Friday, December 10, 2010

Shopping+santai

Hai all, have a nice day ya..
En3 nie masa cuti maal hijrah hari tu.My husband tak kerja, so kami ambil kesempatan shopping dan jalan2.Peluang makan kat luar juga kan.Ya lah, saya lebih suka keluar kalau ada husband..rasa lebih selamat coz ada dia tolong urus anak2 dan tak payah drive sendiri. 
Kami lunch kat merdeka mall. Mall ni baru mula dibuka pada hari kebangsaan hari tu.31st August 2010.Tak lepaskan peluang captured pic Qeisha with patung santa claus & xmas tree. Shane takut tengok patung santa claus tu. Dia tak lepas daripada dady dia.Aduhai abang shane, adik qeisha ok jer dan suka tengok patung tu.Dia boleh takut pulak.Shane ni memang takut tengok patung2 yang besar.
*pic bawah: Qeisha with dady @ car parks on the top floor of the mall.Luas juga tempat parking tu,cuma jalan naik atas tu agak sempit.
Lepas pergi Merdeka mall, singgah jap kat esplanade. Dekat saja dari mall tu.Kami masih kenyang, so tak lah beli makanan yang dijual kat gerai2 di situ.Kalau tak, rambang mata saya pilih :). Tapi tak best juga duduk2 saja tanpa makan2.Saya beli jeruk kedondong(masih hijau +ranggup) with cili.
Anak bujang saya ni makin suka posing depan camera. Pic yang ni, captured by phone saja.Kadang2 malas nak bawak camera.
Qeisha suka tengok ombak tu. Esplanade ni memang cantik.
* sebelum balik dari esplanade ni,shane dan qeisha sempat mintabelikan lolipop.
*Last sekali singgah kat servayjaya hypermarket.Beli baju momy,shane dan qeisha.
* ok ya..nak minum petang sambil2 blogwalking pula...sementara qeisha masih tidur.Shane layan kartun dia..babaii

Thursday, December 9, 2010

sweet memory majlis konvokesyen 2006

aloooo everyone...happy Thursday 2 u all.
Entry tentang majlis konvokesyen saya lama2 dulu..4 years ago.Lama dah kan.Dulu saya belum ada blog lagi nak abadikan kenangan indah masa itu. So, sekarang saya nak abadikannya di blog kesayangan saya ini. Bukan bertujuan nak menunjuk-nunjuk ya(harap takde lah yang berprasangka macam tu) hanya sekadar nak ingat balik kenangan manis ni dan kongsi dengan kawan2 yang amat dihargai sekalian.Kawan2 yang sama batch dengan saya harap senyum-senyum lah baca entry ni.hehehe(kalau ada yang baca la)
me with fresh flower hadiah daripada suami tersayang. Masa nie saya masih mengajar di sk pusat bandar puchong 1, selangor my 1st posting.Best juga di sana, cuma shedihh berjauhan dengan yang tersayang.Sekejap saja di sana, saya dapat mohon pindah ke Sarawak.Syukur sangat2 dah dapat bersama family tersayang.
with mum & husband
konvokesyen @ mega hotel
left pic : with frens @ classmate 03pramu
right pic: gambar beramai-ramai dengan kakak ipar.Dia juga konvo sama..

*Niat di hati berhasrat nak belajar lagi.Bestnya kawan2 yang sama batch dah sambung belajar.all the best 2 u all ya.

Tuesday, December 7, 2010

Aishwarya bantu kakak ipar

MESKIPUN dikenali sebagai seorang pelakon yang terkenal di seluruh dunia, namun Aishwarya Rai masih sempat untuk meluangkan masa membantu kakak iparnya yang sarat mengandung dan telah melahirkan seorang bayi lelaki baru-baru ini.

Selepas tamat menjalani penggambaran filem The Guzaarish, Aish tidak menerima sebarang tawaran berlakon buat sementara waktu kerana mahu meluangkan masa bersama kakak iparnya, Srima yang juga isteri kepada abangnya, Aditya.

"Sebelum ini saya cukup sibuk dan banyak menghabiskan masa menjalani penggambaran termasuk di luar negara. Setelah semuanya selesai, saya ambil keputusan untuk berada di samping Srima sehinggalah dia melahirkan anak," ujarnya.

Memandangkan Aishwarya sentiasa menemani kakak iparnya, situasi itu telah menyebabkan dia tidak dapat menyertai sesi promosi filem berkenaan yang telah mula ditayangkan di seluruh India pada 19 November lalu.

Bagaimanapun, ada juga khabar angin yang mengatakan pelakon berkenaan kini sedang hamil dan sedang cuba untuk mempelajari langkah-langkah untuk menjadi seorang ibu.

* Best la kalau betul Aishwarya sedang hamil. Usaha untuk mempelajari langkah2 untuk menjadi seorang ibu juga adalah satu usaha yang baik, agar betul2 bersedia berperanan sebagai ibu. Suka sangat lakonan Aishwarya dan terpesona dengan kecantikan yang dimiliki oleh beliau.

sumber:kosmo.online

Saturday, December 4, 2010

mood rajin..;) hari nie

Happy weekend 2 u all, selalunya kita selalu gunakan masa hujung minggu jalan2 & makan2 with family kan.Kalau saya biasanya lebih suka makan di luar masa hujung minggu. Hari ni, hmmmm tetiba datang mood rajin nak masak.Sekali sekala kan, takkan layan mood malas jer masa cuti nie..ya tak kawan2..
Nasi goreng saya pagi tadi...very simple ya, saya gunakan apa yang ada sahaja.Nasi goreng with perencah adabi + sayur kobis.Hias ngan sosej goreng saja bagi menarik perhatian anak2.hehehe.Tidak mengambil masa yang lama menyediakan menu ni, juz 15 minit saja dah siap.
Ini pula hot milo saya untuk breakfast ...camana ok ker?Petua nak dapatkan milo yang berbuih macam tu ialah...milo+coffeemate.Manakala airnya mesti panas banget ya.kalau nak manis tambah gula sikit.Favourite saya nie..
Lunch tadi...mix vegetables( with sos tiram), ayam masak kicap(sila ignore kuahnya yang banyak tu ya) & ikan goreng(toskan lepas digoreng). Biasa saja, saya rasa semua ibu2 di luar sana dapat masak menu simple camnie.Ya lah..saya ni bab masak memasak tak lah hebat sangat.Boleh masak sekadar menghilangkan rasa lapar sahaja.Dan yang paling penting saya berpuas hati dan bahagia melihat insan2 yang disayangi dapat menjamu selera hasil daripada air tangan saya.

* semua pic2 di atas captured by my canon saya.Mood rajin snap2 hasil masakan juga hari ni.boleh dijadikan semangat pada hari2 yang akan datang.yaaa..mood rajin :)..harap2 selalu2 la mood nie menyerang.hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers