Monday, October 18, 2010

"Blogger tegar perlukan domain by tentangikram[dot]com

tq so much 2 mialiana coz dah tagged saya.
Saya pun tak nak lepaskan peluang dapatkan domain.com secara percuma walaupun saat akhir yang dianjurkan oleh  ikram

Antara syarat2nya:
1. Warganegara Malaysia
-Sudah semestinya
2. Kena jadi follower
-dah follow dah
3.letak banner contest di dalam entri contrak
-dah, kat atas tu
4.link kan entry ini dalam entry anda
-beres
5. nyatakan domain yang anda kehendaki
-mumyshaneqeisha.com
6. tag 2 org rakan anda

tarikh tutup esok la..harap rakan yang kena tagged sempat buat...

Saturday, October 16, 2010

Pankek Istimewa

Hi all, breakfast apa hari ini?Ada tak yang breakfast pankek?
Tetiba jer mood rajin pagi tadi nak buat pankek. Bahan2 memang dah ada cumanya fresh milk jer takde, cepat2 saya beli kat supermarket yang dekat je dari rumah.Lepas tu bermula la usaha saya membuat pankek istimewa yang simple. Semua ibu2 di luar sana saya rasa semua dapat buat.
Dulu2 saya malas nak buat pankek cos belum ada kuali yang sesuai. Sekarang ni dah ada my Hard Anodized Wok ni, semangat ckit la masak.Cian my BFF dulu buat pankek kat umah saya guna kuali yang tak sesuai dan melekat.
Bahan2:(versi mumyshaneqeisha ya, u all boleh modify sendiri ikut kesukaan ya)
* 1 cawan tepung
* 1 biji telur
* 1 setengah cawan fresh milk
* 1 sudu besar gula
* 1 sudu teh garam
* sedikit mentega
Cara membuatnya:
1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati. Biarkan seketika untuk melembutkan adunan.
2. Panaskan kuali. Seelok-eloknya gunakan kuali leper tidak melekat.
3. Tuangkan adunan seperti membuat lempeng.
4. Biarkan seketika sehingga masak.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Tadaaaa....siap dah pankek saya. Boleh dimakan bersama honey,strawberi atau mengikut cita rasa sendiri.Sila ignore rupanya yang tak seberapa itu ya.
Emmm enaknya pankek mommy.....inilah rupa hero dan heroin saya melayan pankek pagi tadi. Walaupun simple, tetap istimewa bagi saya, cos saya menyedia dan memasaknya dengan penuh kasih sayang. Si daddy balik kampung semalam cos ada saudara sekampung meninggal,so takde la breakfast sama2 tadi.Esok baru balik...takpe next time mommy buat lagi ya.
That's all...babaiiii 

Friday, October 15, 2010

Cerita tentang susu

Hi everyone.. Nak sharing lagi dengan u all cerita tentang susu lembu yang saya baca kat pa&ma.
Susu ibu tidak ada tolok bandingnya dan memang dicipta khas untuk bayi.Tapi, kali ini bukan nak cerita tentang susu ibu.Sebaliknya tentang susu lembu.
*Susu datangnya dari lembu tenusu. Ibu lembu hasilkan susu selepas melahirkan anaknya. Sama seperti manusia. Lembu yang sihat boleh menghasilkan 1200 gelen susu setahun iaitu kira2 3 hingga 4 gelen sehari.

Bagaimanakah susu diambil?
* Susu lembu diperah dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan petang. Selepas diperah, susu akan disimpan di dalam bekas yang bersih daripada sebarang kekotoran. Susu kemudiannya dihantar ke kilang untuk diproses. Susu segar mengandungi kira-kira 87% air dan 13% nutrien seperti gula,lemak,protein,kalsium,fosforus dan sebagainya.
Apakah yang boleh dihasilkan daripada susu lembu?
*Banyak.Antaranya ialah susu segar,susu formula,krim,keju dan dadih. Tahukah anda bahawa susu adalah minuman paling bagus untu kanak-kanak kerana mengandungi 9 jenis nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran.9 nutrien itu ialah kalsium,protein,potassium,fosforus,vitamin A,D dan B12, riboflavin dan niasin.

note: Selain susu ibu dan susu lembu,ada juga susu soya. Namun begitu, breast feeding adalah terbaik buat bayi kita.

Wednesday, October 13, 2010

Menu sarapan anak tersayang

Terjumpa info ni kat sajionline..nak share juga dengan rakan ibu2 semua ya...
pic di atas si manja saya yang amat disayangi..
Berikan anak anda sarapan yang berkhasiat supaya mereka dapat memberi tumpuan penuh terhadap aktiviti yang dilakukan sepanjang hari.

1. MAKANAN BERKANJI

Khasiat: Membekalkan tenaga
Sumber: Nasi dan roti
Pelbagaikan menu sarapan si manja anda dengan menyediakan menu yang menarik. Sediakan sama ada roti bakar, sandwich, bubur nasi ataupun nasi goreng untuk mereka.

2. BIJIRIN SARAPAN PAGI

Khasiat: Mengandungi tenaga, vitamin dan mineral
Bijirin sarapan pagi merupakan menu yang mudah disediakan. Namun, anda harus peka terhadap kandungan pemakanannya. Pastikan ia tidak mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Sekiranya anda kreatif, anda boleh campurkan bijirin ini bersama kismis dan hirisan buah-buahan. Pasti ianya akan lebih menarik

3. SUSU DAN HASIL TENUSU

Khasiat: Kaya dengan kalsium
Sumber: Susu, dadih dan keju
Hasil tenusu penting untuk si manja anda dalam membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

4. BUAH-BUAHAN

Khasiat: Kaya dengan vitamin
Pengambilan buah-buahan untuk sarapan pagi adalah baik untuk si manja anda. Seeloknya, anda sediakan jus buah-buahan segar untuk menarik perhatian mereka.

*kita sebagai ibu mesti nak yang terbaik untuk anak2 kita kan, supaya mereka membesar dengan sihat,cergas,cerdas dan bijak..babaiiii nak bw pula, melawat rakan2 blogger yg cunn
sumber:saji.online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers