qeisha dah mula sekolah selasa lepas, kat tadika kemas. Nak hantar dia ke tadika junior bestari, tak ada pula yang jemput qeisha balik sekolah.Kebetulan tadika ni baru saja dibuka berdekatan dengan kediaman kami. So, saya mohon la untuk qeisha, syukur..semuanya berjalan lancar.Dah la dekat, boleh jalan kaki tak sampai pun 5 minit, hehe.Turun sekolah, sama dengan dadynya yang turun kerja, balik dari sekolah dijemput oleh neneknya bersama dengan our neighbour depan umah, anaknya pun sekolah sama dengan qeisha.Oh ya, qeisha ditempatkan di kelas A level 1, dengan guru kelasnya cikgu Junaizar.Ada 2 kelas di situ, kelas A & B.Sedih juga coz saya tak dapat hantar dia hari pertama dia masuk sekolah. Saya turun kerja, qeisha sayang masih belum bangun lagi. Semua pic2 di bawah dadynya yang ambik. Saya pesan suruh ambik pic qeisha kat depan kelasnya, si dady segan pula dengan parent2 yang ada hantar anak2 ke situ.Kalau saya la,ambik la cepat2 kan if segan.
Muka ceria balik dari sekolah, hari pertama dia bersekolah dihantar dan dijemput oleh dadynya. Mr hubby cuti masa ni.Syukur dadynya dapat cuti masa ni, taklah saya risau sangat.Neneknya pun ikut sama masa menghantar coz nak temankan qeisha sekejap.Qeisha memang excited nak pergi sekolah, so sekejap je neneknya temankan.Good girl betul...dia tak nangis .Bangga tau si mama, ya la umur baru 3 years 6 months.
keletihan..si cilik ni balik dari sekolah. Hari tu kan, saya tak sabar2 nak balik coz nak tau camana reaksi dia masa neneknya nak balik tinggalkan dia kat sekolah. Neneknya cerita, mula2 dia malu sangat.Bila nenek nak balik,dia kata dia takut.Bila dah mula bermain lego dengan kawan2..barulah dia mengizinkan neneknya balik."ok la nenek, banyak mainan," katanya.:).Saya tanya siapa nama teacher dia, tak tau lagi pulak. Semalam bila tanya baru la dia tau dah..cikgu jun katanya.Nick name teachernya la tu.
Karenah comelnya....dah besar dah dia kan.tak terasa masa berlalu begitu pantas.
Beg sekolah,baju pj,uniform sekolah dan buku2 teks tu dibagi percuma oleh pihak tadika.Saya tambah sepasang lagi baju uniform dia.Tumbler, alat tulis pun baru dibeli minggu lepas. Qeisha menagih beg dora...tak nak beg yang dibagi tu pula.Esok la pergi ke world of cartoons kat bintang megamall.Kat situ senang nak cari dan lebih berkualiti.
Cute..qeisha with uniform....
Kisah hari ni pula...tadi saya tertinggal handbag kat rumah.U all imagine la, wallet,lesen,phone semuanya turut tertinggal dalam handbag tu. So my mum tak dapat la contact saya kat sekolah untuk memberitahu si kecil ni tak nak ke sekolah hari ni.Neneknya cerita dah mandi, bila nak pakaikan uniform sekolah dia tak nak. Terus ambil baju dora nya bagitau dia nak pakai baju dora tu.Dadynya pujuk, tetap tak nak...dia kata dengan neneknya "cukup go to school, udah cukuppp!!! aduhai...ketawa saya dengar neneknya cerita.
qeisha umur setahun +++...sekarang ni mana la dia nak dukung lama2 macam masa ni.Memang tak terasa sangat kan, dah sekolah pula dia..
Masa umurnya 6 months...so chubby :)
note: baru dapat buat entry, 1 week ni saya rasa sangat bz..weekend ni pun penuh dengan xtvt.Esok mesyuarat agung PIBG di sekolah and Sunday mula tutorial sem januari pula.ok, happy weekend 2 u all :)
cute nya eisha go school..makin bajik anak dara tu ehh..!!
ReplyDeleteCute la Qiesha... Mewarisi kecantikan mamanya.
ReplyDeleteYr hubby malu snap gambo ye Win? Hahaha.. rasa2nya hampir semua lelaki mcm tu kot.
mommyYen: thanks...makin cerdik ya belagu dia2.
ReplyDeletemiss mirror: tq so much...ya la kan, lelaki memang gitu,segan nak captured pic dpn ramai org