pic below: para peserta sedang memberi sepenuh perhatian taklimat flying fox oleh tuan Iskandar. Mereka diajar cara2 memasang full body harness, carabiner,helmet, lanyard dan glove. Objektif utama ; peserta dapat melaksanakan aktiviti fying fox dengan selamat dan berkesan.
Right pic below : 3 JU yang terlebih sudah.heeee
dan lagi...eh, saya kali ini ada buat demo flying fox tau.Best...tapi masa nak berlepas tu kan, rasa ngeri tu tetap ada.ehee
Right pic below : bersama tuan Lai yang susah nak senyum.Tapi kat pic ini kan "manisnya senyumanmu" ataupun dia terpaksa coz saya yang suruh dia senyum.haha
 Aksi2 peserta rapelling dan flying fox. Cantik sungguh kan permandangan di sini.Sangat2 sesuai bagi yang sukakan extreme xtvt.
Objektif : Peserta dapat melaksanakan aktiviti rappeling dengan berjaya dan selamat.( Keselamatan peserta keutamaan kami)
right pic below : demo aksi superman drpd Tuan Shafiq (Penolong Pengarah Kejurulatihan, Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak). Hebat kan dia. 
lagi... aksi2 yang membuat kan saya speechless :)
Ikthiar Hidup antara xtvt pddn luar yang amat saya suka, rasanya peserta2 pun sama. U all boleh tengok kan wajah happy diaorang kat pic2 di atas...
Menu petang itu (15 April 2012) ialah ayam pansuh, pisang pansuh dan memasak telur di dalam tanah. Rasanya sangat yummy!!!
 
Top pic : my fren posing kat depan khemah2 pelajar.
Left pic below: masa sedang gigih membuat draf sijil untuk para peserta, kali ini saya JK Sijil & Cenderamata. Hard 2 say "i'm sorry" if sijil2 tersebut ada kekurangannya ya. Saya dan kawan2 telah cuba membuat yang terbaik. Thank so much 2 Tuan Empari,tuan Nizila, tuan Kuliana & Tuan Flarlye yang banyak membantu saya.
Right pic below : Semasa xtvt orienteering, xtvt ni saya tak join coz tengah gigih buat draf sijil2 peserta.
Malam Kebudayaan...top left pic: saya, tuan rosemary dan tuan empari merupakan hakim pada malam itu. Boleh tahan juga persembahan peserta2 walaupun berlatih tanpa fasi.caya lah!
Majlis Penangguhan...dan sesi bergambar
 kursus peningkatan pengurusan xtvt aras tinggi & perkhemahan pendidikan luar murid sklh menengah 2012. How, smart tak kami semua with uniform itu.ahak!. Sayakan rasa macam jadi student dulu..silalah perasan okeh :)
Lagiiii posing2 jangan kurang..
ok all..sangatlah enjoyed tau!
buat rakan2 JU semua..afterward i upload pic2 kita kat FB ya.U all boleh tag diri sendiri & cilok pic yg ada muka korang.hehe..babai..sehingga kita berjumpa lagi.

"Rela dipimpin untuk memimpin"

Monday, July 25, 2011

Perkhemahan luar murid sk rendah & kursus peningkatan jurulatih

hai all..
dah macam chipsmore dah saya sekarang nie, kejap ada..kejap takde..
Minggu ni maybe tak sebizi minggu yang lepas. Saya rasa bulan Julai ni berlalu dengan begitu pantas, coz banyak aktiviti & ada dua kursus. Hampir 2 minggu takde pergi ke sekolah. Post about kursus peningkatan jurulatih & perkhemahan luar murid sekolah rendah daerah Miri minggu lepas .
Tempat: Pusat Kokurikulum Daerah Miri Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
18/7-22 Julai 2011. Berkhemah selama 5 hari 4 malam..banyak pengalaman manis dan baru diperolehi daripada kursus dan perkhemahan tersebut. Oh ya, entry ni agak panjang ya, almaklum la masa ni saya agak free.:).Jom layan gambar2 yang ada sepanjang perkhemahan tersebut. Saya captured with phone je coz malas nak bawa mydslr(canon)..payah nak jaga.
Bersama member2 perempuan yang sama mengikuti kursus peningkatan jurulatih. Inilah tapak perkhemahan kami. Best juga tidur dalam khemah ni, 1 khemah 2 orang..tak panas, fresh air bah.Then kawasan ni redup je coz dikelilingi pokok2. Tapak perkhemahan ni dekat ngan asrama, so kamekorg menumpang mandi di asrama la. Aktiviti sampai kul 10++ malam, so tak berani la saya drive sesorang balik rumah coz kolej ni agak jauh dari kediaman saya. Lagipun memang tidak digalakkan balik, coz tujuannya adalah berkhemah kan2. Bukan selalu dapat peluang sebegini :)
This is our tent..:)
Setiap orang ada dibagi campbed...saya lengkap bawa bantal & blanket. Tidur dengan lena coz terlalu letih. b4 sleep call shane & qeisha dulu mereka ok je, then baru mata dapat tidur.
Hari ketiga...peserta murid sekolah rendah daerah miri pun join sama berkhemah di sini. Tujuan kursus selama 2 hari adalah bertujuan meningkatkan kemahiran pembantu jurulatih untuk mempratikkan kemahiran @ mengendalikan xtvt perkhemahan murid dan dibantu oleh para jurulatih utama. Murid2 seramai 72 orang yang menyertai perkhemahan ini. Gambar di atas adalah khemah2 mereka. Bangunan yang ada tu ialah hostel pelajar2 kolej.
Antara xtvt yang dijalankan ialah ice breaking, senaman pagi@senamrobik, orienteering,repealing. Nampaknya semua murid2 seronok mengikuti semua xtvt2 yg dijalankan..
Bersama murid2 dari sekolah tempat saya bertugas..dan yang baju purple tu ex-student saya tahun 2007 dulu. Saya gurukelas dia year 1 dulu, tengoklah sekarang ni dia hampir tinggi dengan saya. She is very cute.
xtvt seterusnya ialah masakan rimba...setiap kumpulan memasak 'ayam pansuh' dengan menggunakan buluh. Masakan tersebut dihakimi oleh kem komandan. Setiap kumpulan ada 2 orang guru sebagai fasi.
and......
yeayyy...kump 6 iaitu kumpulan saya berjaya menjuarai pertandingan masakan rimba. Gembira sesangat tau. Budak2 lagi la, happy sangat diaorang. Sedap tau, bukan setakat hingga menjilat jari, habis sup tu mereka minum..tak rugi masak.
pic atas: ayam pansuh champion kump kami. Sila la bangga ya..berbaloi2 usaha cikgu & murid2 sekalian :)
dan lagiiiiii......
Kumpulan 6 ( beta & cikgu Hasrol sebagai fasi ok) berjaya mendapat 4 hamper. Banyak tuuuu.Tepuk...tepuk..semangat!!! u all faham tak? tak tau tak per, peserta perkhemahan semua tau camana tepuk semangat & tepuk gemuruh. Maybe ada diaorang singgah baca post ni..sila tepuk gemuruh okeh...terlebih sudah pula cikgu ni kan. Kump ni berjaya mendapat hamper kump terbaik, champion masakan rimba, tempat kedua persembahan malam kebudayaan...harus bangga tak???saja je jangan marah ya..kump kami dapat banyak hamper.Tapikan saya ambik ckit je & dapat basket je...kesian tengok budak2 sekalian. Apa yang penting???happy kan2
Lagi...xtvt abseiling, flying fox & orienteering...tinggi tangki air tu 30 meter...tinggi kan? Gayat sangat..tengok diaorang. Last year saya hampir2 tak dpt turun tau ::) kagum dengan keberanian murid2 tersebut.
sesi bergambar after majlis penutupan/penangguhan ....
Selama 5 hari berjauhan dengan suami & anak2 teramat la rindu..coz aku tak biasa berjauhan dengan mereka. Apapun sangat seronok dan berminat dengan xtvt pendidikan luar sebegini. Release tension sesangat...walaupun jadualnya padat, tapi itukan mengajar kita untuk lebih berdisiplin mengatur masa.ye tak???
*banyak lagi pic2 lain sebenarnya, untuk rakan2 yang sama mengikuti kursus tersebut, afterward saya upload kat fb & tag all ya
Sepasang buah hati tersayang yang amat dirindui masa tu..thanks so much to mr Hubby & mummy coz memahami dan menjaga baik2 sepasang penyeri hidup kami ni. Terharu sesangat melihat mereka dua menjerit kegembiraan melihat saya datang hari Jumaat lalu....
ok thats all...panjang berjela dah ni...oh ya post ni ada kaitan dengan post last year..sila klik kursus-asas-jurulatih-dan-bantu-mula babaiii..nak melawat u all pula :)

Wednesday, August 4, 2010

Kursus Asas Jurulatih Dan Bantu Mula 2010

Hi all...semoga sihat semuanya
Entry tentang kursus asas jurulatih dan bantu mula 2010 di kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang (pusat kokurikulum daerah miri) selama 4 malam 5 hari . Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang menghadiri kursus ini. Kami juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan kem sepanjang kursus tersebut. Rindu sangat dengan anak2 di rumah..nasib ada husband dan emak yang menjaga shane dan qeisha saya. Layan2 beberapa pictures sepanjang kursus tersebut. (27/7-31/7)


xtvt lasak..abseiling dan flying fox...sangat gayat sekali.... 40m tinggi tu, tapi bila dapat melakukan sangat seronok sekali. Teringat masa jadi guru pelatih dulu, ikut BIG..xtvt orienteering pun best juga, belajar menggunakan kompas.

1 hari mengikuti kursus bantu mula. Kursus ini memang perlu untuk semua guru sebenarnya. Macam2 aksi lucu masa buat amali.

ujian kecergasan, berlari sejauh 800m, berlari memikul beban dan bangkit tubi..sempat lagi tunjuk pose

Haaa..xtvt air saya suka..ujian renang 200m. syukur saya dapat habiskan. Agak sukar juga coz tak pakai swimming suit. Memang sengaja tak pakai, coz baju renang saya agak seksi.Memang teruk juga sunburn saya..sampai mengelupas muka.Mana taknya tengah panas terik.

Inilah tapak perkhemahan kami. 2 orang satu khemah. Amacam, u all suka tak tidur dalam khemah??Nyenyak jer tidur kerana letih dan terlena mendengar bunyi katak yang bersahut-sahutan.
tadaaaa        

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers