Friday, October 8, 2010
favourite song qeisha
Hampir semua alphabet sounds ni dah dihafal qeisha...ada masa nanti nak amik videonya nyanyi2
Thursday, October 7, 2010
Shane buli adik tolak toddler car
Waktu petang shane n qeisha selalu bermain kat luar rumah.Ye lah...playground agak jauh, malas nak drive.Lagipun bermain kat luar rumah lebih selamat kan. Shane dah pandai suruh adik tolak toddler car. Qeisha ikut jer arahan,tapi kejap jer.
Tersenyum happy si abang shane...qeisha dah boring dah.Shane said:"pandai eisha kan,"
toddler saja lah shane ya, nak beli bicycle nenek shane kata jangan dulu,tunggu shane 4 years. Saya mana2 jer..mana tau nenek nak hadiahkan shane bicycle.hehehhh..
mood bagus...love this pic. Qeisha suka school bag tu.Suka dengar mereka berbual menggunakan 3 bahasa rojak.bi,bi2 n bm :)
*terasa hidup lebih bahagia melihat anak2 di depan mata....mereka adalah segala-galanya...
Monday, October 4, 2010
Perkhemahan Unit Beruniform
Entry about perkhemahan unit beruniform Saturday lepas. 3 gabungan unit beruniform iaitu pengakap,KRS dan PBSM. Xtvt perkhemahan itu dijalankan di kawasan sekolah je, dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 4.30 petang.
Antara rakan2 yang turut sama bertugas merangkap pengadil pada hari itu. Murid2 sedang sibuk menghias khemah. Sebenarnya nak buat pertandingan mendirikan khemah, memandangkan khemah tu pasang siap, kami tukar dengan pertandingan menghias khemah pula.
Suka sangat khemah nie...cute sangat with pink colour.Kecik macam tuannya yang bertudung hitam tu.Tuannya pun comel juga kan,baru darjah 4.
Pertandingan memasak dan membina gajet. Teringat zaman kecik2 dulu kat kampung, suka sangat main masak2 dan main pondok2. Nampaknya ramai budak2 tak tau nak hidupkan api, biasalah mereka tu anak2 zaman moden. Tidak biasa merasa hidup susah.Sikit2 panggil cikgu hidupkan api.Namun begitu, semua nasi2 yang dimasak tidak ada yang mentah,kira lulus lah tu.:)
Salah satu antara permainan luas. Murid2 sangat seronok...keputusan no 1,2 dan 3 semua dari kumpulan pengakap. Bukannya apa,mereka tau gunakan skaf tu sambung kat kaki kawan2,mana tak lebih panjang.:) bijak2..
Xtvt terakhir ialah ikthiar hidup..murid berjalan dengan mata ditutup,berjalan berpandukan arahan ketua.Agak lucu tengok gelagat mereka. Xtvt ini bertujuan mengajar mereka erti kesyukuran kerana memiliki fizikal yang sempurna..akhir sekali majlis penutupan dan penyampaian hadiah.Guru2 penasihat dapat cenderahati T-shirt.Ok lah tu, yang penting guru2 dan murid2 seronok dan mendapat pengalaman pada hari tersebut
Thursday, September 30, 2010
Diet Semasa Anak Demam
pic shane demam 2 bulan yang lepas..
Apabila demam, kanak-kanak akan hilang selera makan...
Mereka juga berada dalam keadaan lemah. Maka adalah penting anda memastikan anak-anak yang kurang sihat itu mendapat nutrisi yang baik untuk melegakan simptom-simptom demam, dan membuat mereka lebih selesa.
1. Diet yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami demam adalah yang tinggi kalori serta protein, tetapi kurang lemak. Makanan yang disediakan juga perlu mengandungi lebih cecair.
2. Dua tiga hari pertama anak anda demam, sediakan diet yang banyak cecair seperti sup, air glukos dan jus. Jika anak anda tidak mengalami cirit-birit, anda juga boleh memberi mereka susu. Berikan mereka makan dalam kuantiti sedikit setiap dua jam, kemudian tambah kuantitinya setiap empat jam.
3. Makanan yang disediakan perlu lembut, mudah dihadam dan diserap seperti bubur, bijiran dan susu, buah-buahah lembut seperti pisang, betik, oren dan sayur-sayuran yang direbus.
4. Pengambilan protein perlu ditingkatkan. Anda boleh memberi anak anda susu, telur dan dal yang mengandungi nilai nutrisi protein yang tinggi.
5. Bagaimanapun, anda perlu mengelak memberi anak-anak yang demam makanan berlemak, pedas dan berfiber tinggi yang sukar dihadam.
6. Penting juga diingatkan, apabila seseorang demam nutrien seperti Vitamin A, C, B, Kalsium, zat besi dan sodium perlu ditingkatkan.
Bubur baik untuk anak-anak yang sedang demam, tetapi elakkan makanan berminyak, pedas dan berempah.
Secara ringkas, antara makanan yang perlu diberikan adalah:
* Jus buah-buahan, air glukos, susu, air barli, telur, sup, bijirin, daging yang lembut, ikan bakar, sayur-sayuran berdaun yang direbus, buah-buahan kering yang dikisar bersama susu.
Antara makanan yang perlu dielak pula ialah:
* Mentega, minyak sapi, makanan bergoreng, pastri yang berlemak, puding yang berkrim, makanan yang terlalu pedas atau berempah, sup berkrim dan minuman yang terlalu berperisa.
* Jumpa info ni kat sajionline tadi.Nak share juga dengan u all, specially yang ada anak2 masih kecil @ kanak2.Info ini tidak sesuai untuk anak yang masih bayi..
me,
Subscribe to:
Posts (Atom)








