Monday, November 22, 2010

As we journeyed bintulu,sibu & julau

Hi all..happy holiday kepada semua rakan2 yang sedang bercuti masa ni. Mesti ramai yang plan melancong cuti hujung tahun ni. Kami tak tau lagi,belum ada plan nak pergi mana2. Semalam baru saja balik menghantar nenek shane dan qeisha(my mum) pergi balik bercuti ke kampung halaman saya. Sedih rasanya bila terpaksa berjauhan walau hanya sepanjang cuti sekolah ni je.Pic di bawah adalah sepanjang perjalanan dari miri ke sibu.
Shane dan qeisha sangat happy, sangat nakal ya..asyik pindah2 jer tempat duduk.Kejap nak duduk depan,kejap nak duduk ngan nenek dan aunty mereka di belakang.Kadang berebut-rebut nak duduk depan.
Tengok la tu,kejap shane duduk ngan mumy,kejap qeisha.Saya layan jer..asal tak bergaduh.
Best juga guna commonrail turbo hilux D-4D nie untuk long- journey.Tinggi lagi tu.Saya tak de ganti my hubby drive, tak biasa bawa keta tinggi.Auto lagi,biasa bawa yang manual saja.Sebenarnya auto lagi senang..tapi takut nak bawa d-4d nie,belum biasa.Tapi sebenarnya saya lebih berminat dengan mpv car.:) dan lebih selesa drive kancil & persona.
Take a time ya...sempat singgah dan lunch di Bintulu. Hong Kong pau tetap menjadi pujaan hatiku.hehehe..sedap dimakan panas2.My hubby suka ayam goreng tu.My hero & heroin sangat happy masa jalan2 kat 'farley'..wajib beli toys.Shane dapat trains complete ngan railway sekali, qeisha pilih colourful elephant.Hmmm badan tecik jer tapi suka elephant.
Pic Shane dan qeisha tidur...sunyi je rasa time mereka sama2 tidur.Bila bangun, mulut terus becok ya.
1 malam je kami kat Sibu, stay kat my cousin house.Kebetulan uncle ada datang dari kampung...tak ada masa nak captured pic ramai2..coz masing2 asyik bercerita dan makan2.Ya la...lama tak jumpa.Sebelum balik miri, tidak ketinggalan breakfast kat pasar julau.(member2 dari julau mesti tau kedai makan paling famous with kolo mee)
That's all...ada la jugak post hari ni ya kawan2.sori sekiranya post nie..entah apa2.

Friday, November 19, 2010

Khasiat yang tidak diketahui

 
RAMAI yang beranggapan viagra merupakan ‘talian hayat’ bagi menyelesaikan masalah seksual kaum lelaki. Bagaimanapun, selepas membaca artikel ini, mungkin persepsi itu berubah. Tidak ramai orang mengetahui bahawa buah mangga juga mempunyai ‘kehebatan’ yang setanding viagra.
        Kenapa? Mungkin sebelum ini, ramai yang sekadar menikmati keenakan mangga tanpa menyedari khasiat yang terdapat di dalamnya. Sebenarnya, buah berwarna kuning keemasan itu boleh membantu seseorang memperbaiki aspek kesihatan yang berkaitan dengan fungsi seksual
       Rahsia tersebut didedahkan oleh Pakar Diet Klinikal Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Tan Yen Sing yang membuat pembentangan dalam sebuah kempen kemasyarakatan, Kesihatan itu Kekayaan, yang telah dilancarkan syarikat MBG Fruits baru-baru ini.
HANSEN (kanan) dan Jojo menjaga kesihatan mereka dengan pengambilan buah-buahan yang kerap.

Tambahnya, kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikaitkan dengan pengurangan 17 peratus penyakit jantung koronari.
Manfaat kesihatan

Banyak hasil penyelidikan menarik mengenai manfaat dan khasiat buah-buahan kepada kesihatan telah dibentangkan sempena kempen tersebut.
  •  “Epal misalnya, boleh mencegah dementia (penyakit penyusutan memori) dan percaya atau tidak, ia boleh mencegah kenaikan berat badan. Khasiatnya mampu untuk menurunkan paras kolesterol, menentang kanser dan bertindak sebagai agen antioksida
  • Pisang turut bertindak sebagai agen antioksida, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan. Buah tropika kegemaran masyarakat Malaysia itu juga dikenal pasti mampu meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, menentang ulser peptik selain melegakan cirit-birit dan juga sembelit.
Ramai yang saling menasihati, baik kepada rakan-rakan mahupun anak-anak yang sedang belajar, bahawa pengambilan kismis amat bagus untuk menguatkan daya ingatan.
Anggur yang diproses mengikut teknik pengeringan itu sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih daripada sekadar penguat memori.
Yen Sing mendedahkan rahsia buah pisang kaki yang membantu masalah sembelit dan cirit-birit.

- Kismis mampu membantu mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung, antipenuaan, antioksida dan antiradang. Si ‘manis yang berkedut’ itu juga menjaga kesihatan kulit, mata dan sistem kardiovaskular. Lebih istimewa, ia juga baik untuk merawat gastrik, saluran kencing dan menentang penyakit gusi.
EPAL bukan sahaja kaya dengan vitamin C malah mampu mencegah kenaikan berat badan dan seterusnya mengelakkan gejala obesiti - Gambar hiasan
Dalam pada itu, Hansen pula menasihatkan orang ramai betapa pentingnya pengambilan sarapan pagi kerana ia penting untuk permulaan hari.

“Tidak perlu bersusah payah memasak menyediakan sarapan pagi, cukup sekadar menjamah semangkuk bijirin oat bersama madu dan kismis serta susu,” ujarnya.

* mangga,pisang,kismis dan epal senang saja didapati.Harganya pun murah sahaja.So, boleh lah kita sama2 amalkan pengambilan buah setiap hari untuk kesihatan yang baik ya kawan2.
info from :kosmo.online

Thursday, November 18, 2010

kursus peningkatan profesionalisme literasi ict guru2

Morning all...harap semuanya baik2 saja. Mulakan hari anda dengan senyuman. Beberapa hari dah tak ada post & blogwalking. Saya ada kursus di Sibu, bukan tak de line tenet ya,tapi masa amat terhad.Entry sepanjang berkursus di Sibu..
Place :Paramount Hotel, Sibu
Date : 14-16 Nov 2010
Right pic : with my roomate kat sibu,kak Mai yang ayu.
Penginapan dan makanan ditaja oleh KPM.
Member2 dari Miri, 6 orang kami semuanya. Peserta kursus ada 126 orang, dari bahagian Sarikei,Meradong, Julau, Mukah dan Sibu.
Suasana semasa berkursus,masing2 tekun melayari internet. Saya agak boring dengan line tenet yang slow, coz terlalu ramai pengguna dalam satu masa.Saya paling suka slot 'movie maker', sebelum nie agak kureng nak buat semua tu.Saya juga ada bertemu dengan 3 orang rakan lama classmate masa form six di Meradong dulu,seorang classmate kat maktab. Happy dapat bertemu dengan mereka. Mereka kata saya tak berubah, masih macam seperti dulu, cumanya bertambah berisi.hehehe
Makan2 time..with geng2 dari Miri.They r very sporting.Ada sedikit masa terluang kami berempat ni jalan2 saja kat bandar sibu. Yang bestnya kat Sibu, harga barang lebih murah berbanding kat miri specially kain.
Ole2 untuk dua orang buah hati saya Shane dan Qeisha...mumy beli story books je. 2 hari berjauhan ,tersangat lah rindu...

@ Banyak juga pengalaman dan pengetahuan baru selepas menghadiri kursus ini. Terima kasih kepada pihak KPM yang berusaha dan prihatin dalam meningkatkan profesionalisme guru2 di Malaysia..kami hargai semua itu.babaiiii

Friday, November 12, 2010

Shane & Qeisha @ bookshop & colouring @ kfc

Ahad lepas bawa Shane dan Qeisha shopping kat boulevard hypermarket, pergi kat bookshop. Selalunya serbu toysRus, kali ini saya cuba elakkan. Niat di hati nak melatih mereka berdua lebih berminat dengan buku berbanding toys.
Masing-masing sibuk memilih colour pencils & colouring book. Semua nak sama, kecuali colouring book tak sama, coz shane pilih car colouring book. Shane favourite tu,qeisha pilih yang cantik jer
Gelagat anak-anak saya pilih memilih, mulut pun becok juga.Tengok cantik,lepas yang dipegang..tecik2 dah pandai rambang mata.Geli hati saya tengok,"wow, cantiknya!"said Shane tengok car  pencils case tu.Akhirnya saya beli colour pencils & colouring books saja untuk mereka berdua, sungguhpun masih banyak lagi colour pencils mereka kat rumah.Then, kami pergi makan kat kfc.
Sementara menunggu dady mereka berbaris order makanan, Shane mewarna dengan tekunnya. Suka bulu mata shane yang lebat tu. Lega saya, at least mereka dua tak bergaduh dan boring tunggu hidangan.
Haaa...my little princess belum pandai pegang pensel lagi, tapi tetap berusaha mewarna tengok si abang shane mewarna. Qeisha tak nak kalah..berusaha mewarna walaupun hasilnya cincai buncai. Mama hargai juga, itu hasil daripada kreativiti & estetika anak2 tersayang...
*Dalam hati nie, risau nak pergi berkursus kat sibu Ahad ni.Tak biasa berjauhan dengan kedua-dua buah hati saya nie.Walaupun ada my hubby,my mum & adik ipar jaga...harap semuanya ok.

Ok, thats all..nak lawat u all pula ya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers