Dalam masakan barat, khususnya masakan Mediterranean, minyak zaitun selalu digunakan. Apabila membaca resipi masakan barat, ada yang menggunakan minyak zaitun ‘light’ (ringan), ‘virgin’ (dara) dan ‘pure’ (tulen).
Terdapat perbezaan dalam penggunaan minyak zaitun ini. Light olive oil merujuk kepada minyak zaitun yang warnanya lebih jernih dan rasa yang tidak terlalu kuat. Minyak zaitun ini mempunyai tahap asap yang tinggi, dan sesuai digunakan untuk menumis atau menggoreng pada suhu panas.
Minyak zaitun tulen atau pure olive oil juga boleh digunakan untuk menumis dan menggoreng, tetapi pada suhu sederhana.
Manakala virgin olive oil pula paling baik digunakan untuk hidangan-hidangan yang tidak dimasak seperti salad dan bahan perapan.
sumber:saji online
Wednesday, March 31, 2010
Monday, March 29, 2010
To camp out at Bungai Beach
Hai all..hari ini awal-awal lagi kami 1 family pergi ke Bungai Beach kat area Bekenu. Hasrat kami ialah nak berkhemah and enjoy at the beach with family. Time berkemas awal pagi tadi shane n qeisha memang dah excited sangat. Syukur sangat2 kerana cuaca amat sporting hari ini. Kebiasaan weekend kami selalu pergi kat beach2 yang ada di miri seperti Luak Esplanade,Taman Selera n Lutong. So hari ini buat kelainan sikit nak to camp out at the Bungai beach..kira2 1 jam dari bandar Miri.Jeng..jeng..jeng...
Memang seronok sangat la main dengan anak2 tersayang.Syok sangat la Shane n Qeisha main sama-sama.Kami datang awal..so tak ramai sangat orang.Ada juga family yang BBQ.Bes juga..santai gitu
Haaa baju biru tu mama saya tersayang...dia ni tak berapa suka bergambar..jauh sangat dia jalan2 menyusuri pantai tadi.Jangan tertanya-tanya mana si ayah saya???Ayah saya lama dah meninggal kena serangan strok tahun 1993.(Isk2 sedih la pulak..bukannya apa..kalau la ayah saya masih ada..kan best dia ada ikut kami tadi.Bemain dengan cucu2nya yang comel...saya redha..Tuhan lebih menyayanginya)
Seronok sangat Shane tengok khemah ni.Always said"Best!!!!" siap tunjukkan ibu jarinya
Ehemmm..siapa tu????Itu la mama Shane n Qeisha yang suka sangat posing tak puas2.Tak kisah orang suka ke tidak .Yang penting HAPPY..hehehe.betul tak???
Haaaa ini la anak bujang saya yang selalu kata dia hensem.(sshhh sama macam dady dia la tu)
HAHAHAHA Shane buli dady nya tarik toodler car.Seronok sangat la shane terjerit-jerit panggil saya suruh tengok.Tengok tu topi entah kat mana dia buang.
HAIYAAA..ini amoi arr tidak tahu takut itu panas.Tidak suka pakai topi.Puas saya kutip topi yang dia buang.Dahla kotor kena pasir..ayoyoyo.Ermm..baju qeisha tu uncle martin(satu-satunya adik saya) dia beli kat singapore hari tu.Uncle martin nak ikut tadi tapi ada belajar drive.
Time ni belum panas lagi..memang seronok bersantai kat depan khemah sambil melihat ombak.Deruan ombak menenangkan jiwa.Itu dia!!!!
Habis apa yang saya buat dipijak-pijak oleh Shane.Hasilnya tak ada apa2 yang boleh dibuat.Baru siap satu pijak,buat satu pijak lagi.Last2 saya malas buat lagi.Qeisha mengantuk dah tu..
Qeisha bersantai with dady..sempat juga si dady ni melelapkan mata tadi.Kat pantai pun boleh layan tidur..
Leka melihat ombak yang kuat. Kuat juga ombak tadi..itu la tak jadi mandi-manda tadi..
LUV 4EVER..kau dan aku selamanya...semoga rumah tangga kami kekal bahagia selama-lamanya.Amien.Agak banyak juga saya upload gambar..takpe untuk kenangan saya sendiri n family.
***So, 1 day sesiapa yang berminat tu boleh la datang kat pantai ni.Ada juga challet di sini..best jugak la betul2 berdepan dengan pantai challet/room stay kot..
Tandas awam pun ok juga ada shower..
ok...salam sayang semua...
Thursday, March 25, 2010
Myprincess Qeisha
Wachaaa!!!! Hi everyone...
Inilah pose2 terkini saleisha qeisha.Makin pandai posing dah..
Serius jugak muka qeisha kat pic ni. Sometime, mahal gak senyuman anak dara saya ni. Tahi lalat atas bibirnya menjadi pemanis.(chewah)
HI..5!!!!!!
Qeisha ni memang suka panjat memanjat..kat pic ni ok juga ada beri senyuman. Lagi comel la sayang mama senyum tunjuk gigi yang putih tu.
Cantik tak gigi qeisha?????
HUHUHUHU...CAM NI LA MUKA QEISHA MENANGIS.NYARING SANGAT SUARANYA KALAU MENANGIS..TON E GITU
Anak manja dady..balik dari keja ni..belum sempat masuk umah..nak pose ngan qeisha dulu la pulak.
Ni pic shopping kat mall hari Ahad hari tu..21/03/10..bes jugak ada sale.
Wadeh..qeisha sendiri yang letak pooh tu kat kening dia.Pooh tu hadiah hari guru daripada student saya last year.
**sekarang ni qeisha dah 1 year 7 months..
Monday, March 22, 2010
Khasiat ubi kentang
Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.
Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.
*info makanan lagi..nextime saya share label yg lain pulak ya
sumber:Saji Online
Subscribe to:
Posts (Atom)














