Showing posts with label pesona. Show all posts
Showing posts with label pesona. Show all posts

Friday, June 18, 2010

Ketawa jauhkan penyakit jantung

Hi all.....
Mulakan hari anda dengan senyuman..
Ada tak u all tersenyum,tertawa,ketawa,tergelak atau dikertawakan hari ni???
SENYUMAN dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia melibatkan pergerakan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, wajah, kaki dan otot belakang badan.


SENYUMAN dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia melibatkan pergerakan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, wajah, kaki dan otot belakang badan.


Ketawa mengurut organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi yang membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti bersenam untuk beberapa minit.

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan tindak balas kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan ulser.


Pusat Perubatan Universiti Maryland, Amerika Syarikat menjalankan kajian ke atas 300 responden mendapati 40 peratus orang yang menghidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.


Kajian itu menyatakan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila seseorang ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar itu akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

##...so janganlah selalu bermasam muka, ketawalah sekiranya patut ketawa.Jangan pula ketawa tak tentu pasal.hehehe.Jangan lokek dengan senyuman.Tak der faedahnya kita menyombong, tak ada orang suka individu yang sombong.Betul tak??Selalulah berfikiran positif untuk menghindari stress. Amalkan gaya hidup sihat..dan jangan kurang ketawa, kerana orang yang sihat bukanlah orang yang kurang ketawa...tapi berwaspada juga jangan beri senyuman manis pada orang yang tak betul..BAHAYA.

me,




Sumber: Universiti Maryland

Thursday, April 15, 2010

Coklat kurangkan tekanan darah

Peminat2 coklat mesti tersenyum lebar baca entry kali ni. Saya pun suka coklat, walaupun ramai yang kata makan coklat boleh mengemukkan.



KAJIAN ke atas hampir 20,000 responden selama sekurang-kurangnya 10 tahun menunjukkan pengambilan sedikit coklat setiap hari mampu mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar sebanyak hampir 40 peratus.



Mereka yang memakan purata enam gram coklat setiap hari atau bersamaan satu perempat daripada sekeping coklat, adalah 39 peratus lebih rendah terkena serangan jantung atau strok.


Sebelum ini banyak penyelidikan menyarankan pengambilan sedikit coklat hitam setiap hari baik untuk kesihatan, namun ini adalah kajian terawal mengenainya. Pakar berpendapat flanovol di dalam coklat memberi faedah kepada tubuh kerana ia mengembangkan saraf, sekali gus menurunkan tekanan darah. - European Heart Journal.


sumber: www.kosmo.com

Sunday, April 4, 2010

Belajar Kendali Kemarahan

MEMBESARKAN anak-anak pada zaman moden kini merupakan cabaran terbesar buat ibu bapa kerana senarionya amat berbeza berbanding 10 atau 20 tahun dahulu.


Jika ibu bapa tidak dibekalkan dengan kemahiran keibubapaan yang sempurna, mereka mungkin menghadapi kesulitan untuk berhadapan dengan pelbagai ragam yang ditimbulkan anak-anak sehingga boleh menyebabkan kemarahan.
Tetapi, tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan cara menghamburkan segala kemarahan kepada anak-anak. Ia bukan cara terbaik untuk mendidik mereka, kerana lama-kelamaan si anak mungkin menanam perasaan benci terhadap ibu bapa mereka.



Pensyarah Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia (UUM), Yahya Don memberitahu, kemarahan dibenarkan dalam konteks kecergasan emosi (EQ) jika berdasarkan prinsip-prinsip yang jelas.


"Misalnya seorang guru memarahi muridnya yang menconteng di dalam kelas, maka kemarahannya beralasan. Dalam EQ, hal ini dibenarkan.


"Berdasarkan teori EQ, emosi-emosi seperti marah adalah kuasa atau tenaga yang tidak boleh dihalang kehadirannya. Emosi muncul dan berkait dengan faktor genetik, pengalaman, pendidikan dan kebiasaan kita," katanya ketika memberi seminar sempena Kempen Kenali Anak Kita anjuran Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) baru-baru ini.


Tambahnya, walaupun kita tidak boleh mencegah kemarahan, tetapi ekspresi marah boleh dikawal. Hal inilah yang berkait dengan pengawalan kemarahan.


Pengawalan kemarahan dapat dilakukan dengan pelbagai cara antaranya:


Fokus pada masalah, bukan pada perasaan
Ketika seseorang sering mencari kesalahan terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, kita mungkin marah dan mula memfokus kepada emosi tersebut. Jika kita tidak mengutamakan soal penyelesaian masalah tersebut, kemarahan hanya akan membawa kepada masalah lain iaitu kita mula mencari dan mengungkit kesalahan yang dilakukan oleh orang tersebut.


Jangan mudah membuat kesimpulan. Siasat dan semak sebaik mungkin
Ketika seseorang memiliki tanggapan terhadap terhadap seseorang terutamanya persepsi negatif, penilaian menjadi tidak rasional. Apa sahaja yang dilakukan oleh orang tersebut akan dianggap negatif. Oleh itu, perlu siasat dan teliti sebaik mungkin.


Bersabar
Reaksi marah yang tidak dikawal amat berbahaya kerana kesannya adalah situasi menjadi bertambah sukar.


Jangan terlalu mengharap
Kemarahan terjadi kerana kecewa akibat harapan yang tidak dipenuhi. Padahal ia merupakan sesuatu yang biasa kerana kita sering menetapkan standard yang terlalu tinggi.
Contohnya, jika anak anda masih melakukan kesalahan matematik walaupun sudah beberapa kali diterangkan kepadanya, jangan berteriak 'bodoh' atau memarahi dengan panggilan yang tidak elok. Cara itu hanya menyebabkan perasaan anak-anak terluka.


Jangan melibatkan sebab-sebab lain
Banyak kemarahan terjadi kerana sebab-sebab lain yang langsung tidak ada kaitan. Ini disebabkan kita menyimpan sesuatu emosi terhadap seseorang.


Alihkan kemarahan kepada perkara-perkara lain
Setiap daripada kita memiliki pola kemarahan yang pelbagai. Ada yang bertindak balas secara serta-merta dengan memaki hamun, menyergah atau berteriak, melempar barangan, menangis dan sebagainya. Sebenarnya pola tersebut boleh dialihkan kepada cara yang lebih terkawal dan tidak menimbulkan aib kepada diri sendiri dan orang yang dimarahi.


Menilai dengan bertanya kepada diri
Emosi kemarahan boleh mendatangkan penyakit fizikal. Oleh itu, kita perlu mencari kaedah untuk mengurangkan ketegangan emosi. Misalnya dengan memikirkan 'kenapa saya perlu memikirkan masalah yang kecil ini hinggakan mengganggu ketenangan saya?' atau 'saya ada hal lain yang lebih penting untuk diurus'; atau 'sudahlah, perkara sudah berlaku'.
Kita perlu bersikap relaks dalam menghadapi masalah yang silih berganti dan memancing emosi.


Melakukan aktiviti melepas tekanan
Emosi marah seseorang boleh dibendung jika ia rajin melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dapat melupakan permasalahan. Contohnya adalah dengan menyanyi, berteriak, memukul-mukul bantal, beryoga, bermeditasi dan sebagainya.


Belajar menyatakan emosi
Kita sering berfikir masih ada hari esok. Kita selalu menangguh dan selalu berfikir bahawa orang akan tahu perasaan kita. Mungkin esok bukan milik kita. Jadi, janganlah menangguh untuk menyatakan emosi atau perasaan yang terpendam kepada seseorang yang kita kasihi. Mengapa kita tidak melakukannya sekarang juga?


* Sama2 la kita belajar kendali kemarahan. Bila dah marah macam2 cara kita lepaskan kemarahan yang kadang2 melukakan hati orang di sekeliling kita.Saya pun sama..bila dah geram sangat ada lah perkataan yang tak sewajarnya keluar dari mulut saya specially time mengajar.Kesudahannya,menyesal la saya..bagus la jugak terjumpa pesona ni kat kosmo..


sumber: www.kosmo.com.my




Tuesday, February 23, 2010

Hadapi kerenah degil


Degil adalah tanda si kecil sudah membina identitinya sendiri, selain berasa dirinya sudah berada dalam zon selamat.
SIKAP si kecil yang degil bukan bermakna dia memberontak dan tidak memerlukan perhatian ibu bapanya.
ANAK anda enggan makan bersama apabila diajak? Kalau diminta mengemas barang permainannya, dia hanya berdiam diri atau cuba mengelak. Mungkin juga si kecil itu sengaja membuat bising apabila si adik sedang tidur atau akan lari ketika disuruh mandi.
Anda yang mempunyai anak kecil mungkin sudah biasa menghadapi situasi seperti ini. Siapa sangka dalam usia sementah itu, si comel ini sudah mula mengaplikasi soal pendirian dan kemahuannya.
Percaya atau tidak, anak yang berusia tiga tahun ke atas berasa kurang bergantung pada anda. Itu adalah tanda bahawa dia sudah membina identitinya sendiri selain berasa dirinya sudah dalam zon selamat. Namun, itu bukan bermakna dia menjadi pemberontak.
Berdegil adalah cara bagi anak kecil itu menunjukkan ketegasannya. Jadi, apabila dia menolak untuk bekerjasama dengan anda, dia sebenarnya cuba memberitahu, 'saya tidak sukakan peraturan mama'. Maka, apakah yang perlu anda lakukan?
Menurut jurnal Adolescent Child Specialty Services yang ditulis oleh Rebecca S. Blakeman, setiap kanak-kanak akan menunjukkan kemerdekaan diri melalui cara yang tidak sepatutnya dari semasa ke semasa. Meskipun begitu, adalah sangat penting bagi ibu bapa itu memahami situasi anak tersebut.
Ibu bapa tidak harus berleter apabila tidak berasa senang dengan kelakuan anak-anak. Ia sebaliknya akan membuatkan sikap anak menjadi lebih buruk.
Beri pilihan
Jurnal Rebecca itu meminta ibu bapa cuba memahami kehendak anak mereka. Dalam situasi anda memintanya makan namun dia menjerit tidak mahu, usah dipaksa lagi. Paksaan hanya akan membuatkan dia menangis atau menunjukkan kemarahan.
Maka, cuba letakkan diri anda di tempatnya. Jika anak sibuk bermain, hampiri dia dan dakap si kecil itu sambil memberitahunya mengapa perlu makan. Itu adalah langkah pujukan psikologi.
Tanpa disedari, anda sebenarnya menunjukkan bahasa tubuh dan ucapan yang membuatkan dia sedar dirinya diambil berat. Tanpa perlu memarahinya, tunjukkan betapa anda hendak ambil tahu mengapa dia tidak mahu makan.
Walau apapun yang dilakukannya, pastikan anak anda tahu bahawa semua perkara ada hadnya. Pendirian mereka mudah dilentur apabila anda menyatakan bahawa anda menyayanginya dan setiap yang disuruh itu adalah untuk kebaikannya.
Memberi pilihan adalah cara terbaik untuk si anak mematuhi sesuatu peraturan. Jika dia ada masalah mengikuti sesuatu permintaan atau suruhan, fikirkan alternatif untuk mencari penyelesaiannya.
Contohnya, jika anak kecil sering 'meragam' gara-gara tidak mahu tidur dalam gelap, berikannya lampu suluh atau pasangkan lampu yang bercahaya suram. Di situ, aspek tolak ansur sudah terbina antara ibu bapa dengan si anak tersebut.
ANAK yang sudah pandai berdegil apabila disuruh makan memerlukan pendekatan psikologi yang lembut.
Orang dewasa perlu sentiasa menunjukkan sikap yang baik. Selain memberi perhatian ketika dia menunjukkan kenakalan atau kedegilan, anak kecil perlu sentiasa didekati dan dilayani semasa dia sedang dalam keadaan 'angin baik' atau mengikut kata.
Beritahu anak-anak tentang apa yang betul atau tidak betul. Selalunya apabila si anak membuat kesalahan, dia pasti akan rasa bersalah.
Oleh itu, jangan cepat marah. Sebaliknya, cakaplah secara baik dan terangkan kepadanya mengapa anda tidak mahu kesalahan itu diulanginya.
sumber:kosmo!online-pesona

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers