Friday, May 7, 2010

Jawab tagged dari Mommy Yen

Hi everyone... Saya telah ditag oleh mommy yen tadi.

Mesti jawab punya..


Ini jawapan2 nya ya..


Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?What will u do if u know that your friend has been back stab on u ?
~ Huhuhu..sedih banget kalau ada member tikam dari belakang...saya akan jumpa face 2 face ngan dia, nak tau kenapa buat begitu.



6 orang di hati anda?6 people in your heart?
~my son,my daughter,myhubby,my mom,my brother,my eldest aunty



Anda rasa anda comel?Do u think u're cute?
~ maybe...kehkehkeh.perasan kan,tak pe..u all tak rugi pun



Single or taken?
~ of coz im TAKEN lol


Blog yang anda suka?Blog that u like?
-mama2 blogger blog n others..


adakah bilik anda kemas setiap hari?Do u clean your room everyday?
~ seboleh-bolehnya setiap hari..coz bilik yang tak kemas buat hati tak tenang, tapi time saya kerja anak2 saya pulak kemaskan..hehehe u know???tolong sepahkan dengan toys2 mereka ler



Lagu terakhir yang anda dengar?The last song u listening?
~ Lagu 'andai ku tahu'-UNGU. tgh drive balik dari sekolah tengahari tadi saya dengar. layan sangat saya lagu tu tadi, sebak je dengar senikatanya..."Andai ku tahu…. Kapan tiba ajalku… Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…"



Last text message?
~hmmm hari ni saya tak de text message..kredit saya tak aktif hari ni..hehehehe.semalam text kawan sama sekolah jer


Last phone call?
~dari dady shane my hubby...ptg semalam.call suruh open the gate.kehkehkeh


Hari terakhir anda menangis?Last day u cried?
~bila baca dan terlihat kes2 pembuangan n penderaan bayi2...dalam bulan April yang dahsyat sangat kes2nya



List lima color favorite anda?List down 5 of your favorite colours?
~white,green,blue,orange,purple


Orang terakhir anda ber-YM?The last people chat with u in YM?
~saya jarang open my YM.Tak silap saya..chat with my student last month



Game paling anda suka?Your favorite game?
~ flash games kot


Adakah anda peminat MCR?-
-no, no,no i tak minat MCR ya



Apa perasaan anda jawab tag ni?What do u feel when u answering this tag?
~seronok juga ler juga...juz 4 fun lol


Anda rasa tag ini best?Do u think this tag interesting?
~ best..suka kena tag..: )



Tag lagi 10 orangtag 10 other people
1.Miss Mirror a.k.a Sam
2.Ain
3.Siti
4.LyNn HaMzaH
5.Lela-lelord
6.irdina2010
7.Supermom 0978
8.mama c'fa
9: uda
10.lucy

okay, afterward nak inform rakan2 blogger yang saya tag tu ye

oh ya..ni pic shane 7 months kat nexus karambunai KK
Yaa udahhh...

me,



















Thursday, May 6, 2010

tow truck

Hi all..
semoga sihat semuanya..
Bukan nak cerita tentang tow truck ya..ini kisah anak bujang saya yang manja. Tow truck ni saya beli time shopping sama2 with Ryan family kat imperial mall miri. Gara2 shane jealous tengok ryan ada fire engine baru la saya belikan dia tow truck ni. Si Ryan pula tak kasi shane pegang2 coz masih baru..sampai dibawanya tidur gitu.hehehe.Mana tak nya shane ni frust sesangat.
Layan pic2 shane with tow turck barunya..

Tengok la shane...syok giler dapat toys baru. Hahaha..saya pilih tu coz tengok toy tu besar,biar dia suka. Tow truck tu tak de besnya..tak laju pun shane....

Letih dah shopping, mekorang pun singgah kat kfc. Sementara menunggu dadynya ambik order, shane layan tow truck tu jer...

* Anak2 kan...bila ada toys baru memang seronok.Shane suka sekejap jer.Sekarang ni tow truck itu telah terpecah dua. Bukan sayang pun dia tengok toy dia rosak...terlompat-lompat dia ketawa tengok tow truck tu pecah dua.Cali banget mungkin bagi dia...aduhai shane sayang

me,


Wednesday, May 5, 2010

Panduan Makan Di Luar

Tidak dapat dinafikan, makan di luar lebih menyenangkan berbanding membeli bahan dan memasak sendiri. Malah adakalanya lebih menjimatkan. Bagaimanapun jika makan di luar, anda tidak boleh mengawal bahan-bahan yang digunakan, atau cara sesuatu makanan dimasak.

Kadang-kadang semasa memesan kita beritahu, ‘Tak mahu banyak minyak, kurang garam, kurang gula…’ dan sebagainya, tetapi makanan yang dibawa ke meja tetap tidak seperti yang diminta.


Jika ke restoran-restoran makanan segera pula, segalanya mesti mengikut menu standard yang tersedia.


Sungguhpun begitu, ramai yang memilih untuk makan di luar; mungkin kerana tiada masa untuk menyediakan makanan sendiri, mahu mencuba menu baru, atau bersantai bersama kawan-kawan sambil menjamu selera.


Apa jua alasan anda, perkara utama yang perlu difikirkan ialah, makanan mesti baik untuk kesihatan. Jika mahu mengamalkan pemakanan sihat tanpa perlu mememasaknya sendiri, anda perlu bijak!
Apabila makan di luar, PILIH:

1. Tempat; sama ada restoran atau warung yang bersih.


2. Makanan yang sihat; kurang berminyak atau lemak, kurang manis atau masin dan rendah kalori. Contohnya, pilih capati, bukan roti canai, atau nasi putih dengan seketul kari ayam berbanding nasi briyani dengan dua ketul kambing.

3. Jenis makanan yang dipanggang, bakar, rebus, kukus, stir-fry dan elakkan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak, bersantan atau berkrim. Contoh, pilih mee sup berbanding mee kari atau popia basah berbanding popia goreng.


4. Pesan makanan yang sederhana. Jangan memesan terlalu banyak makanan; bukan sahaja untuk mengelak daripada pembaziran jika tidak dapat dihabiskan, tetapi juga untuk elak makan terlalu banyak sedangkan anda sudah pun kenyang.


5. Pesan desert hanya selepas habis makan. Mana tahu, anda sudah pun kenyang dan sebenarnya tidak perlu makan desert lagi. Jika mahu, pesan buah-buahan sahaja.


6. Air kosong berbanding sirap, air berkarbonat atau yang mengandungi banyak gula



# tapi kan bila makan kat luar, jarang kita nak order air kosong.betul tak????









Monday, May 3, 2010

Makanan Selamat untuk Kanak-kanak

Bolehkah kanak-kanak yang sedang bertatih makan makanan yang sama seperti orang dewasa?
Sebelum usia mereka mencecah dua tahun, kebanyakan kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah alergi atau masalah kesihatan khusus, boleh makan daging, buah-buahan, sayur, dan sebagainya.


Cuma, jumlah yang diambil tidaklah sebanyak orang dewasa, dan makan tersebut juga perlu dipotong kecil agar selamat untuk mereka makan.

Sungguhpun begitu, beberapa perkara perlu anda ketahui dalam penyediaan makanan anak-anak yang masih kecil:
1. Jika anda sering makan berfiber tinggi seperti bijirin penuh atau beras perang, ia tidak begitu sesuai untuk sikecil. Fiber yang telalu banyak boleh merendahkan tahap mineral seperti kalsium dan zat besi, yang boleh diserap oleh perut kanak-kanak.

2. Pastikan juga makanan kanak-kanak berusia sehingga lima tahun tidak mengandungi terlalu banyak lemak terlarut yang boleh didapati daripada mentega, keju, daging berlemak, produk daging, biskut, pastri dan kek.

3. Elak memberi anak-anak anda telur mentah atau telur setengah masak kerana risiko dicemari salmonella yang boleh mengakibatkan keracunan makanan. Jika mahu beri anak anda makan telur, pastikan bahagian merah dan putih masak sepenuhnya.


4. Potong kecil, parut atau kisar kekacang atau buah-buahan jika ingin memberi mereka kekacang atau buah-buahan.

5. Sesetengah ikan mengandungi tahap raksa yang tinggi, dan ini boleh memberi kesan kepada perkembangan sistem tunjang mereka. Jadi cuba elakkannya.

6. Elakkan memberi minuman bergula atau mengandungi madu kepada kanak-kanak kerana ia boleh merosakkan gigi. Adalah lebih baik anda memberi air kosong atau susu saja.


p/s mama2 yang lain,kalau ada info yang lain berkaitan ngan anak2 share2 la ya..

tataaa


sumber:sajionline










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers