Wednesday, October 27, 2010

5 Tip dan Info

Hi all..
Siapa kata orang dapur tidak perlu ilmu? Sebenarnya banyak yang perlu dipelajari mereka yang 'bergiat' didapur, bukan sahaja untuk menghasilkan hidangan yang enak, tetapi juga memastikan keselamatan serta kesejahteraan keluarga atau pelanggan.
Baca lima tip dan info ini untuk menambah ilmu kita semua.
Lemon bukan sahaja mengenakkan makanan dan minuman tetapi boleh diguna sebagai bahan pembersih.
Guna Lemon Bersihkan Papan Pemotong
Sama ada anda menggunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu atau plastik, anda boleh membersihkannya dengan lemon. Bagi papan pemotong kayu, gosok dengan hirisan lemon di bahagian yang kotor. Manakala untuk papan pemotong plastik, perah jus lemon dan gosok di permukaan yang kotor. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Asid dalam jus lemon berkesan sebagai pembersih.
Cuka Sebagai Bahan Pencuci
Sabun memang sering digunakan untuk membersih di dapur. Sungguhpun begitu ada bahan lain yang boleh menggantikannya; cuka.
Cuka memang tahan dan lazimnya selalu disimpan lama kerana anda hanya menggunakan sedikit untuk memasak. Jika anda mempunyai banyak cuka berlebih, apa kata gunakannya sebagai bahan pembersih? Cuka berkesan digunakan untuk membersihkan kesan gris atau berminyak, contohnya permukaan serta celah-celah dapur masak atau penunu.
Dapur yang bersih bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi juga selamat daripada ancaman bakteria.
Sumber Bakteria
Tahu tak dari mana sumber bakteria yang memudaratkan seperti E. Coli, Salmonella, Staphylococcus dan sebagainya, paling mudah ditemui di dapur anda?
Jawapannya ialah di span pencuci dan kain pengelap! Itulah yang ditemui dalam kajian di Amerika.
Span pencuci dan kain pengelap yang basah menyediakan sumber kelembapan dan tempat yang gemar dihinggapi bakteria. Jadi pastikan setelah diguna, span pencuci dan kain itu dibersihkan dengan sabun dan dikeringkan. Anda juga boleh membunuh bakteria itu dengan memanaskan kedua-duanya di dalam ketuhar gelombang mikro selama 60 saat.
Tepung Naik Sendiri
Tepung naik sendiri atau self raising flour boleh dibuat sendiri di rumah. Caranya mudah saja; campurkan satu cawan tepung gandum biasa dengan 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) dan 1/2 sudu kecil garam.
Kismis hitam baik untuk otak.
Kismis
Kismis anggur hitam yang dikeringkan mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yang terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ini dapat meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Otak memerlukan gula untuk berfungsi dengan baik, dan kismis dapat menyediakan keperluan gula dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Jadi, apa kata gunakan lebih kismis dalam masakan anda?

* sharing is caring, right?ok,babaiii...
sumber:sajionline

Monday, October 25, 2010

Inilah Wajah Bayi Nana XFM, Althea!

23 OKT 2010: Pada pagi Khamis yang lalu, seluruh peminat setia penyampai radio XFM, Norhana Che Mahazan atau Nana menerima berita gembira bahawa Nana sudah pun selamat melahirkan bayi comel yang bernama Althea Raqeem Brian.

Bagaimanapun, Murai Batu dapat tahu, ramai sangat yang teruja untuk melihat wajah bayi Althea itu walaupun Murai Batu dah pun diberitahu Nana bahawa mahu menyiarkan gambar baby sulungnya itu secara rasmi di dalam blognya.

Nak tengok tak gambar baby Althea yang dilahirkan secara normal di Hoospital Sunway dengan beratnya mencecah 2.71 kilogram?

Kalau nak tengok, inilah dia wajah comel anak Nana bersama suaminya Raqeem Brian. Memang benarlah kata-kata kawan-kawan Nana bahawa anak Nana itu sangat comel. Namun, mengikut penglihatan Murai Batu, wajah Althea saling tidak tumpah seperti wajah Brian.

Macam mana pun, bak kat orang, masih baru lagi. Wajah bayi boleh berubah. Yang penting, mungkin sekarang banyak orang kata muka Althea mirip bapanya..esok lusa, wajah Althea mesti macam Nana pulak.

Paling penting, bayi Althea memang comel. Dan sehingga ke hari ini, Murai Batu dimaklumkan Nana asyik tersenyum lebar melihat kelahiran bayi sulungnya itu

***suka nama Althea .Cute sangat kan.

sumber:murai.com

Sunday, October 24, 2010

trip 2 Niah Caves National Park

Hi all...
Yesterday 23/10/10 joined husband & bsn staf went to Niah Caves National Park.
The vast caverns of Niah Caves National Park (admission RM10; park office 8am-5pm) are among Borneo’s most incredible natural attractions. Located in the limestone hills about 3km north of Batu Niah town, the caves contain some of the oldest evidence of human habitation in Southeast Asia; rock art and small canoe-like coffins (death ships) within the greenish walls of the Painted Cave indicate that it was once a burial ground, and carbon dating puts the oldest relics back 40,000 years ago
The caves are 3.5km away from the park headquarters via a wonderful plankwalk through old-growth rainforest. First, we walk from the headquarters to the jetty on the Sungai Niah, then cross the river in a small boat, before climbing to a small visitors centre
* A long boardwalk through the jungle leads the tourists to them.We don't see much wildlife,but the jungle with all its noises keeps fascinating us.
* we reach the place where local villagers sell souvenirs, pass through the gate and climb up to the caves.

*we  pass under a limestone overhang before entering the aptly named Great Cave.
*through a dark passage known as the Gan Kira, or Moon Cave. It’s not narrow enough to induce claustrophobia (unless you’re severely affected), but it will certainly make we wonder what would happen if our torch suddenly died. :)
*A huge cave complex appears and once inside, it gets pretty dark. With our flashlight we see the bas hanging from the ceiling, and the bird nests with some of the birds still on them. We also see the tall constructions used by the locals to harvest the bird nests:)
*On the other end of the caves, we arrive in another piece of jungle, where boardwalks are leading us to the caves where rock paintings are found. But we cannot see much of these paintings, they are very vague and a large fence is keeping us at a distance. So it's back to the big cave and through the jungle to the Park head quarters.

*At the entrance to the park is a small museum about the Niah caves. It shows the excavations made in the caves.
*Niah Caves national Park is a lovely place to enjoy the jungle and the caves
*enjoyed journey ya!!!!!!

Thursday, October 21, 2010

Tahap Kolesterol Tinggi - Yang Kurus Tidak Terkecuali

Lemak, manis dan berkrim...tentu sedap, tetapi awas...!
Pernahkah anda membuat ujian untuk mengetahui tahap kolesterol dalam darah? Jika jawapan anda, "Tidak perlu kerana saya kurus," maka anda tersilap. Gemuk atau kurus tidak mencerminkan tahap sebenar kolesterol dalam darah. Seorang yang kurus atau tidak menghadapi masalah berat badan mungkin mempunyai tahap kolesterol lebih tinggi dalam darahnya berbanding rakannya yang gemuk. Sebab itu, jangan terkejut jika seorang yang tidak gemuk juga, boleh diserang strok atau menghidapi sakit jantung (walaupun golongan obes lebih berisiko tinggi).
Perhatikan perubahan bentuk badan, terutama di bahagian perut dan tengah badan

Info Ringkas:

* Terdapat dua jenis kolesterol: Low-density lipoprotein (LDL) dan High-density lipoprotein (HDL). Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh, sebaliknya, tahap HDL yang tinggi pula baik untuk badan. Tahap kedua-dua kolesterol ini perlulah seimbang mengikut keperluan tubuh.


* Jika tahap kolesterol keseluruhan tinggi disebabkan kandungan LDL yang berlebihan, anda berhadapan lebih risiko penyakit jantung atau strok.

* Tahap kolesterol keseluruhan:
Kurang 200 - tahap terbaik.
200 to 239 - tahap sempadan tinggi
240 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.


* Tahap kolesterol LDL:
Bawah 100 - ideal bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
100 to 129 - menghampiri optimal.
130 to 159 - sempadan tinggi.
160 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.


* Tahap kolesterol HDL:
Kurang daripada 40 - bermakna anda lebih berisiko menghidapi penyakit jantung.
60 atau lebih - amat kurang berisiko menghidapi penyakit jantung.

:) Suka share dengan u all info2 makanan dan tentang kesihatan.Ini kerana tubuh badan yang sihat amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Orang yang ceria itu juga, orang sihat fizikal dan mindanya.
sumber:sajionline

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers