Showing posts with label ABOUT SALEISHA QEISHA. Show all posts
Showing posts with label ABOUT SALEISHA QEISHA. Show all posts

Thursday, December 8, 2016

brownies cupcakes Qeisha vs butter cupcakes mama

hai uols..
Ini cerita a few days ago, main masak2 with our little princess Qeisha.
Meh sy nak share resepi brownies yg paling senang di abad ini..hahaha
SENANG coz cuma 3 bhgn jer, Senang & konpem ank2 suka tau.
Bahan2:
1/2 cawan nutella
1 biji telur gred A
5 sd besar tepung gandum.
(resipi ini saya jumpa di FB..ada kekwn shared. Mcm sinang..so kita cubalah buat.ngeh3x

Qeisha in action..muah2

Ni la rupa before & after.ayoyoyo anak..ok la tu
Jgn overmix ya, nanti keras semacam mcm yg Qeisha punya tu. (Jgn marah mumy if baca post ni nanti ya syg.hehehe).
x mengapa itu anak, yg penting sidap dap2. But, nenek x berkenan la pulak syg. huhuhihi

x puas hati dgn nutella cupcakes Qeisha yg x gebuss..si mummy cuba buat butter cake yg sinang2 sajer. Guna jer bhn2 yg sedia ada..Naaa..menjadi la juga. & semestinya gebu gebuss dan disukai nenek (my mom) yeayyyy
itu jer story mory nutella & butter cupcakes ibu & anak.
babaiii uols.
lalalala...terlepas rindu dgn xtvt blogger..setelah sekian lama tak berupdate.

Thursday, December 6, 2012

Patung Dora milik Qeisha yang sangat comel!

Our little princess lama dah mengidamkan patung Dora ni. If boleh, semuanya nak Dora...beg dora, tumbler dora,stationery dora dan segala-galanya dora. 3 days ago,si daddy balik dari kerja singgah kat kedai world of cartoon di bintang megamall belikan Qeisha patung Dora yang besar ni. Surprise buat Qeisha...
Qeisha happy sangat dapat patung Dora yang dia idamkan selama ini. Berkali-kali sayang dady dia.Memang cute sangat la, lembut..dan qeisha suka sangat peluk patung dora ni.
Dora is a true heroine.. She is a born explorer, always eager for the next adventure. Though she's only seven, she serves as something of a big sister to her best friend, Boots, and to the viewer as well. With her pride in being bilingual, her respect for her elders, her growing understanding of her culture and heritage, and her love for storytelling and music..

The price is rm104.90, no discount okeh...ok la tu.The most important is 'quality', coz dia owez peluk & bawa tidur lagi kan..

My daughter Saleisha Qeisha loves watching Dora the Explorer & like Dora very much. Syok sangat bila kita panggil dia Dora.See..muka happy dia, muka baru bangun tidur nih.hehe

Eisha Dora kesayangan mama...suka buat coloring online, play Dora games are grouped by themes like dress-up, stories, letters and spelling, numbers and shapes, sports, art, arcade-style, and adventure on at NickJr.com..mcm2 xtvt yang ada..

Wednesday, November 14, 2012

Our outing to the Bintang Megamall..

Hai all..
Bangun seawal 3am, gigih nak siapkan assignment sambil2 layan fav songs supaya mata tak mengantuk.Hopefully dapat siap be4 Sat ni. Pening, pusing, kusut, serabut, stress itulah yang sedang dialami semasa memerah otak untuk menghasilkan tugasan yang terbaik. So, untuk release tension tu sekejap, i cuba buat entry about our little princess ni.
i wanna blog about our outing a few day ago..(Qeisha, momy & dady). Shane tak ikut, coz layan fav kartun dia..so dia tinggal with his nenek la.
kebetulan ada toyota roadshow kat mall ni, so asked Qeisha to stand here for captured her picture..

swing2 & makan2 at Marryborwn..
at Popular : owez..Dora Explorer books menjadi pujaan hatinya
Dora bag!!! dia suka sangat.pokai la mommy..

swim suit lagi..saya pilih 3, dan yang ini pilihan dia
 

Sementara tunggu si daddy menjemput bossnya di airpot, kami berdua lepak kat mcd.Tak tahan pulak berdiri lama2.Dan si comel saya sempat color2, sambung puzzle dora & mkn2..
that's all..
harus bersiap for meeting SEGI college nih. 18nov-7 Dec, penceramah KSPK utk SEGI college. :)
babaiiii, have a nice day 2 u all

Saturday, September 8, 2012

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri @ tabika Qeisha

Semalam kami sekeluarga menghadiri majlis ramah tamah aidilfitri kat tabika tempat Qeisha sekolah. Meriah la juga coz ramai yang datang.Banyak ambik gambar semalam, so layan gambar je la ya.Nak cerita banyak2 pun takde idea..heee
sebelum majlis...shane & qeisha with freind..
pic bawah : kanak2 riang yang tak reti duduk diam
pic atas kiri : mr hubby selaku pengacara majlis bergaya with baju melayu. Kami sekeluarga termasuk mak saya, memakai baju raya semalam. Saja2 je bagi lebih sesuai dengan tema. Memang terasa la suasana 1 Malaysia semalam. Lagipun, berpakaian seperti ni lebih sopan untuk majlis ramah tamah aidilfitri kan? to all my christian freinds...jgn marah ya, kami hanya nak bergaya je :), tak de niat lain..
pic bawah : Persembahan nyanyian lagu "suasana Hari Raya" dari kanak2 tabika kemas..
suasana semasa menjamu selera...
Kanak2 tabika semalam ada dapat duit raya..syokla qeisha, siap show2 off ngan abang shane. see, abang shane sampai nangis, coz tak dpt duit raya.huhu, nasib baik kejap je, coz lastly qeisha suruhnya pegang juga sampul raya tu.memacam kan..
Kanak2 Posing with cikgu lala & cikgu Jun...
Para ibu2 bergambar dengan cikgu Lala.( memakai black dress tu) Cikgu kesayangan qeisha ni :)
Bapak2 budak sepastinya lebih sedikit berbanding para ibu. Biasalah, ada yang kerja jauh kan..
Kami...balik dari majlis. :)..
pic atas kiri : nenek qeisha malas nak bergambar, sebuk ngan geng2 dia yang sama selalu jadi teman dia jemput qeisha balik dari sekolah.
pic bawah: bila saya perhati pic ini, betul2 macam muslim pulak diaorang ni..:) takpe, we are 1 Malaysia, tak salah kan if kita bergaya dengan baju tradisional kaum2 yang ada di Malaysia.
ok..happy weekend 2 u all
:)

Friday, July 6, 2012

mEnGhAdiRi SaMbUtaN hAri jAdi @ pREsChooL QeisHa

Hai semuanya..
Ini cerita Sabtu lepas sebenarnya, nak buat post asyik tertangguh. Minggu ini sungguh saya rasa bizi bee, gigih nak siapkan tugasan sem Mei yang mesti submit dalam minggu ni.
Sabtu lepas kami menghadiri majlis sambutan Hari Jadi kanak2 yang lahir bulan Jan-Jun kat tadika tempat Qeisha belajar.Sambutan bermula kul 7.30 pm.Nampaknya ramai juga para ibu bapa menghadiri majlis ini. Gembira rasanya bila melihat ibu bapa kanak2 kat tadika ini memberi sokongan & sambutan dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak tadika.Pada pagi hari yang sama, ada "projek hijau" dan gotong royong dijalankan. Para ibu ada menanam sayur-sayuran di bahagian belakang kelas tadika. Di sini ada dua kelas, kelas A kanak2 yang berumur 4-5 tahun, kelas B untuk kanak2 yang berumur 6 tahun. Next year Shane akan bersekolah di sini juga..
Kek Hari Jadi..yang bertudung hitam tu Cikgu Junaizar@ cikgu Jun. Guru Kelas Qeisha..comel kan dia.
Shane, Qeisha & nenek mereka..
Cute sangat..Qeisha pun nak join juga potong bday cake tu walau besday dia Ogos nanti.:)...
*Happy je diaorang kan, sebagai ibu bapa, rasa sangat bahagia bila melihat anak2 gembira bersama dengan
 rakan2 seusia mereka..
Yang memakai baju petak merah tu Cikgu Suhaila @ cikgu Lala..qeisha bagitau rambut dia sama dengan teacher Lala. Teacher Lala juga tau qeisha sangat minat dengan Dora..budak2 memang macam tu kan, cikgu adalah idola mereka.Bila saya temankan qeisha buat homework, mesti ikut apa yang cikgu dia cakap @ ajar..kalau cikgu dia kata sun is yellow colour, owes dia ingat sun tu mesti yellow colour. I said "sunset or sundown is orange colour.." and u know what is she answered..? "okkkk lahhhh!!!"huhu..
Dua beradik posing with bday cake, see abg shane..mengantuk dah dia, seharian tak tidur.Jadual tidur dia sejak dah masuk preschool ialah 7.30pm.Awal tidur, then bangun kul 5.50am untuk bersiap ke sekolah..
and..
*our little princess look beautiful with white dress & white headband..rite?
pic atas kiri : Tuan pengerusi tadika sedang menyampaikan ucapan..
Pic atas kanan & bawah : Antara hidangan masa tu...potluck drpd para ibu bapa. Menu potluck kami sekeluarga ialah bihun goreng (beli kat katering je), + air kotak, coklat & jelly..bila dah dikumpulkan, beraneka la juga menu2 kan..
Antara bapak2 yang hadir...majoriti ibu2 yang datang...si baju putih tu ialah dady shane & qeisha..sedondon putih kami anak beranak masa ni. Nenek Shane & qeisha pakai baju dark green pulak, malas nak tukar baju katanya.alahai..
candid pic captured by mr hubby...like this pic.LOL..thanks darling!
ok all...

Friday, February 10, 2012

Our princess Qeisha go to preschooler!!

qeisha dah mula sekolah selasa lepas, kat tadika kemas. Nak hantar dia ke tadika junior bestari, tak ada pula yang jemput qeisha balik sekolah.Kebetulan tadika ni baru saja dibuka berdekatan dengan kediaman kami. So, saya mohon la untuk qeisha, syukur..semuanya berjalan lancar.Dah la dekat, boleh jalan kaki tak sampai pun 5 minit, hehe.Turun sekolah, sama dengan dadynya yang turun kerja, balik dari sekolah dijemput oleh neneknya bersama dengan our neighbour depan umah, anaknya pun sekolah sama dengan qeisha.Oh ya, qeisha ditempatkan di kelas A level 1, dengan guru kelasnya cikgu Junaizar.Ada 2 kelas di situ, kelas A & B.Sedih juga coz saya tak dapat hantar dia hari pertama dia masuk sekolah. Saya turun kerja, qeisha sayang masih belum bangun lagi. Semua pic2 di bawah dadynya yang ambik. Saya pesan suruh ambik pic qeisha kat depan kelasnya, si dady segan pula dengan parent2 yang ada hantar anak2 ke situ.Kalau saya la,ambik la cepat2 kan if segan.
Muka ceria balik dari sekolah, hari pertama dia bersekolah dihantar dan dijemput oleh dadynya. Mr hubby cuti masa ni.Syukur dadynya dapat cuti masa ni, taklah saya risau sangat.Neneknya pun ikut sama masa menghantar coz nak temankan qeisha sekejap.Qeisha memang excited nak pergi sekolah, so sekejap je neneknya temankan.Good girl betul...dia tak nangis .Bangga tau si mama, ya la umur baru 3 years 6 months.
keletihan..si cilik ni balik dari sekolah. Hari tu kan, saya tak sabar2 nak balik coz nak tau camana reaksi dia masa neneknya nak balik tinggalkan dia kat sekolah. Neneknya cerita, mula2 dia malu sangat.Bila nenek nak balik,dia kata dia takut.Bila dah mula bermain lego dengan kawan2..barulah dia mengizinkan neneknya balik."ok la nenek, banyak mainan," katanya.:).Saya tanya siapa nama teacher dia, tak tau lagi pulak. Semalam bila tanya baru la dia tau dah..cikgu jun katanya.Nick name teachernya la tu.
Karenah comelnya....dah besar dah dia kan.tak terasa masa berlalu begitu pantas.
Beg sekolah,baju pj,uniform sekolah dan buku2 teks tu dibagi percuma oleh pihak tadika.Saya tambah sepasang lagi baju uniform dia.Tumbler, alat tulis pun baru dibeli minggu lepas. Qeisha menagih beg dora...tak nak beg yang dibagi tu pula.Esok la pergi ke world of cartoons kat bintang megamall.Kat situ senang nak cari dan lebih berkualiti.
Cute..qeisha with uniform....
Kisah hari ni pula...tadi saya tertinggal handbag kat rumah.U all imagine la, wallet,lesen,phone semuanya turut tertinggal dalam handbag tu. So my mum tak dapat la contact saya kat sekolah untuk memberitahu si kecil ni tak nak ke sekolah hari ni.Neneknya cerita dah mandi, bila nak pakaikan uniform sekolah dia tak nak. Terus ambil baju dora nya bagitau dia nak pakai baju dora tu.Dadynya pujuk, tetap tak nak...dia kata dengan neneknya "cukup go to school, udah cukuppp!!! aduhai...ketawa saya dengar neneknya cerita.
qeisha umur setahun +++...sekarang ni mana la dia nak dukung lama2 macam masa ni.Memang tak terasa sangat kan, dah sekolah pula dia..
Masa umurnya 6 months...so chubby :)
note: baru dapat buat entry, 1 week ni saya rasa sangat bz..weekend ni pun penuh dengan xtvt.Esok mesyuarat agung PIBG di sekolah and Sunday mula tutorial sem januari pula.ok, happy weekend 2 u all :)

Sunday, January 15, 2012

ciannya little princess kami demam..

Badannya panas sangat petang semalam. Then saya bagi paracetamol, badannya tak panas lagi. Awal pagi lazimnya dalam kul 4.30am saya akan  kejutkan dia untuk pergi ke toilet.  Qeisha ni memang lama dah tak pakai dypers waktu tidur malam. Rasanya sejak umur dia 2 tahun.Masa ni saya dapati badannya panas lagi. Risaunya hati ini tau. Rasa nak nangis bila si kecil ni pandai request  ngan saya nak 'cool fever'.Nasib baik ada ada lagi cool fever tu, then bagi dia makan ubat.Syukur sangat2 qeisha ni senang je bagi dia ubat. Dia tau, bila demam kena makan ubat & perlu jumpa doktor..
So, pagi tadi hantar dia ke children's specialists clinic milik Dr. Philip Raja. Kalau anak2 demam memang kat sini la saya selalu hantar.
 Bila captured pic biasanya dia nak posing @ senyum...tapi bila demam mana la ada mood kan. Si mama yang sebuk2 nak ambik gambar qeisha kan.
Malam ni badan dia tak panas lagi, dah makan ubat tadi. 3 jenis lagi tu...ubat demam, batuk & antibiotik...get well soon ya sayang.Bila anak sakit, memang saya stress sangat & tak de mood...bila dia dah lena tidur, dan pastikan badannya tak panas..baru la lega hati ini...
eh, dah kul 12.08am pulak....gud morning la 2 u all

Monday, August 1, 2011

Happy Birthday To My Little Princess! -Saleisha Qeisha

On this day 1st August 2008 @ 11:am you came into this world. You turn 3 today I’m so grateful that I have you as a daughter. No matter how many birthdays come and go, you’ll always be my little girl. I’m so glad that God gave me a daughter like you. I’m so proud to have you as a daughter. I pray 2 God 2 continue guilding and protecting you knowledge & wisdom. Happy birthday to you Qeisha.muacks!
Qeisha with daddy...1st kisses from her daddy :)

Qeisha with mummy..luv u owes my princess..:)

Shane & Qeisha sayang..moga anak2 mama membesar dengan sihat, panjang umur,murah rezeki,bijak & menjadi anak yang berguna kepada mumy & dady,negara dan bangsa.amien
Birthday party qeisha postpone dulu coz tomorrow will be Shane birthday, so kira nak celebrate together..
maybe this weekend we will celebrate bday party Shane & Qeisha :)
This song is specially for my little princess Saleisha Qeisha

Thursday, May 26, 2011

Bila si kecil dah pandai nak melaram

About my daughter Saleisha Qeisha yang suka sangat dengan barangan & toys- 'PRINCESS'
Syok sangat bila kita panggil dia 'qeisha princess'.macam2 karenah anak kan. Nak school bag princess, colouring book princess,pencils case princess dan segala macam nak yang princess.Tapi memang saya tengok kanak2 perempuan memang suka barangan princess kan.Maybe rasa diri lebih cute with barangan princess.:)
Antara koleksi barangan princess si kecilku Qeisha. Dah pandai arah aunty dia my SIL ikat rambut dengan klip princess dia tu. Memang lawak tengok qeisha eksen2 keringkan rambutnya dengan hairdryer tu.heheThen, bila saya nak ambik gambar, pandai malu pula. Ngegeh betul eisha ni. Nasib baik bukan makeup betul, saya memang tak bagi punya. Dia still kecik lagi, tak pasal2 arlegik nanti dengan makeup kan.
Oh ya, qeisha ni juga suka minta lipsgloss strawberry saya. Selagi tak bagi sikit kat mulut dia, selagi tu tak puas hati.hmmm memacam...


Princess...very beautiful kan princess2 ni :)

Friday, February 18, 2011

Qeisha milestone (2 years 6 months)

Qeisha milestone 2 years 6 months :
Weight : 11.7 kg
Height : 87 cm
Susu : Nespray honey flavour
Fave drinks : ribena , vitagen, solitive, fresh barley, milo, carrot juice
Multivitamin : appeton taurine ( for healthy growth)
Qeisha fave : Pororo,  Hi Hi Puffy Ami Yuni, kids song, Sesame Street, Disney Princess,
Discovery Kids,wonderpets, hi-5!
pic : Qeisha nak jalan2..:).Posing kat mumy car...tau mana satu mumy car & dady car.
about qeisha:
*Sebutannya jelas & suaranya nyaring. Suaranya cute sangat tau. 
*Tau sebut nama dady & mumy (neneknya ajar)-dady nel & mumy win .
*Suka menyanyi & menari..
* Memahami arahan2 senang, boleh diarah mengambil barang2nya sendiri
* Pandai berkongsi toys dan suka mengalah.Sebabnya qeisha tak suka tengok orang menangis dan menjerit
*Tidak memilih jenis makanan..senang nak bagi dia makan. Lebih suka suap sendiri.
*Suka colour gambar mickey mouse & princess.Hasilnya masih cincai buncai, shane owes said "salah!!"hehe
*Pandai bezakan pakaian untuk jalan2 , baju tidur & pakaian harian dia di rumah.
* Suka ice cream rainbow (kokoberry)-macam mumy
*Takut dengan bunyi bising seperti: bunyi hujan lebat, guruh, mercun & drill
*Takut tengok orang pakai topi @ tudung warna hitam. :)
*suka coklat & corn
*Suka pink colour
*Pillow, blanket &Teddy bearnya tak boleh orang lain pegang..
*that's all...luv my princess very much :). Sangat bahagia melihat perkembangan anak2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers