Thursday, December 30, 2010

shane & qeisha dpt x'mas gift

hai all..
mesti semua happy hari nie..ya lah setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2 malam tadi. Sama2 lah kita meraikannya...esok cuti umum, so yang kerja office hours tu sure suka dpt cuti kan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
 U all dapat gitf apa x'mas ni?(bagi kawan2 yg meraikan x'mas). Nak cerita ckit gift untuk shane dan qeisha.Krismas baru berlalu, kini tahun baru pula bakal menjelang.Apa azam kamu semua untuk tahun 2011?Mesti semua nak yang terbaik kan, begitu juga saya..

Jom lihat Shane dan qeisha with x'mas gift from mumy&dady..

Shane dapat three channel helicopter (3D full flight).Happy sangat dia dapat toy tu.Dadynya tumpang sekaki @ lebih tepat penghulunya.hehe.Shane dan qeisha jadi pemerhati la jawabnya.Siap bawa bekal 'pringle' dan ada kerusi khas tengok dadynya main helikopter tu.Shane suka tengok lampu kat heli tu.Waktu malam memang cantik light heli tu.Malam krismas hari tu, orang main mercun, mereka layan heli saja...
Qeisha tak nak kalah...memang tau dia akan tak suka toys 4 girl kalau dah tengok abang dia dapat heli tu. So, saya pilih 'fire rescue service toy' untuk dia. Qeisha said "ryan empun mumy?". Maybe dia teringat toy fire engine ryan(anak my BFF) masa mereka kat miri dulu.

note: Saya dah jadi mumy ni tak excited nak dapat gift daripada suami atau family. Yang penting hero & heroin kami dua orang tu happy. Mereka dua adalah hadiah yang paling berharga dan bermakna dalam hidup saya. 

Tuesday, December 28, 2010

xmas 2010

Hi everyone...
Moga u all sihat dan baik2saja. 24,25,26,27..ermmm 4 hari dah saya tak on9. Agak bz dengan persiapan xmas dan celebrated xmas.Hari ni baru relax ckit after kemas2 rumah.Tak balik kampung xmas tahun ni.Beberapa pics masa xmas 2010...layannn
Pagi 25/12/10 @ church.Tak nak lepas peluang pose sini jap.
Balik dari church, pergi jalan2 rumah saudara mara.Ni rumah yang ke-4 kami pergi.Tengok je la shane & qeisha..dah boring dah..mereka main kat luar pula.Entah apa yang mereka bertiga chit chat tu..
Letih sangat2..sampai kat rumah kul 6pm.Lepas tu jalan lagi bbq kat umah kakak ipar...balik rumah kul 11 mlm...dah la keesokan harinya nak bangun awal coz nak buat open house kat rumah saya pula.
26/12/10...dua orang budak lepas mandi. Bersedia menunggu ketibaan para tetamu.hehehe
Antara hidangan untuk tetamu2 siang 26hb.Menu special ialah nasi beriani.Shane dan qeisha merasmikan.Bukannya nak makan pun,juz makan buah saja.Bukan saya yang masak ya,juz katering saja.Cuma rendang dan kari ayam saja masakan kami.Hidangan yang serba sederhana saja..
Saya tak sempat nak ambik pic biskut2 dan kek saya.Yang atas tu, baki2 yang ada.hehehe.4 jenis saja biskut saya xmas ni,bukan saya yang buat..beli kat bakery je.Memang sibuk sangat saya & husband masa ni,layan shane dan qeisha lagi.Tu la pic kami 2 tak da. Tak pe,bukan selalu ya. Happy sesangat kawan2 dan saudara mara sudi datang..
Antara yang datang memeriahkan xmas 26/12 hari tu. Terima kasih sudi datang.Staf2 sama kerja dengan husband.Ini saja yang sempat ambik gambar.Yang datang sebelah petang tak sempat dan lupa nak ambik gambar.
*Sebelah malam pula,saudara2 belah suami datang...tak ada pics.Qeisha meragam tak nak keluar dari bilik.letih sangat kot.Lagipun my cam dah low bat, charger tak jumpa lagi..miss place.Memang meriah sangat malam tersebut.Diaorang sempat lagi layan bola Malaysia vs Indonesia.

note:Terima kasih banyak2 kepada semua yang sudi datang meraikan krismas ke rumah kami. Terima kasih juga atas jemputan2 terhadap kami sekeluarga.Di kesempatan ini saya mohon maaf andai ada yang kurang...
Semoga kita semua mendapat berkat di hari krismas ini dan semakin murah rezeki...
Sekarang nak melawat ke blog rakan2 pula setelah 4 hari menyepi dan takde bw...terima kasih kepada yang dah singgah ke blog saya,afterward saya akan buat singgah balas ya.:)

Thursday, December 23, 2010

@ Ballon castle playground & kiddies ride

Hi everyone...
Petang Selasa hari tu bawa anak2 pergi kat Ballon castle playground & kiddies ride(berhadapan dengan boulevard hypermarket. Shane dan qeisha sangat happy bermain kat situ.Nak main di situ kena bayar rm2 & ada cop kat tangan sekali. Selain itu ada juga bermacam-macam jenis barang 'best buy' dijual di situ. Tapi selalunya yang 'best buy' yang kita tak berkenan sangat kan. Ok all, layan saja pic2 mykids main kat Ballon castle playground ...
pic atas:shane dan qeisha yang agak takut & malu2 kucing mula2 masuk kat ballon playground
*Shane dah panas dan dah berani main jauh2..siap panggil mumy& dady lagi
pic bawah:@ kiddies ride
cakkk!!!
"momy2...blue colour!!!"
qeisha main puas2 kat sini...berpeluh-peluh.suaranya pun nyaring sangat bila menjerit.Shane agak susah nak captured pic dia coz dia main jauh sangat.Ya lah...dia abang kan & lebih berani daripada qeisha.Si adik tak mau jauh2..mesti ada tengok mumy&dady.
suka lah 2 orang tu dapat toys...
*shane ni suka sangat menyorok
*Tinggal 1 hari lagi nak celebrate xmas.Mesti rakan2 yang sama2 meraikan xmas tengah sibuk shopping & buat persiapan untuk hari xmas.Merry xmas 2 u all.GBU all...ok nak bw pula b4 lunch..

Tuesday, December 21, 2010

misteri@kisah batu katak

alllooo all.. Sesiapa yang biasa travelling dengan menggunakan jalan darat untuk ke Miri dan Bintulu di Sarawak ini, pasti akan lalu di sebuah tempat yang terkenal di kalangan kaki ekor. Tempat yang saya maksudkan ialah Batu Katak yang terletak di jalan Sibu - Bintulu.Perjalanan ke Sibu bulan November lepas memberi kesempatan kepada saya dan suami untuk merakam gambar dan meninjau kemisterian Batu Katak ini dengan lebih dekat.Bukan pertama kali lalu di sini ya, tapi tidak berkesempatan singgah.Lagipun macam tak ada yang menarik sangat coz kami ni bukannya di kalangan kaki ekor.
Kira-kira 18 kilometer dari pekan Tatau (Bintulu) menuju ke bandar Sibu, sebuah batu besar bertapak di sebelah kiri jalan raya. Penduduk tempatan menamakannya “Batu Katak”. Sekali pandang dari tepi jalan, batu itu kelihatan biasa sahaja, cuma saiznya yang besar dan tinggi, seolah-olah sebuah bukit batu. 
Menurut cerita, ada seorang lelaki Cina yang pernah memohon nombor ekor di situ. Singkat cerita, si cina tersebut menang nombor ekor dan menjadi kaya tidak lama selepas itu. Sebagai tanda terima kasih,dia membina tempat teduh bagi batu tersebut dengan mendirikan pondok berbumbung. Batu itu diangkat sebagai “Dewa Batu”. dan sejak hari itu ramailah yang datang untuk memuja dan meminta nombor ekor.
banyak juga kisah misteri yang menyelubungi batu ini seperti ada orang mendakwa diganggu perempuan berbaju putih dan lembaga menakutkan ketika lalu di hadapan tokong ini pada waktu malam. Tempat ini amat mudah ditemui kerana ia terletak di tepi jalan besar menuju ke Bintulu. Saya sendiri merasa kurang selesa ketika berada dekat dengan batu tersebut.Sekejap saja di sini, Shane takut sangat.Menyesal juga saya bawa dia turun dari kereta.Pic2 di atas captured by my hubby.
* Nak tau lebih lanjut kisah batu katak ni?You all boleh singgah sini
note:Pengajaran yang kita dapat dari kisah Batu Katak ini ialah, nilai harga diri manusia boleh jatuh dan hina hanya kerana wang dan kemaruk harta. Ini jelas apabila ada yang buat kerja bodoh dengan menyembah batu dan meminta harta kepada benda tidak bernyawa.Harap2 kawan2 saya di luar sana tak ada yang kaki ekor ya.Kalau nak kaya usaha sendiri dengan cara yang betul dan sepatutnya.Dan yang paling penting, bersyukur dengan apa yang ada... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers