Tuesday, September 28, 2010

layan Cadbury zip + kartun

hi all
Petang ni lepas balik kerja duduk rumah je with my hero n heroin. Nenek mereka dua dah jalan2 with my brother n his wife.Saya bagi chance my mum release tension kejap jalan2.So,kami bertiga layan cadbury zip dan kartun ler. si dady pula keja office hour, belum balik lagi..
anak bujang dan anak dara saya tengah mamam cadbury zip (Vanilla Flavoured Wawfer In Milk)  .Mumy pun join sama juga.

Shane suka sangat, sekejap jer dah habis. Si hencem mumy ni makin nakal dan semakin bijak. Dia akan duduk elok2 bila layan favourite kartun nya jer.

si comel qeisha mamam cadbury zip.Mulutnya makin becok macam mulut murai. Suka sangat menyanyi-nyanyi.Sebutannya jelas,macm2 kids song dia suka nyanyi...if qeisha nyanyi alphabet sounds memang lucu sangat.:)
ok that's all..babaiii.

Sunday, September 26, 2010

7 Fakta Menarik Baju Daging Lady GaGa

Tentu ada yang tertanya-tanya, apakah baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa itu diperbuat daripada daging yang asli. Kalau nak tahu kebenarannya, sila semak 7 fakta tentang baju daging Lady GaGa yang telah direka oleh pereka fesyen, Franc Fernandez ini.

1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli

Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .


2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.


3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm...Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.


5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?


6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?


7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih

* macam2 kan...kita lebih suka pakai baju 100% cotton.jauh lebih selesa..
sumber:murai.com

Friday, September 24, 2010

masing2 tak nak mengalah

Hi all ..dalam minggu ni rasa malas nak on9 lama2. Nak updates blog pun liat juga. Saya ikut pengawas peperiksaan UPSR, boring sangat2 macam security jer, jaga student sedang ujian.
Entry tentang dua buah hati saya yang semakin nakal dan suka berebut toys. Masing2 tak nak mengalah....

Sebelum ni Qeisha selalu mengalah dengan shane, sekarang ni  dia tak nak kalah dan pandai merajuk berlari masuk ke dalam bilik dan menangis kiranya shane ambil toys dia.
Shane abangnya pula memang suka menyakat qeisha, tengok adiknya marah lagi la suka menyakat.
Shane tokkk!!!! shane said
Qeisha answer: Eisha tokkk!!!!
kadang2 pening/pusing juga dengan karenah mereka dua
* Shane makin suka tolak2 qeisha..apalagi menjerit dan berlagu lah si adik
muka 'congek' qeisha. Muka merajuk dengan shane la nie...
"luv my kids very much
tataaaa....

Tuesday, September 21, 2010

Majlis ramah tamah aidilfitri 2010

eNtRy RaYa LaGi????
Majlis ramah tamah aidilfitri last week di sekolah. Agak meriah juga ya, turut dihadiri para ibu bapa murid2 Tahun 6.
Sempat posing depan stage..apa2 aktivit sekolah akan diadakan di Galeri Ilmu ini.Cantik juga hiasan stage ni.suka tengok purple colour

Ada bermacam-macam juadah, guru2 tengah memilih hidangan yang ada. Saya memang suka lemang + rendang.Kenyang sangat time ni.Oh ya ada cheese kek special sponsor daripada GB time ni.

Antara persembahan murid2 pada majlis tersebut.Ramah tamah aidilfitri sekaligus dengan sambutan Hari Malaysia.

*tujuan utama mengadakan majlis ini ialah untuk mengeratkan perhubungan persaudaraan yang berkonsepkan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


ok all nak blogwalking pula pas ni.babaiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers