Tuesday, August 24, 2010

Berbohong secara kompulsif

Hi everyone...
Saya jumpa entry ni kat kosmo(family)..nak share dengan u all. Macam berguna untuk pengetahuan kita semua specially ibu-bapa2 dan bakal2 ibu-bapa2.
Apabila anak berbohong secara kerap ia adalah petanda awal masalah yang lebih serius.

KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.

Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.

Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'.

Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.

Mengapa berbohong?
Takut
Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas
Tabiat
Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong.
Meniru
Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong
 
Perlukah saya menghukum?
Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.
1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.
 
2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.


3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"


Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://webhome.idirect.com/~readon/lies.html.

Monday, August 23, 2010

bday party clarissa lola

Hi all...salam 1 malaysia..n happy monday..
Entry about bday lola 4 years..cousin shane n Qeisha last week. Lola yang comel with curly hair, dah pergi playschool walaupun baru masuk 4 years.Layan pics lola masa semua nyanyi happy birtday...very cute ya.

Qeisha tumpang sekaki...lola sabar menunggu nyanyian habis.Ramai budak2 time ni.Memang very happening birrtday party lola.

Lola pun lahir bulan Ogos juga...celebrated selepas sminggu bday shane n Qeisha. (lola sebelah kanan qeisha).Comel kan dia...duduk baik2 jer tunggu arahan daripada mummynya. Shane baru tak reti diam..tengok saja la aksi dia..

@@@on the way balik rumah shane dan qeisha asyik nyanyi lagu "happy birthday to lola"..very enjoyed n bermacam-macam menu yang ada.

babaiii...
me,

 

Saturday, August 21, 2010

cili thai & kacang panjang

Happy saturday all..
Cuaca di tempat kami hari nie hujan dan gelap jer.Malas rasa nak jalan2, so on9 dan BW sahaja hari ini. Dalam pada itu layan karenah 2 buah hati saya yang sangat nakal dan suka berebut toys. Sekarang ni dua2 dah tido,dapatlah mumy buat entry petang nie.
 about....
*Cili thai dan kacang panjang yang emak saya tanam di belakang rumah tengah subur. Saya ambik pic2 ni dalam minggu lepas.Tapi kan boring juga kalau menu sayur asyik kacang panjang je. Tapi syukur, at least selamat sikit untuk berbelanja beli sayur.Suka kacang panjang masak sambal...

Dipercayai dari Thai. Oleh itu saya namakan Cili Thai. Kepedasan kurang sedikit sahaja dari Cili padi tetapi masih tetap pedas namun begitu aromanya sedikit kurang.
khasiat makan cili:(dapat daripada mr.google)
Buah cili  mengandungi flavoid dan antioksidan yang dapat melindungi tubuh dari penyakit barah. Biji cili mengandungi capsaicin yang mampu mencegah jangkitan pada sistem pencernaan. Minyak cili dipanggil capsicol. Ia diguna sebagai ubat sapu bagi mengurangkan sengal-sengal, sakit gigi, sesak nafas dan gatal-gatal. Di negara barat, cili diproses menjadi tablet dan digunakan sebagai bahan pelali, melawan kelesuan atau lemah badan. Cili menyumbang sumber vitamin C, B, E dan protovitamin A bagi memenuhi keperluan kehidupan manusia.
*setahu saya biji cili tak bagus dimakan,tapi tak tau betul ke tidak


Jagaaa...model kacang panjang.hahahaha...sporting juga mak saya ni, baru lepas petik kacang panjang kat kebunnya di belakang rumah, saya nak captured pic on saja...panjang kan kacang panjang tu,hehehe dah namanya kacang panjang.(kecik jer space kat belakang rumah tu)

Khasiat kacang panjang..
Disamping enak untuk dihidangkan sayur kacang panjang mengandung serat yang tinggi. Karena itu, baik dikonsumsi oleh penderita diabet. Manfaat lainnya adalah melancarkan buang air besar dan menurunkan kadar kolesterol. Dalam 100 gram kacan panjang terkandung kalsiom 34 mg, fosfor 34 mg, zat besi 0,8 mg, karotenoid 422 mg, dan vitamun C21 mg.

* Wuih manfaatnya cukup banyak juga ya mulai sekarang sering-seringlah mengkonsumsi Kacang Panjang apalagi dicampur dengan bumbu pecel, lontong ama peyek waduh nikmat banget ya!

@@@ rebus jer kacang panjang cicah kat sambal belacan +++cili api..pun ok juga deh
that's all.babaiiii

Thursday, August 19, 2010

Hula Hoop Basics

Hi everyone...
Do you know "Hula Hooping"???The hooping and hula dancing had some similarities because dancing used the hoops. Hence, the name Hula Hooping was given to this fun activity and exercise.saya pun baru tau daripada mr.google

About shane n qeisha again..
Main hula hoop terjerit-jerit sampai berpeluh-peluh.Shane tak reti duduk diam, kecuali menonton Backkom saja dia boleh duduk elok2. Saya biarkan saja, asalkan mereka dua tak bergaduh n happy.

Qeisha cuba ikut gaya shane..tapi hula hopnya asyik jatuh..tapi tak putus asa, teruskan mencuba sampai berpeluh-peluh..

Happy sangat anak dara qeisha bermain..sambil menyanyi-nyanyi..shalalalalala...
Saya gelak, dia semakin suka

Qeisha pula makin teror dah...see, kaki shane tu. Dapat hula hoop yang sama pun kadang2 bergaduh berebut nak dapat dua..alahai anak2..

Health Benefits of Hula Hooping...
*Hula hooping is a fun game that you might have played as a kid..
*helps lose weight and increases the fitness level of the body.
*Hula hooping helps increase the flow of blood to the brain. Hula hooping exercises are more reviving than a short nap
*Hula hooping exercises strengthens the waist, hips and the knees. This is another important health benefit of hula hooping.

What are you waiting for? Switch on some fast-paced music and do a hula-hooping dance. This exercise will not only revive and refresh you but will also help you in burning the unwanted fat. hehehe


@@b4 bday mereka dua, belum gunting rambut lagi. Nak buat post,selalu jer tertangguh..

babaiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers