Friday, October 15, 2010

Cerita tentang susu

Hi everyone.. Nak sharing lagi dengan u all cerita tentang susu lembu yang saya baca kat pa&ma.
Susu ibu tidak ada tolok bandingnya dan memang dicipta khas untuk bayi.Tapi, kali ini bukan nak cerita tentang susu ibu.Sebaliknya tentang susu lembu.
*Susu datangnya dari lembu tenusu. Ibu lembu hasilkan susu selepas melahirkan anaknya. Sama seperti manusia. Lembu yang sihat boleh menghasilkan 1200 gelen susu setahun iaitu kira2 3 hingga 4 gelen sehari.

Bagaimanakah susu diambil?
* Susu lembu diperah dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan petang. Selepas diperah, susu akan disimpan di dalam bekas yang bersih daripada sebarang kekotoran. Susu kemudiannya dihantar ke kilang untuk diproses. Susu segar mengandungi kira-kira 87% air dan 13% nutrien seperti gula,lemak,protein,kalsium,fosforus dan sebagainya.
Apakah yang boleh dihasilkan daripada susu lembu?
*Banyak.Antaranya ialah susu segar,susu formula,krim,keju dan dadih. Tahukah anda bahawa susu adalah minuman paling bagus untu kanak-kanak kerana mengandungi 9 jenis nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran.9 nutrien itu ialah kalsium,protein,potassium,fosforus,vitamin A,D dan B12, riboflavin dan niasin.

note: Selain susu ibu dan susu lembu,ada juga susu soya. Namun begitu, breast feeding adalah terbaik buat bayi kita.

Wednesday, October 13, 2010

Menu sarapan anak tersayang

Terjumpa info ni kat sajionline..nak share juga dengan rakan ibu2 semua ya...
pic di atas si manja saya yang amat disayangi..
Berikan anak anda sarapan yang berkhasiat supaya mereka dapat memberi tumpuan penuh terhadap aktiviti yang dilakukan sepanjang hari.

1. MAKANAN BERKANJI

Khasiat: Membekalkan tenaga
Sumber: Nasi dan roti
Pelbagaikan menu sarapan si manja anda dengan menyediakan menu yang menarik. Sediakan sama ada roti bakar, sandwich, bubur nasi ataupun nasi goreng untuk mereka.

2. BIJIRIN SARAPAN PAGI

Khasiat: Mengandungi tenaga, vitamin dan mineral
Bijirin sarapan pagi merupakan menu yang mudah disediakan. Namun, anda harus peka terhadap kandungan pemakanannya. Pastikan ia tidak mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Sekiranya anda kreatif, anda boleh campurkan bijirin ini bersama kismis dan hirisan buah-buahan. Pasti ianya akan lebih menarik

3. SUSU DAN HASIL TENUSU

Khasiat: Kaya dengan kalsium
Sumber: Susu, dadih dan keju
Hasil tenusu penting untuk si manja anda dalam membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

4. BUAH-BUAHAN

Khasiat: Kaya dengan vitamin
Pengambilan buah-buahan untuk sarapan pagi adalah baik untuk si manja anda. Seeloknya, anda sediakan jus buah-buahan segar untuk menarik perhatian mereka.

*kita sebagai ibu mesti nak yang terbaik untuk anak2 kita kan, supaya mereka membesar dengan sihat,cergas,cerdas dan bijak..babaiiii nak bw pula, melawat rakan2 blogger yg cunn
sumber:saji.online

Monday, October 11, 2010

Gemilangnya Wedding Of The Century Dr SMS

11 OKT 2010: Dengan dihadiri 1000 tetamu jemputan dari kalangan golongan Diraja, orang kenamaan termasuklah 80 orang angkasawan daripada seluruh dunia, majlis persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha dengan Dr Halima Mohd Yunos telah berlangsung dalam suasana yang penuh gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada malam tadi.


Bertemakan Pahlawan Melayu di Istana Kayangan, pasangan yang sama cantik sama padan ini telah mengenakan persalinan putih rekaan Putra yang cukup menarik dan anggun daripada Butik Cosry sewaktu diarak masuk ke dalam dewan tersebut. Untuk upacara memotong kek pula, pasangan raja sehari ini telah mengenakan persalinan daripada pereka fesyen terkemuka iatu Datuk Bernard Chandran.

Sepanjang majlis ini berlangsung, tetamu undangan telah dihiburkan dengan lagu-lagu daripada nyanyian Datuk Yusni Hamid serta penyanyi baru dari negara sebera

Majlis persandingan yang dilabel sebagai wedding of the century ini turut dipancarkan secara siaran langsung menerusi TV3 pada malam tersebut. Ia kemudian berakhir kira-kira jam 11 malam

*Memang best sangat majlis persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Mustapha dengan Dr Halima Mohd Yunos ni.very2 exclusive
sumber:murai.com

Sunday, October 10, 2010

Wang Hantaran Dr Sheikh Muszaphar- Dr Halina Dirahsiakan!

PUTRAJAYA, 10 OKT 2010: Dengan sekali lafaz nikah, angkasawan negara Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah menjadi suami kepada Dr Halina Mohd Yunos.

Pernikahan yang dibuat oleh bapa pengantin perempuan iaitu LT Kol (B) Mohd Yunus Mohd Ali terlaksana pada jam 11.40 pagi sambil disaksikan Ketua Pendaftar Perkahwinan Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Dato' Hj Che Mat Che Ali bertempat di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

nak tau berita selanjutnya klik sini

*sure ramai tak sabar nak tengok majlis perkahwinan angkasawan negara pd tarikh yg cantik hari ini 101010.Saya pun tak nak ketinggalan...
sumber:murai.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers