Sunday, January 2, 2011

lalalalala...sukanya....

allooo frensss...
Sukanya saya dah jumpa yang terbaik. Sebelum ni saya ngan husband dah cuba cari meja & kerusi belajar untuk shane dan qeisha. Tapi belum ada yang saya berkenan. Dan sekarang..puas hati dah coz dah jumpa yang sesuai dan menarik bagi saya. Berbaloi-baloi...saya jumpa kat parkson malam 31 Dec 2010 hari. Last day tahun 2010 lagi tu.Jom tengok...
Mejanya ada 'alphabets' dan timetables.Gambar2 tu memang menarik perhatian budak2. Kerusinya pula amat selesa coz tempat duduknya lembut dan ada span.Blue colour tu milik shane dan pink colour sudah semestinya qeisha punya.Harganya pun sedang2 saja..u all boleh cari kat parkson kalau berminat ya.
Shane dan qeisha pun suka dengan pilihan mama.Sekarang boleh la mereka mewarna dan belajar dengan selesa. Nenek mereka (mymum) yang selalu dan rajin mengajar mereka berdua.Tapi budak2 kan sekejap saja nak bagi tumpuan.Paling lama pun 10 minit. It's ok...kena biasakan selalu..
Shane sedang melukis 'car'..boleh la, at least ada bentuk car dan tayarnya.Qeisha conteng2 entah apa2..asyik2 nak lukis 'house'.hehe
*Selain menulis,membaca,mengira,menonton...toys@mainan masih perlu bagi budak seusia mereka.Yang penting ada hadnya. Berdasarkan pemerhatian, melalui permainan mereka juga belajar.Pembelajaran yang lebih berkesan ialah belajar melalui bermain..

note:ok all...nak logout dulu.Malam nanti saya akan melawat u all pula.Masih lagi terkejut dengan berita bekas husband nana meninggal dunia. Semalam majoriti entry rakan2 blogger adalah tentang berita arwah (Faizal Yusof)meninggal dunia.U all perasan tak dia meninggal last day tahun 2010, iaitu hari Sabtu 31.12.2010. 'Actor Faizal Yusof died at 1.45pm Saturday at Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak'.Salam takziah untuk family arwah.

*saya shedihh coz charger my canon belum jumpa lagi.Dah la kalau nak beli ori charger tu kena order dan harganya pun rm200++.miss place,ada yang keluarkan dari beg cam saya masa bertandang ke rumah kakak ipar.budak2 la..bukannya tau erti benda tu sangat berguna..so now,my nokia E5 sajala yang saya guna captured pic sementara menunggu charger yg diorder...haruuu tau.:(

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011

Hai all, happy new year 2011.Sori coz agak lambat wish.eh,tak lah lambat kan masih 01.01.11...ingat nak wish menjelang kul 12am 010111..tak sempat on9.bz sangat.Pagi tadi pendaftaran murid2 untuk tahun 2011.So,di kesempatan ini saya sertakan ucapan ini...:)
Buka Hati ada damai

buka mata ada terang
Buka kasih ada sukacita
Buka SMS ada ungkapan Happy New Year
Semoga semua harapan yang tertunda bisa terwujud di tahun 2011 ini. Amin

satu lagi...

Jalan-jalan naik pedati
Menikmati pemandangan nan indah
Tidak terasa tahun kan berganti
Semoga saja tahun nan indah
Sukses selalu di tahun 2011 ini..

ok..happy new year 2 u all...babaiii

Thursday, December 30, 2010

shane & qeisha dpt x'mas gift

hai all..
mesti semua happy hari nie..ya lah setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2 malam tadi. Sama2 lah kita meraikannya...esok cuti umum, so yang kerja office hours tu sure suka dpt cuti kan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
 U all dapat gitf apa x'mas ni?(bagi kawan2 yg meraikan x'mas). Nak cerita ckit gift untuk shane dan qeisha.Krismas baru berlalu, kini tahun baru pula bakal menjelang.Apa azam kamu semua untuk tahun 2011?Mesti semua nak yang terbaik kan, begitu juga saya..

Jom lihat Shane dan qeisha with x'mas gift from mumy&dady..

Shane dapat three channel helicopter (3D full flight).Happy sangat dia dapat toy tu.Dadynya tumpang sekaki @ lebih tepat penghulunya.hehe.Shane dan qeisha jadi pemerhati la jawabnya.Siap bawa bekal 'pringle' dan ada kerusi khas tengok dadynya main helikopter tu.Shane suka tengok lampu kat heli tu.Waktu malam memang cantik light heli tu.Malam krismas hari tu, orang main mercun, mereka layan heli saja...
Qeisha tak nak kalah...memang tau dia akan tak suka toys 4 girl kalau dah tengok abang dia dapat heli tu. So, saya pilih 'fire rescue service toy' untuk dia. Qeisha said "ryan empun mumy?". Maybe dia teringat toy fire engine ryan(anak my BFF) masa mereka kat miri dulu.

note: Saya dah jadi mumy ni tak excited nak dapat gift daripada suami atau family. Yang penting hero & heroin kami dua orang tu happy. Mereka dua adalah hadiah yang paling berharga dan bermakna dalam hidup saya. 

Tuesday, December 28, 2010

xmas 2010

Hi everyone...
Moga u all sihat dan baik2saja. 24,25,26,27..ermmm 4 hari dah saya tak on9. Agak bz dengan persiapan xmas dan celebrated xmas.Hari ni baru relax ckit after kemas2 rumah.Tak balik kampung xmas tahun ni.Beberapa pics masa xmas 2010...layannn
Pagi 25/12/10 @ church.Tak nak lepas peluang pose sini jap.
Balik dari church, pergi jalan2 rumah saudara mara.Ni rumah yang ke-4 kami pergi.Tengok je la shane & qeisha..dah boring dah..mereka main kat luar pula.Entah apa yang mereka bertiga chit chat tu..
Letih sangat2..sampai kat rumah kul 6pm.Lepas tu jalan lagi bbq kat umah kakak ipar...balik rumah kul 11 mlm...dah la keesokan harinya nak bangun awal coz nak buat open house kat rumah saya pula.
26/12/10...dua orang budak lepas mandi. Bersedia menunggu ketibaan para tetamu.hehehe
Antara hidangan untuk tetamu2 siang 26hb.Menu special ialah nasi beriani.Shane dan qeisha merasmikan.Bukannya nak makan pun,juz makan buah saja.Bukan saya yang masak ya,juz katering saja.Cuma rendang dan kari ayam saja masakan kami.Hidangan yang serba sederhana saja..
Saya tak sempat nak ambik pic biskut2 dan kek saya.Yang atas tu, baki2 yang ada.hehehe.4 jenis saja biskut saya xmas ni,bukan saya yang buat..beli kat bakery je.Memang sibuk sangat saya & husband masa ni,layan shane dan qeisha lagi.Tu la pic kami 2 tak da. Tak pe,bukan selalu ya. Happy sesangat kawan2 dan saudara mara sudi datang..
Antara yang datang memeriahkan xmas 26/12 hari tu. Terima kasih sudi datang.Staf2 sama kerja dengan husband.Ini saja yang sempat ambik gambar.Yang datang sebelah petang tak sempat dan lupa nak ambik gambar.
*Sebelah malam pula,saudara2 belah suami datang...tak ada pics.Qeisha meragam tak nak keluar dari bilik.letih sangat kot.Lagipun my cam dah low bat, charger tak jumpa lagi..miss place.Memang meriah sangat malam tersebut.Diaorang sempat lagi layan bola Malaysia vs Indonesia.

note:Terima kasih banyak2 kepada semua yang sudi datang meraikan krismas ke rumah kami. Terima kasih juga atas jemputan2 terhadap kami sekeluarga.Di kesempatan ini saya mohon maaf andai ada yang kurang...
Semoga kita semua mendapat berkat di hari krismas ini dan semakin murah rezeki...
Sekarang nak melawat ke blog rakan2 pula setelah 4 hari menyepi dan takde bw...terima kasih kepada yang dah singgah ke blog saya,afterward saya akan buat singgah balas ya.:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers