Tuesday, June 15, 2010

Bagaimana makanan boleh jadi 'racun'?

Muntah, cirit birit yang kadangkala berdarah dan sakit perut adalah tanda-tanda keracunan makanan


Pengambilan makanan yang dicemari bakteria kadang kala dianggap remeh. Bagaimanapun, seseorang boleh berhadapan penyakit yang boleh mengundang pelbagai komplikasi dan juga maut kerana sikap itu.



Baik sekiranya kita, terutama mereka yang terbabit dalam pengendalian makanan, memahami beberapa perkara berkaitan keracunan makanan ini.


Mengapa keracunan makanan berlaku:


1. Akibat pengambilan makanan yang dicemari bakteria atau virus.


Organisma halus itu terus hidup dalam makanan yang dimakan dan membiak dengan banyak hingga membawa jangkitan. Kuman dalam makanan yang tercemar mengeluarkan toksin atau racun yang membahayakan kesihatan.


Jenis-jenis kuman:


Bakteria Salmonella dan Campylobacter - membawa keracunan dikenali sebagai Salmonellosis dan Campylobacter enteritis. Bakteria-bakteria ini membawa jangkitan di bahagian perut serta usus dan ditemui dalam susu yang tidak dipasteur, air minuman yang tercemar, daging lembu, ayam serta telur.


Staphylococcus - membawa gejala Staphylococcus aureus. Bakteria ini biasanya hidup di permukaan kulit, kerongkong dan hidung manusia. Ia berpindah pada makanan ketika dimasak atau disediakan dengan keadaan tangan berkudis atau tidak dicuci dengan sempurna selepas keluar dari tandas. Bakteria ini mengeluarkan toksin enterotoksin yang mengakibatkan keracunan makanan.


Clostridium botulinum – boleh ditemui di mana-mana, termasuk dalam air dan tanah, serta tidak mudah mati walaupun terdedah pada suhu tinggi. Bakteria ini mengeluarkan toksin neurotoksin yang memudaratkan kesihatan.


E-coli – membawa gejala E- coli enteritis. Bakteria ini membiak dalam air yang tercemar atau tidak disuling dengan sempurna, atau dalam makanan yang disediakan dalam keadaan yang kotor. Ia mengeluarkan toksin endotoksin yang menyebabkan cirit-birit, muntah dan sakit perut yang boleh membawa maut, terutamanya di kalangan bayi dan kanak-kanak.

2. Akibat alahan.



Cendawan beracun, kulat dan juga bahan kimia dengan tanda-tanda yang sama, seperti muntah, cirit-birit, adakalanya berdarah, sakit perut, sakit kepala serta lenguh dan lemah di bahagian tangan, kaki dan otot-otot. Bagi kes-kes yang serius, mulut, lidah, bibir dan muka terasa kebas dan bernafasan terhenti, terutamanya akibat cendawan beracun atau alanan pada cengkerang.


Keracunan makanan akibat alahan biasanya melibatkan makanan atau minuman tertentu seperti siput dan cengkerang, buah strawberi, ikan, susu lembu yang mempunyai kandungan laktosa yang tinggi dan sebagainya.


Keracunan akibat cendawan beracun boleh mengundang pelbagai komplikasi yang akhirnya membawa maut. Sebab itu, elakkan makan cendawan yang dipetik di hutan jika tidak kenal mana satu yang beracun dan mana satu yang selamat.


Kulat yang terdapat pada makanan yang disimpan pada suhu bilik bagi tempoh yang terlalu lama seperti roti dan kek juga boleh menyebabkan keracunan makanan. Begitu juga dengan keracunan bahan kimia, contohnya daripada kuali dan periuk yang digunakan untuk memasak dan juga ubat.


Tanda-tanda keracunan makanan boleh dialami seawal-awalnya beberapa minit sahaja selepas makan, terutamanya yang berpunca daripada bahan kimia hingga selewat-lewatnya 72 jam.


Tempoh pengeraman, ia itu dari saat makanan dimakan hinggalah ke saat pesakit mula muntah, penting bagi mengenal pasti punca keracunan yang dialami.


Salmonellosis biasanya berlaku antara 12-48 jam selepas makan, E.coli enteritis antara 24 – 72 jam dan Clostridium botolinium 18 – 36 jam.


Serius atau tidak keadaan pesakit bergantung kepada faktor ketahanan badan, usia dan tahap kesihatan


Apa perlu dilakukan?


1. Segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan apabila mengalami tanda-tanda awal seperti muntah dan cirit-birit.


2. Minum air secukupnya untuk menggantikan cecair yang hilang dalam tubuh badan.


3. Makan makanan lembut yang mudah dihadam.


4. Ambil ubat yang dibekalkan doktor untuk merehatkan perut.


Langkah pencegahan:


1. Utamakan kebersihan dan keselamatan makanan ketika menyimpan, menyediakan dan menghidang makanan di rumah.


2. Pastikan makanan berkeadaan bersih, dimasak sempurna dan cukup lama untuk membunuh kuman, terutamanya daging, telur, siput dan cengkerang.


3. Bersihkan tangan dengan air dan sabun setiap kali selepas keluar dari tandas sebelum menyentuh makanan.

sumber:sajionline




Monday, June 14, 2010

BSN nite..ksk zon miri

Hi all..selamat petang.. N3 kali ni tentang bsn nite hujung bulan mei hari tu..nak abdikan juga kenangan manis ni di sini.
Best juga family day staf2 bsn zon miri (join husband)..siangnya mereka ada main bowling n sukaneka...malamnya dinner kat Park City Everly Hotel..temanya santai n glamour..
Layan pic2 kami time dinner ari tu..

Tidak lepaskan peluang ambik gambar anak2 kat stage..entah apa2 yang dilihat oleh shane n Qeisha tu..masing2 sibuk..

@Lucu sangat Shane ikut main berebut kerusi..dia pusing2 saja dengan seronoknya dan tidak kisah dapat kerusi atau tidak.
@Qeisha sibuk nak ambil belon..masa balik banyak belon yang dia bawa.
@Suka tengok mereka berdua kat pic yang bawah sekali nie...

Dady berkaroake....dua2 buah hati kami pun menyibuk juga..memeriahkan lagi kononnya,
tak dapat mic, shane ambik whiteboard marker.Qeisha goyang2 ckit jer..

Pic habis dinner...Qeisha sibuk dengan pensel Park city everly hotel...
That's all
me,

Saturday, June 12, 2010

Pegaga, Antara 100 Herba Terbaik Dunia

Centella asiatica adalah nama saintifik bagi pegaga. Di Asia, herba ini digunakan dalam pelbagai budaya sebagai penawar bagi penyakit berkaitan darah, saraf dan depresi.

Pegaga kaya dengan vitamin A, B1, C, beta karotin dan galian seperti kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potassium dan magnesium. Sebab itu tidak hairanlah jika ada pakar herba meletakkan pegaga sebagai salah satu daripada 100 herba terbaik dunia.

Herba hijau berbentuk hampir bulat ini boleh membantu mempertingkatkan peredaran darah dan kesihatan kulit. Malah dibarat, pegaga diangkat sebagai herba yang baik untuk daya ingatan dan otak.


Terdapat kajian yang menunjukkan terdapat kompound yang diekstrak daripada pegaga sesuai untuk mengubati penyakit Alzheimer. Ujian ke atas tikus pula menunjukkan ekstrak C. asiatika daripada pegaga boleh menghalang ulser gastrik.


Selain itu, ia juga membawa kesan positif kepada penghidap hipertensi. Ekstrak yang sama daripada pegaga dikatakan berkesan untuk menurunkan tekanan darah. Pengambilan secara oral juga dipercayai dapat memperlahankan pertumbuhan sesetengah jenis ketumbuhan. C. asiatika juga amat berkesan dalam mengawal jangkitan virus.

Sebab itu, dari segi komersial, pegaga amat bernilai kerana daripadanya diekstrak asid asiatik dan asiatikoside yang digunakan dalam produk dematologial untuk menghilangkan parut. Selain itu, komponen lain daripada ekstrak pegaga juga bermanfaat untuk mengubati luka dan memberi kesan vaskular.


Sungguhpun pegaga mempunyai banyak manfaat kesihatan, tidak bermakna herba ini boleh diambil sesuka hati. Seperti juga pengambilan ubat dan rawatan therapeutik lain, pengambilannya perlulah mengikut peraturan agar selamat dan berkesan.


Sesetengah individu mungkin alah kepada pegaga sehingga menyebabkan radang kulit. Sungguhpun begitu belum terbukti pegaga bersifat toksik dalam dos yang selamat. Apapun, jika diambil secara berlebihan, pegaga boleh mengakibatkan sakit kepala, dan dalam sesetengah kes, pengsan. Bagi kaum wanita, awas! Jika diambil secara berlebihan, boleh menghalang anda daripada hamil.

Apabila membeli pegaga, pilihlah yang ditanam dalam persekitaran bersih

Memilih Pegaga


Lazim dijamah sebagai ulam, pegaga memang enak dinikmati bersama sambal. Bagaimanapun, apabila membeli pegaga, pilihlah yang berdaun besar dan mempunyai lebih kandungan air, kerana ia besar kemungkinan lebih kaya dengan bahan-bahan aktif. Pegaga tempatan contohnya, memenuhi kategori ini.


Selain itu, adalah lebih baik jika anda mengetahui sumber atau dari mana pegaga itu diperolehi. Sesetengah pegaga dipetik dari tepi-tepi parit yang tercemar dengan bahan-bahan kimia, logam berat serta bahan cemar lain yang boleh memudaratkan kesihatan. Jadi pilihlah pegaga yang ditanam dalam persekitaran yang bersih

@@@tapi kan, saya ni bukan pengemar pegaga ler...walaupun herba terbaik dunia..

sumber:sajionline

me,





Friday, June 11, 2010

Gawai Dayak 2010

Salam 1 Malaysia!!!
Entry about Gawai Festival celebrated at my homevillage..
Gawai Day or Gawai Dayak is a festival celebrated in Sarawak on 1 June every year. It is both a religious and social occasion. The word Gawai means a ritual or festival whereas Dayak is a collective name for the native ethnic groups of Sarawak: the Iban, also known as Sea Dayak and the Bidayuh people, also known as Land Dayak.

At midnight, the gong is beaten to call the celebrants to attention. The longhouse Chief (tuai rumah) or Festival Chief will lead everyone to drink the Ai Pengayu (normally tuak for long life) and at the same time wish each other "gayu-guru, gerai-nyamai" (long life, health and prosperity).

xtvt karoake..after drink 'ai pengayu'

Such visit is more commonly known as "ngabang" in the Iban language.

2nd Jun...'ngalu pengabang' from Taba village

Some will dance to the traditional music played, poco-poco,nyumpit n 'lumba perau'

** Gawai Dayak celebrations may last for several days. It is also during this time of year that many Dayak weddings take place, as it is one of the rare occasions when all the members of the community return home to their ancestral longhouse.

that's all
me,














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers