Sunday, July 18, 2010

weekend xtvt

Salam hari Ahad semuanya..
Hari ini berehat di rumah sahaja..hujan lebat selepas tengahari tadi, takde mood nak pergi mana.Cumanya breakfast kat luar pagi tadi je( elok sangat cuaca pagi tadi). Entry ni bukan aktiviti minggu ini ya, outdoor xtvt with family last week.
Bersama family bersantai di taman selera,miri.Layan pic2 bersantai di taman selera miri.

Anak2 la yang paling seronok. Ini adalah peluang keemasan untuk Shane dan Qeisha berlari-lari. Saya tak nak lepaskan peluang captured pictures mereka berdua.

Anak2 buah husband pun turut sama bersantai di sini.Qeisha suka geng dengan Kevin. Selalunya tak mau geng.Shane ngam dengan sesiapa jer.Suka Shane dan Qeisha tengok bubbles tapi tak reti blow bubbles.Mommynya la jadi mangsa.memangnya suka pun..heheh

Balik dari taman selera, singgah kat playground kat apartment PGA(kakak ipar n family new quaters).Apartment ni baru jer beberapa minggu dah diduduki.Best betul family polis2 yang dapat apartment sebegini. Very enjoyed weekend..

about taman selera, miri..
The oldest recreational park in Miri, Taman Selera is situated in Brighton about 3KM from the city center at Tanjung Lobang. Besides the golden sand beach, children's playground and outdoor facilities, there is an open air hawker center which is a popular eating place with all sorts of delightful local food. Enjoy the beautiful sunset and feel the cool sea breeze as you listen to the sound of the splashing waves..

tadaaaa....

Friday, July 16, 2010

Deodoran si gadis dan jejaka

BAGI gadis yang mahu menikmati hidup dengan penuh cabaran, Nivea kini tampil dengan produk deodoran terbaru khas Nivea Angel Star.

Koleksi deodoran Nivea Angel Star didatangkan dengan dua pilihan iaitu Hot Crush dan Icy Kiss. Formula tanpa alkohol dan antipeluh ini memberikan perlindungan 24 jam terhadap kebasahan serta bau.

Tidak ketinggalan untuk lelaki Nivea memperkenalkan You Rock! - Menergy khas buat jejaka.

Deodoran formula terbaru ini bukan sahaja boleh menyahkan bau badan, malah tidak mengundang iritasi pada kulit, memberikan kesegaran dan bau maskulin walaupun terlibat dalam aktiviti lasak.

Ia didatangkan dengan dua jenis iaitu Rebellious dan Wild.

@@@ Saya memang suka produk nivea.Harganya pun tidak terlalu mahal.Losyen dan deodoran memang nivea sejak dari sekolah menengah dulu.
***Oredi dapatkan produk deodoran terbaru khas Nivea Angel Star !!!lebih wangi.
u all boleh cuba kalau tak caya




Thursday, July 15, 2010

anak2 mama

Tetiba je mood rajin update blog hari nie..setelah melawat beberapa blog rakan blogger. Tapi apa entrynya ya??? senang jer time takder idea..mesti la about shane n qeisha.
Layan jer pic bersama anak2 kesayangan.Aksi manja kedua-dua buah hati mama.

Suka sangat pic ni...qeisha pandai minta air orange n ribena."orange,orange"katanya
kalau tak nak sesuatu, dengan semangat say "no!!!!"

muka mengantuk shane..bila nak tido n nenen shane akan hisap ibu jari kanan.Bila tak pegang botol susu,jari hantu cucuk hidung.Bad habit betul anak bujang saya ni.Manja melebih-lebih berbanding adiknya qeisha.

@@@ biar dah besar nanti shane dan qeisha dapat lihat gaya manja bersama mama ya

babaiiiii ikut gaya qeisha 

Wednesday, July 14, 2010

Buat dadah resipi Internet

Hi everyone...
Semoga baik2 semuanya..dan jauhi diri kita dari segala yang tiada memberi faedah dan menyusahkan hidup kita. Beberapa hari ini takde update blog n BW. So,sepi jer la blog saya nie..bukan disebabkan terlalu bz tapi agak malas nak on9. Ikut mood sebenarnya, ada waktu rajin berjam-jam on9.
Lupakan semua itu, kita layan jer berita negara ni. Saya jumpa kat kosmo tadi...mungkin ada rakan2 dah baca..

KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, pengedar-pengedar dadah dan penagih kini mampu menghasilkan dadah syabu seberat 10 kilogram bernilai ratusan ribu ringgit hanya dengan berpandukan maklumat daripada Internet di rumah.


Lebih menarik, modal yang diperlukan untuk melakukan kerja haram itu kira-kira RM2,000 sahaja.

Ketika mendedahkan perkara tersebut, seorang remaja yang dikenali sebagai Amir berkata, wang tersebut diperlukan untuk membeli lapan jenis bahan kimia bagi memproses dadah tersebut.

Dia yang pernah menyertai kumpulan memproses dadah setahun lalu berkata, wang tersebut juga digunakan untuk membeli tawas biru yang merupakan ramuan utama bagi memproses dadah tersebut.

"Sekiranya bahan kimia yang diproses itu mengalami kekurangan ramuan atau terlebih ramuan, seseorang penagih dadah itu boleh berhadapan dengan risiko kematian," katanya kepada wartawan Kosmo! baru-baru ini.

****aduhai....sampai begini sekali ya..pelat indon. Harap anak2 muda warganegara kita sedar akan durjananya dadah ini***

sumber:kosmo! Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers