Tuesday, June 29, 2010

School book bags

Hii every one....
Semoga sihat semuanya....
Bukannya nak cerita anak2 saya dah masuk playschool ya...belum lagi..
Ini kisah kedua-dua buah hati saya yang happy sangat dapat beg sekolah baru. Saya saje belikan beg sekolah untuk simpan buku2,drawing board,colour pencils dan alat tulis mereka yang selalu jer bersepah sana sini.Layan pic2 mereka with 1st school book bag...

Shane with 'mickey mouse' bag n Qeisha with 'princess' school bag.Seronok juga tengok mereka dua excited dengan beg tu...
*
*
*
*

Wadeh!!!! macam budak baik je rupanya. Shane n Qeisha dah kenal hampir semua huruf (alphabet.).harap anak2 mumy menjadi insan yang berguna di kemudian hari.amien...

@@@sangat lega kalau mereka berdua tak bergaduh..kalau bergaduh berebut barang,ya ampunnn hingar bingar je bunyinya.tambah lagi dengan tangisan qeisha ton 'E'.Biasala anak2 kan suka berebut barang walaupun sama...

####baru dapat upload pic..tak tau kenapa tadi ada prob nak loading pic
me,

beautiful roses for beautiful fren..


Alooo fren...
Very beautiful pink roses kan???Saya suka sangat.Dapat award ni dari kawan baik saya mommy Yen Nathaniel semalam. Dia tak tag coz line tenet dia slow time dia buat entry tentang award ni. Dia cuma inform kat shoutbox jer.Ingatkan semalam nak buat entry tentang award ni tapi malas nak on9 coz agak letih juga..
Tq mumy ayen
Okay saya juga nak pass award ni pada semua follower saya..
sila terima awardni ya fren..
bye...
me,

Thursday, June 24, 2010

tag 20 perkara tentang mumyShaneQeisha

 Tag ni daripada mommy Yen Nathaniel...yang cantik jelita. Tq 4 da tag ya, ada lah entry saya hari ini..
20???? banyaknyer...rasa macam nak buat esei pulak.
1. Anak sulung daripada 2 orang adik beradik
2.Ibu kepada Gerald Shane dan Saleisha Qeisha.Sepasang cahaya mata yang teramat saya sayangi..lebih daripada nyawa saya sendiri..
3. Seorang guru yang agak tegas dan garang tapi sayangkan anak-anak murid...
4. Ada lesen memandu semasa umur 24 tahun.Excited sangat nak drive keta time belum ada lesen. Bila dah ada lesen agak malas juga...suka bawak keta laju2 time lambat turun kerja. Tapi bukan tahap yang menakutkan yer...lebih suka bawa keta kecik jer..jimat kos!
5.Suka shopping with husband..sometime with kakak ipar..
6.Mula minat dengan jenama 'Hush Puppies'...berkualiti dan sangat selesa dipakai..100% cotton. Walaupun agak mahal..alah membeli, menang memakai
7.Suka 'icecream rainbow'-kokoberry
8.oh ya...time sekolah rendah, saya merupakan ketua kelas dari tahun 2 sampai tahun 6. Masa itu saya sangat suka buli orang.hahahaha
9. Nama pangilan dari dulu hingga sekarang ialah WIN...hanya cikgu hasnah yang panggil saya Nie...hubby pangil dear
10.Suka pakaian dan barangan yang cute2
11.suka berkaroake di rumah lepaskan tension. Syok sangat bila dapat score atas      90.hehehehe
12.Masa di maktab selalu datang lambat tutorial...bersiap lama giler..nak cunn ler tu..sampaikan ada pernah lecturer tanya.."dari mana, dari boulevard ker?"
13.Berasa sangat senang bila dapat membantu orang lain
14.Kadang2 keras kepala..tidak suka dipaksa
15.Mencintai suamiku sepenuh hati...
16.Suka menonton afc channel(suka tengok chef2 memasak)ceria,(join anak2)astroria..sekarang ni channel sport pulak..'world cup'.Sebelum ni takde channel sport..tambah channel gara2 world cup
17. Suka warna pink,putih,hijau,ungu
18.Sayang mama sangat2....dialah ratu hatiku dan anak2ku
19.Seorang yang simple...bergaya ikut tempat.Kalau ada function melaram ler juga..
20.Suka blog mumyShaneQeisha..hehheeee.....

huhhhhh siap juga akhirnya....nak tag rakan2 yang lain pulak..

@@@@ sila buat yer...yang lain pun boleh buat juga.

Wednesday, June 23, 2010

Patung lilin Ronaldo

Hi all... Siapa kaki bola, angkat tangan!!!mesti ramai yang tengah demam bola kan.Tak apa ler bukan selalu ya, 4 tahun sekali
Siapa minat Ronaldo??haaa tengok tu ramai yang kata saya.hehehe
Time buat entry ni saya ngan husband tengah tengok live USA vs ALG..anda sokong mana??masih 0-0 ler...
haaa..ni dia patung lilin Ronaldo...dh tengok?if dah..abaikan yer

 HASIL kerja teliti termasuk solekan pada sudut-sudut sukar seperti mata
NAMANYA cukup sensasi dalam arena sukan bola sepak sehingga mendapat perhatian luar biasa daripada peminat. Dengan pengiktirafan melalui pelbagai anugerah termasuk Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008, bukanlah menghairankan Cristiano Ronaldo menjadi rebutan banyak kelab antarabangsa.

Dengan status bintang bola sepak terbaik dan termahal dunia, Muzium Madame Tussauds di London memilih untuk menghasilkan patung lilin Ronaldo sebagai pengiktirafan kepada pemain itu.

PATUNG lilin Ronaldo dihasilkan Muzium Madame Tussauds di London sebagai penghormatan kepada pemain itu

Idea sebenar patung lilin Ronaldo dilakukan pada bulan ini juga bersempena dengan Piala Dunia 2010 yang kini sedang meriah berlangsung di Afrika Selatan. Pameran patung lilin Ronaldo boleh disaksikan orang ramai terutama peminatnya sejak 9 Jun lalu.

Tidak hanya hebat di atas padang, bergelar jejaka kacak, Ronaldo juga seorang pencinta fesyen. Maka tidak hairanlah Ronaldo mengidentifikasikan stail di butik miliknya CR7.



Kejayaan pembukaan butik tersebut mendapat sambutan hebat terutama dalam kalangan peminat Ronaldo yang meminati gaya macho jejaka itu.


Menyentuh gaya rambutnya, Ronaldo memberitahu dia tidak banyak mengubah trend rambut kerana gemar berpotongan pendek. Ini kerana rambut pendek memudahkannya untuk bergerak aktif di padang.


Lagipun, apabila berambut panjang cara penjagaannya amat rumit. Ia memerlukan terapi mengikut jadual supaya tidak mudah rosak.


"Rambut pendek mudah diurus. Sapu sahaja gel ia sudah nampak kemas dan segak," beritahunya.


@@@@@  memang hebat sangat ler pengiktirafan untuk Ronaldo ini...lagipun ini atas permintaan orang ramai yang mahukan patung lilin Ronaldo sebagai daya tarikan..
 
sumber:kosmo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers