Saturday, April 9, 2011

mykids-bfast together

Happy Saturday all..
Apa khabar semuanya? Seminggu dah blog ni tak berupdate.It's ok, bila ada masa saya akan update dan buat bw.Xtvt berblog blog ni time ada masa free je.Ye tak?
*Awal pagi tadi Shane dan Qeisha bfast sama with roti je.Seronok tengok mereka dua bfast sama2 & berselera makan roti yang sangat simple tu.
Dua orang buah hati kami sedang bfast sama2 & layan kartun.After makan roti tu minum susu 180ml, saya rasa mereka sudah cukup kenyang.
Sempat lagi buat pose..qeisha tak cukup roti cari pula biskut tiger.Mumynya juz minum hot milo with biskut. not heavy bfast today ok)
note: Pagi tadi terfikir nak update blog, tapi takde idea. Then snap2 je 2 orang si comel yang sibuk bfast ni. Berupdate la juga blog i hari ni.hehe.

Friday, April 1, 2011

Bila anak memberontak

KITA sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini.

Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus di kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus di kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus di kalangan dewasa.

Kajian yang dilakukan Dr. Ramli Musa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diterbitkan dalam Jurnal Psikiatri Hong Kong itu turut mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan.

Tabiat
 “Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas.

“Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atu rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan.

“Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.

“Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh kalah dengan tangisan anak-anak kerana ia hanya akan menambah sifat ingin memberontak,” katanya.

“Sebahagian besar ibu bapa berasa malu jika anak mereka meronta-meronta dan menangis di kedai kerana mahukan sesuatu.

“Tip paling baik, jangan beri apa yang dimahukan ketika mereka menangis atau memberontak, sebaliknya beri apabila mereka berkelakuan baik.

“Ibu bapa juga jangan kalah dengan tangisan kerana jika kita mengalah, itu hanya akan menambahkan galak mereka.

“Lama-kelamaan, mereka akan gunakan taktik air mata itu setiap kali permintaan mereka tidak dipenuhi.

“Sebaik-baiknya bersabarlah dengan kerenah mereka dan jangan berputus asa. Katakan kepada mereka, hajat mereka akan dipenuhi jika berkelakuan baik.

“Kerana itu, konsisten sangat penting supaya anak-anak tidak keliru,” jelasnya.
sumber: Kosmo=kesihatan
*Bila berhadapan dengan situasi anak2 memberontak di kedai mainan terutamanya...selalunya saya turutkan kerana suka melihat anak gembira.Namun demikian teknik2 di atas boleh dicuba bagi lebih mendisiplinkan anak2..mujur juga Shane saya sekarang ok tak memberontak dan menangis minta belikan toys macam dulu. Saya selalu kata "toys orang empun, not shane' sekiranya dia minta belikan toys yang agak mahal dan tidak sesuai untuk dia..then dia jawab "orang empun mumy?"mumynya sure jawab "of course la"
note: empun mean 'punya'.ok all..sedang gigih nak buat assignment ni.Ketiga-tiga assignment saya belum mula buat lagi prinsip teknologi pengajaran,psikologi pendidikan & learning skills for open distance learner...harap la saya dapat menyiapkan semuanya sebelum due hantar tugasan..

Tuesday, March 29, 2011

isu:Botol susu Bisphenol.A. free (bebas BPA)

Ini isu awal bulan Mac ni...Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .Saya yakin parents kecoh dengan isu ini, specially ibu2 seperti saya. Saya akui saya sendiri sangat risau dengan isu ini.Nak tau camana saya dapat tau berita ini?Ini kisah 3 weeks ago on the way tengah driving balik dari sekolah dalam kul 12 tgh/hari saya terdengar kat radio cats fm, deejay sedang berceloteh tentang hal ini.Saya amat2 terkejut  coz sebelum ini saya tak menyedari tentang penggunaan botol susu BPA free ni. Then, bila saya google tentang isu ini, barulah saya tau apa itu polikarbonat & BPA. Terasa teramat kesal coz baru tau hal ini. Bila saya check botol2 susu anak2 OMG...saya dapati kebanyakannya bukan botol susu BPA free...yalah, ini semua gara2 terlalu mengagung-agungkan jenama 'Anakku'..sampaikan botol susu pun nak yang 'Anakku'...keesokkan harinya, semua botol2 susu tu saya buang setelah mendapatkan botol susu BPA free..kalau u all nak tau Ciri-ciri botol susu bayi adalah "BPA Free" dan  Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat (BPA) sila klik sini
inilah botol2 susu BPA untuk anak2 saya. U all boleh cari yang jenama 'pureen' & 'Anakku' tengok tu, still berminat dengan jenama tu juga. Harganya sederhana sahaja..tapi lebih mahal berbanding botol susu yang bukan BPA free.It's ok demi kesihatan anak2 yang kita sayangi..buatlah yang terbaik untuk mereka.
Nak tau lebih lanjut lagi boleh juga singgah sini
*Bagi ibubapa2 & kawan2 yang belum bertindak silalah bertindak sekarang.Tak payah nak tunggu 1 tahun yang akan datang...jangan gunakan istilah sudah terlambat.betul tak?

Saturday, March 26, 2011

"CONTEST GAMBAR PALING CHUMEL"

Thanks 4 tagged me kakieda.Puas saya godek2 pic2 yang ada, ye la saya bukannya cumei pun kakieda.hehehe.juz 4 fun ya.Contest ni dibuat oleh cik eyqasara yang comel. Ya dia comel, tu la dia buat contest gambar paling chumel kot.hehe.
* jom2 sesiapa je boleh join utk sama2 memeriahkan contest ni.Sila klik sini untuk melihat syarat2nya..jangan lupa sertakan banner di bawah dalam entry ya.

Pic yang dipertaruhkan....
*



*



*



*





*



*


hahaha..susahnya nak cari pic comel. I rasa pic ni comel kot.silalah perasan okeh..takde org nak marah pun.Bukan pic tahun 2011 ya, tapi bukanlah zaman masih kat kolej.yelah..kan nak pic yang comel.mestila nak cari yang nampak comel.ye tak?kalau tak comel janganlah meluat ya, tak baik tau.Nanti i merajuk..

tarikh tutup:25 April 2011..lama lagi tu
Nak tag 3 orang rakan yang comel
sila join ya.Gud luck 2 all of u...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers