Wednesday, July 14, 2010

Buat dadah resipi Internet

Hi everyone...
Semoga baik2 semuanya..dan jauhi diri kita dari segala yang tiada memberi faedah dan menyusahkan hidup kita. Beberapa hari ini takde update blog n BW. So,sepi jer la blog saya nie..bukan disebabkan terlalu bz tapi agak malas nak on9. Ikut mood sebenarnya, ada waktu rajin berjam-jam on9.
Lupakan semua itu, kita layan jer berita negara ni. Saya jumpa kat kosmo tadi...mungkin ada rakan2 dah baca..

KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, pengedar-pengedar dadah dan penagih kini mampu menghasilkan dadah syabu seberat 10 kilogram bernilai ratusan ribu ringgit hanya dengan berpandukan maklumat daripada Internet di rumah.


Lebih menarik, modal yang diperlukan untuk melakukan kerja haram itu kira-kira RM2,000 sahaja.

Ketika mendedahkan perkara tersebut, seorang remaja yang dikenali sebagai Amir berkata, wang tersebut diperlukan untuk membeli lapan jenis bahan kimia bagi memproses dadah tersebut.

Dia yang pernah menyertai kumpulan memproses dadah setahun lalu berkata, wang tersebut juga digunakan untuk membeli tawas biru yang merupakan ramuan utama bagi memproses dadah tersebut.

"Sekiranya bahan kimia yang diproses itu mengalami kekurangan ramuan atau terlebih ramuan, seseorang penagih dadah itu boleh berhadapan dengan risiko kematian," katanya kepada wartawan Kosmo! baru-baru ini.

****aduhai....sampai begini sekali ya..pelat indon. Harap anak2 muda warganegara kita sedar akan durjananya dadah ini***

sumber:kosmo! Online

Friday, July 9, 2010

Mykids xtvt in the evening

Hi all...
Semoga baik2 semuanya..
Waktu petang apa korang buat??? macam2 kan? yang dah anak camana??
Entry kali ni tentang aktiviti saya with anak2 pada waktu petang. Saya kerja half day saja, so ada la masa saya dengan anak2 di waktu petang. Kalau dua2 buah hati saya tidur..saya pun kadang2 join sama.Tak tidur, on9 n BW ler jawabnya...masak ada ker??liat sangat masak.layanzz pic2 bersama shane n qeisha..

Tinggal 3 minggu lagi Shane genap 3 tahun, manakala Qeisha 2 tahun pula. Tidak terasa anak2 dah sebesar ini. Shane makin minat mewarna, menconteng dan menulis.Tidak kurang juga mengoyakkan buku.Macam ni la aktiviti bersama anak bujang saya.... little princess saya lena tidur time ni.Kalau tak, dia pun menconteng sama2. Lagi meriah dengan suaranya yang sungguh nyaring bila menjerit.

Qeisha..qeisha,,suka sangat beg sekolah princessnya.Tak boleh Shane pegang. "Qeisha nya!!!!!"katanya.
Anak dara ni belum pandai mewarna..ye la belum lagi 2 tahun.Tapi menconteng sangat pandai...kadang2 hot juga saya dibuatnya dengan contengan yang menyakitkan mata kat dinding2.

*** si nenek pula layan sinetron indon.hehehe***

with love,

Wednesday, July 7, 2010

Kacang Hijau & Tauge; Apa Kelebihannya?

Suka tauge dan kacang hijau tak?? ni nak berkongsi info dengan u all.

Sama ada dimasak dalam bentuk bijian, dijadikan tauge atau dikisar menjadi tepung untuk membuat pelbagai hidangan yang enak, kacang hijau mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.


Butir-butir kecil berkulit hijau serta isi kekuningan ini mengandungi zat besi yang tinggi untuk menghalang anemia, fosforus untuk mengelak penyakit beriberi dan vitamin B1 bagi mengatasi masalah penghadaman.


Sejak dahulu pengamal perubatan Hindu menyarankan pengambilannya. Mereka mempercayai jika dimasak dengan betul, kacang hijau dapat mengimbangi 'tenaga-tenaga' fizikal dan mental seseorang.

Mungkin sebab itu juga, masyarakat India khususnya amat gemar menggunakan kacang hijau dalam masakan mereka. Kacang hijau digunakan untuk membuat sup, dimasak bersama sayur dan nasi, dikisar menjadi tepung untuk membuat roti. Ia juga direbus dan dilenyek untuk membuat manisan, serta dimakan bersama roti atau menjadi inti pastri.



Ketahui Khasiat Kacang Hijau


1. Secawan kacang hijau yang direbus tanpa garam hanya mengandungi 26 kalori tanpa lemak, dan ia juga bebas kolesterol. Jika dimakan dengan kulit hijaunya, kacang ini amat baik untuk kesihatan jantung. Sungguhpun begitu kandungan fibernya tidak setinggi kekacang lain.


2. Kacang hijau mengandungi karbohidrat yang rendah berbanding kekacang lain. Bagi mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat, kacang hijau adalah pilihan yang baik kerana ia mengenyangkan.


3. Kacang hijau adalah sumber vitamin C yang baik dan turut mengandungi vitamin K dan B6.


4. Kacang ini juga kaya zat galian seperti potassium, fosforus, magnesium dan kalsium.


Selain itu, hasilan kacang hijau seperti tauge juga tidak kurang khasiatnya. Secawan tauge mengandungi seperempat jumlah vitamin C yang kita perlukan setiap hari. Ia juga mengandungi sedikit protein dan folate.


Tauge juga kaya dengan thiamin, magnesium dan fosforus. Malah mengandungi vitamin E yang dikatakan boleh meningkatkan kesuburan.


Jadi, jangan lupa gunakan tauge sebagai hidangan sayuran anda; sama ada dibuat kerabu, salad atau digoreng.


@@@ Diharap info ini sama2 kita manfaatkan ya.
sumber:SajiOnline

Tuesday, July 6, 2010

kembar 4!

Hi all...
Kembar 4???? siapa nak dapat anak twin 4?mesti best kan?ingat saya dengan rakan blogger eizan yang ada anak twin yang sangat comel.Oh ya, bukannya saya tengah pregnant anak twin 4 ya.Saja jer bagi suspen sikit jer..ni dia....
*
*
*
pic shane yg nampak macam 4 orang kat cermin fitting room parkson.Syok sangat shane tengok dirinya yang nampak 4 orang kat cermin tu.Mula2 tak kisah kami dua dadynya..last2 dadynya captured pic ni.Mcm 4 orang kan?

Shane kembar 4 mummy!!!!
Haaa..ni time shopping kat toys R us kat bintang megamall.Shane mesti dapat toys punya..mumynya pilih toy untuk anak dara Qeisha pula.Shane pilih sendiri..wajib pergi sini kalau pergi bintang megamall..

@@@ u all yang dah ada anak pun saya rasa suka bawa anak2 masuk kedai toys...seronok tengok anak2 rambang mata  pegang itu ini...tapi waktu tak der budget..sila abaikan kedai nie..bagus bawa mereka makan2 je kan.

me,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers