Tuesday, December 21, 2010

misteri@kisah batu katak

alllooo all.. Sesiapa yang biasa travelling dengan menggunakan jalan darat untuk ke Miri dan Bintulu di Sarawak ini, pasti akan lalu di sebuah tempat yang terkenal di kalangan kaki ekor. Tempat yang saya maksudkan ialah Batu Katak yang terletak di jalan Sibu - Bintulu.Perjalanan ke Sibu bulan November lepas memberi kesempatan kepada saya dan suami untuk merakam gambar dan meninjau kemisterian Batu Katak ini dengan lebih dekat.Bukan pertama kali lalu di sini ya, tapi tidak berkesempatan singgah.Lagipun macam tak ada yang menarik sangat coz kami ni bukannya di kalangan kaki ekor.
Kira-kira 18 kilometer dari pekan Tatau (Bintulu) menuju ke bandar Sibu, sebuah batu besar bertapak di sebelah kiri jalan raya. Penduduk tempatan menamakannya “Batu Katak”. Sekali pandang dari tepi jalan, batu itu kelihatan biasa sahaja, cuma saiznya yang besar dan tinggi, seolah-olah sebuah bukit batu. 
Menurut cerita, ada seorang lelaki Cina yang pernah memohon nombor ekor di situ. Singkat cerita, si cina tersebut menang nombor ekor dan menjadi kaya tidak lama selepas itu. Sebagai tanda terima kasih,dia membina tempat teduh bagi batu tersebut dengan mendirikan pondok berbumbung. Batu itu diangkat sebagai “Dewa Batu”. dan sejak hari itu ramailah yang datang untuk memuja dan meminta nombor ekor.
banyak juga kisah misteri yang menyelubungi batu ini seperti ada orang mendakwa diganggu perempuan berbaju putih dan lembaga menakutkan ketika lalu di hadapan tokong ini pada waktu malam. Tempat ini amat mudah ditemui kerana ia terletak di tepi jalan besar menuju ke Bintulu. Saya sendiri merasa kurang selesa ketika berada dekat dengan batu tersebut.Sekejap saja di sini, Shane takut sangat.Menyesal juga saya bawa dia turun dari kereta.Pic2 di atas captured by my hubby.
* Nak tau lebih lanjut kisah batu katak ni?You all boleh singgah sini
note:Pengajaran yang kita dapat dari kisah Batu Katak ini ialah, nilai harga diri manusia boleh jatuh dan hina hanya kerana wang dan kemaruk harta. Ini jelas apabila ada yang buat kerja bodoh dengan menyembah batu dan meminta harta kepada benda tidak bernyawa.Harap2 kawan2 saya di luar sana tak ada yang kaki ekor ya.Kalau nak kaya usaha sendiri dengan cara yang betul dan sepatutnya.Dan yang paling penting, bersyukur dengan apa yang ada... 

Monday, December 20, 2010

Mengantuk selepas makan?

Allooo all...
Ada sesiapa yang mengantuk selepas makan?sila angkat kaki..hehehe
Jika selepas makan anda berasa mengantuk, amati semula hidangan yang anda nikmati, mungkin makanan yang dimakan setiap hari itulah penyebabnya.....
sekadar gambar hiasan...shane dan qeisha yang tengah nyenyak tidur di waktu petang.
makanan2 kat pic di atas itu sungguh menggoda kan
*Jika beberapa bulan kebelakangan ini diet anda tinggi kandungan lemak, itulah kesan yang mungkin anda rasai; lesu, tidak bermaya, otak lembap manakala tubuh pula ingin selalu berehat.

*Ini berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat. Dalam kajian itu, tikus yang diberi diet tinggi lemak selama beberapa bulan menunjukkan kesan negatif dari segi fungsi kognitif/otak, kemampuan otot dan keupayaan bersenam.
*Dalam kajian yang dijalankan, tikus-tikus diberi diet tinggi lemak (55% kalori daripada lemak) selama beberapa bulan. Didapati tikus-tikus tersebut dapat berlari pada jarak dekat saja, dan menunjukkan tanda-tanda jelas penurunan daya kognitif. Tikus-tikus tersebut mudah lupa dan tidak dapat mencari jalan keluar dengan cepat dari pagar sesat (maze) seperti biasa.
*Sama ada kesan sama dialami oleh manusia belum dipastikan. Bagaimanapun para pengkaji berpandangan diet rendah lemak memberi kesan lebih positif kepada tahap tenaga dan fungsi otot para atlet.
*Ringkasnya, diet tinggi lemak bukan saja memberi impak kepada faktor-faktor risiko untuk mendapat sakit jantung dan obesiti, tetapi dalam masa beberapa bulan, boleh membuat anda menjadi pemalas dan tidak bergerak cergas.

note:aduhai...time cuti nie rasanya diet saya tinggi kandungan lemak.Harus dikurangkan nie...specially after lunch, memang mengantuk punya.Tapi saya bukan orang yang tidur lama2 waktu siang ya.Pening kepala rasanya kalau tidur lama waktu siang.Lama sangat dah tak jogging,berat badan pun dah naik nie...harus diet ni,takut saya bam2 sangat.U all camana pula?ada tak mengantuk lepas makan.tapi itulah kebiasaanya kan.Bila kenyang, mesti mata pun berat juga...hehehe..:)
sumber: -sajibestmenu-

Saturday, December 18, 2010

kinder joy & racing car candy

hai all..
Anak2 u all suka tak kinder joy? Mula2 dulu saya yang belikan Shane dan Qeisha kinder joy.Sebenarnya saya yang excited nak tengok apa isi di dalam kinder joy tu.Ya lah...dah namanya 'kinder joy with surprise'.
So little cost RM3.70? But the chocolates are not bad, white choc on top, normal choc bottom. Really rich in milk.
What about the surprise gift?
*The gift/toy is something like you get when you buy cornflakes or junk food.hehehe..entah apa2..
But now...mykids suka sangat benda kat pic atas ni.Racing car candy.Lebih murah daripada kinder joy juz rm1++.Dalam tu ada racing car dan candy. Shane suka sangat.Benda ni ada dijual berdekatan dengan kaunter bayaran di supermarket/hypermarket. Bijak diaorang kan, menarik minat kanak2 time kita berbaris nak buat bayaran.Shane said "momy2 beli egg".aduhai... sekarang ni saya rasa dah lebih 10 dah benda ni kat rumah saya.Bekas2 tu shane kumpul, tak kasi buang tau.Pandai dia pink colour dia tak nak, dia kata "qeisha mpun"
Oh ya ada juga 'what egg'.hmmm macam2 kan..
*ok deng happy weekend 2 u all..

Thursday, December 16, 2010

supper

allooo all...
Entry tentang supper kami malam tadi. Jalan2 dengan anak2 sampai dekat kul 11 malam. Ada funfair & jom makan2 kat miri sekarang ni. Masa nak balik, saya rasa macam lapar.So, saya ajak husband makan kat 'ming cafe' sebelum balik supaya tak payah cari makanan lagi bila dah sampai rumah. Cafe ni buka 24 hours & agak happening. Anak2 pula keletihan, masuk kereta terus tidur...
Saya memang suka tea-c speacial kat sini.Memang best...watermelon juice husband & adik ipar punya.
Aduhai..larut malam pun minum sejuk2.takpe2 tak selalu ya.
Ini Shane & Qeisha punya...momy mamam fried kueh tiaw (seafood)
Shane & Qeisha mengantuk...ciannya.Besarnya mulut menguap.hehehe.Ini semua gara2 momy yang nak makan la nie. Tapi dah layan aiskrim, hilang terus ngantuk tuu..

  * cuaca mendung/hujan dari pagi tadi..so berehat dirumah sahaja hari ni.Tak lama lagi xmas, dah celebrate xmas, cuti sekolah pun dah nak habis...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers