Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53 peringkat sekolah

Hai everyone...salam 1 Malaysia dan selamat Hari Kemerdekaan yang ke-53 .
Tema Hari Merdeka/Kebangsaan 2010 menarik sekali
1Malaysia Menjana transformasi
Usaha berterusan perlu dan sudah semesti
Agar tema dapat dicapai dan tidak sekadar menyedapkan kata dan hati
En3 hari ni tentang sambutan ambang merdeka di sekolah SK Riam batu 2 semalam. Agak meriah kerana sama2 mengibarkan jalur gemilang...
Jalur gemilang di bawah naunganmu, jalur gemilang kami semua bersatu...sama2 mengibarkan jalur gemilang..
comel jer.. budak pra saya ikut sama mengibarkan jalur gemilang

Antara persembahan2 pelajar..pic tak brpa memuaskan coz saya captured with hphone saja.
Menghiburkan...suka tengok tarian 1Malaysia...

*Di MIRI, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng mengetuai sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 peringkat negeri yang diadakan di Stadium Tertutup Bandaraya Miri.

* Sejauh manakah 1Malaysia telah berjaya diserapkan ke dalam rakyat Malaysia? Lihat saja pada kepada diri sendiri, berapa ramaikah kawan berlainan bangsa dan agama yang kita ada? Mampukah kita berdiskusi secara berhemah dengan bangsa lain tanpa menyentuh isu-isu perkauman?

*ok, babai..nak blogwalking pula...
me,


Thursday, August 26, 2010

Shane nak merempit?????

Hi everyone...
A Mat Rempit is a Malaysian term for "an individual who participates in illegal street racing", usually involving underbone motorcycles (colloquially known as Kapcai) or scooters. Not all Mat Rempits are involved in street racing; some of them perform crazy stunts for fun, such as the wheelie, superman (lying flat on the seat), wikang, and scorpion (standing on the seat with one leg during a wheelie).
************************************************************
Oh no! bukan anak saya merempit ya..juz posing kat green scooter dady mereka.



Lama dah scooter ni, scooter husband masa bujang lagi. Ada sweet memori sebenarnya with scooter ni masa masih bercintun dulu. Pusing2 bandaraya malam kemerdekaan ikut geng2 motor lain, bukan merempit ya. Sekarang ni, scooter ni jarang digunakan...sometimes pusing2 kat kawasan perumahan jer.
Macam2 sound scooter shane. Qeisha takut jatuh..suka sangat tgok pic mereka dua ni, lega sesangat if shane tak marah qeisha..

ok, babaii..nak blogwalking pula lepas ni..

Tuesday, August 24, 2010

Berbohong secara kompulsif

Hi everyone...
Saya jumpa entry ni kat kosmo(family)..nak share dengan u all. Macam berguna untuk pengetahuan kita semua specially ibu-bapa2 dan bakal2 ibu-bapa2.
Apabila anak berbohong secara kerap ia adalah petanda awal masalah yang lebih serius.

KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.

Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.

Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'.

Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.

Mengapa berbohong?
Takut
Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas
Tabiat
Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong.
Meniru
Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong
 
Perlukah saya menghukum?
Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.
1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.
 
2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.


3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"


Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://webhome.idirect.com/~readon/lies.html.

Monday, August 23, 2010

bday party clarissa lola

Hi all...salam 1 malaysia..n happy monday..
Entry about bday lola 4 years..cousin shane n Qeisha last week. Lola yang comel with curly hair, dah pergi playschool walaupun baru masuk 4 years.Layan pics lola masa semua nyanyi happy birtday...very cute ya.

Qeisha tumpang sekaki...lola sabar menunggu nyanyian habis.Ramai budak2 time ni.Memang very happening birrtday party lola.

Lola pun lahir bulan Ogos juga...celebrated selepas sminggu bday shane n Qeisha. (lola sebelah kanan qeisha).Comel kan dia...duduk baik2 jer tunggu arahan daripada mummynya. Shane baru tak reti diam..tengok saja la aksi dia..

@@@on the way balik rumah shane dan qeisha asyik nyanyi lagu "happy birthday to lola"..very enjoyed n bermacam-macam menu yang ada.

babaiii...
me,

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers