Saturday, January 28, 2012

Bukit Aup Jubilee Park & Buah-buahan tempatan

Alahai...lebih seminggu dah tak menjenguk blog ni.Ketandusan idea nak buat entry dan dilanda kesibukan yang tak terkata. Banyak sangat kerja yang tertangguh...lembaran kerja budak pun banyak yang kena semak. Biasalah awal tahun kan, banyak perancangan yang kena buat. Soalan tugasan pun dah kuar, result sem sept pun dah kuar dah. Syukur...lulus juga diriku. Ayoyo....tak yah nak fikir sangat kan, hidup ini boring juga bila tak ada apa yang nak dibuat. ye tak?
**********************************************
Isi entry ku ialah, tentang cuti CNY hari tu. Cuti kat tempat saya bertugas tak sampai pun seminggu, juz public holiday sampai Tuesday je. Kami tidak ada membuat kelas gantian, so Wednesday dah mula sekolah dah. Sebenarnya tak ada plan nak cuti ke mana-mana coz cuti pun tak panjang kan. Tapi kenapa sampai ke bukit Aub nun?ku jawab sendiri ya "sebab niat kami nak beli durian banyak2 kat my hometown kat Julau".yalah, dapat tau durian kat situ tersangat la banyak. Jadi kami pun berangan nak borong durian2 tersebut dan jual pula kat miri. Hahaha...ada hati kan nak cari extra income.Sedangkan saya sendiri tak kuasa nak jual tu semua.Nak duit je, nak jual durian?huhuhu, malu sesangat & tak sanggup i.Semua tu i serah dengan my bro.Tapikan, aduhai malang nasib Pak kaduk..bila sampai kat my hometown tak de pun banyak mananya. Juz sekadar untuk dimakan sekeluarga adalah...plan nak balik hari tu juga.Nasib ada yang baik hati nak jual borong dengan kami dan hantar keesokkan harinya pula. So terpaksa la menunggu 1 day lagi. Untuk mengisi masa 1 hari tu...kami pergi la santai2 kat Bukit Aup Jubilee Park kat Sibu. Tak jauh sangat dari Julau.Jujurnya ku menyatakan kepada kalian inilah kali pertama ku pergi ke situ. Sungguh tau, walau tak jauh dari my hometown.hehe.Ok, layan la pic2 yang tak berapa clear sangat ni coz juz captured by phone je. My DSLR canon tak bawa..Tak tau pulak nak pergi sini. Qeisha tinggal with nenek..shane pun sepatutnya tinggal tapi meraung nak ikut. Perjalanan dekat 8 jam, tak berani nak bawa qeisha yang baru sembuh dari demam. Hubby drive bertukar -tukar dengan my bro, saya malas nak drive. Tapi tak lah letih sangat drive tu coz hiluz tu auto bukan manual.
Rupa-rupanya cantik juga permandangan di sini, menghijau dan tenang je. Shane sangat seronok melihat ikan2 yang berwarna warni dan ada juga tortoise kat kolam tu.
pic atas kiri : with my bestfreind or SIL.Kami stay kat umah dia kat Julau.
Pic atas kanan: Nodec bought a RM3 fish food to feed the fishes there...
Seronok sangat Nodec and Shane melihat ikan2 tu makan.Cantik kan..berwarna warni..

Nampak tak tortoise tu sedang berenang???
me at bridge at the first place..
"Telaga Kumang"@ telaga puteri...mengikut kajian dan cerita masyarakat setempat, ramai menyatakan telaga tersebut memang ada di situ dari zaman dahulu lagi. Mungkin cerita setiap individu tak sama.Tapi dari segi geografi, jarang ada anak sungai  atau telaga terletak di tengah2 bukit kan seperti 'telaga kumang' kat bukit aub ni.Mengikut cerita masyarakat setempat asal di sini, telaga ni tempat puteri @ kumang mandi.Turun dari tempat asalnya di Gelung untuk mandi di telaga ini yang dijaga oleh naga yang bernama Naga Bari.Itu lah sebabnya telaga ini dinamakan 'Telaga Kumang'.Sumber yang saya baca di sini.
Menuju ke observation tower....
Nice view...
Long time did not play swing already.. LOL
Sebelum balik ke julau singgah kat sini dulu minum air kelapa muda.. nanti2 la bawa qeisha and my mum datang sini pula.cian kan diaorang tak ikut.sorry ya sayang, ini semua unplanned bah..
Ini pula menu lunch kat sibu hari tu, kat area Farley. Nasi ayam penyet ka namanya.Boleh la..walau tak sehebat nasi lalapan kat muara di miri.:)
Pic satu ini saya cilok dari google...sayang kan saya tak bawa camera.Antara yang ada di situ.Sayangnya lagi, tempat ni tidak diselenggara dengan baik..
Shane kat umah my SIL, happy sangat main big hilux tu. car dady katanya.
Hajat di hati nak penuhkan our hilux bonnet dengan durian,buah dabai & rambutan.Hajat tak kesampaian la pulak.Syukur juga, ada la sedikit dabai dan rambutan. Durian dalam 130 biji..sampai kat miri memang macam pesta durian, yang terjual pun tak dapat cover kos transport.huhuhu..it's ok apa yang penting dapat makan durian..hehe
with shane yg nakal & degil sangat

Monday, January 16, 2012

celebrated 1st bday darell (my nephew)

Happy monday 2 u all.
Entry tertangguh dari last week lagi ni.Celebrated birthday anak buah saya baby Darell yang pertama pada 5 Januari 2012 yang lalu. Tak terasa dah setahun dah baby Darell.Dan..sekaligus meraikan birthday mama darell juga coz bday my SIL 2 Jan juga. Best kan, dapat celebrate bday sama dengan anak.
Upload beberapa pic je, banyak upload kat fb coz nak tag cousin2 yang lain.
Cute...darell & mumy tiup candle sama2..Shane & qeisha tumpang happy juga.Present utk Darell sayang ialah dua pasang baju complete ngan seluar sekali & darell sgt cute dengan baju2 tu :)
pic atas : Qeisha & Carol..cute sungguh carol tu. Umur setahun lebih muda dari Qeisha, tapi badan jauh lebih bam2.Sebab dia masih breast feeding lagi kot. Best kan, emaknya housewife & dia tau manfaatkan kelebihan itu dengan memberi anaknya bf. Hasilnya, kulitnya sangat cantik, cerdik,antibodinya kuat dan cute miut.Haaa kan terlebih sudah saya memuji.Bagi yang anaknya masih baby kan, jangan la lepaskan peluang bagi anak tersayang bf..coz kelebihan & kebaikannya tiada ternilai.Bagi yang berkerja, at least bagi la fully bf masa berpantang kan.
ok all...itu jerr dulu.babaiiii

Sunday, January 15, 2012

ciannya little princess kami demam..

Badannya panas sangat petang semalam. Then saya bagi paracetamol, badannya tak panas lagi. Awal pagi lazimnya dalam kul 4.30am saya akan  kejutkan dia untuk pergi ke toilet.  Qeisha ni memang lama dah tak pakai dypers waktu tidur malam. Rasanya sejak umur dia 2 tahun.Masa ni saya dapati badannya panas lagi. Risaunya hati ini tau. Rasa nak nangis bila si kecil ni pandai request  ngan saya nak 'cool fever'.Nasib baik ada ada lagi cool fever tu, then bagi dia makan ubat.Syukur sangat2 qeisha ni senang je bagi dia ubat. Dia tau, bila demam kena makan ubat & perlu jumpa doktor..
So, pagi tadi hantar dia ke children's specialists clinic milik Dr. Philip Raja. Kalau anak2 demam memang kat sini la saya selalu hantar.
 Bila captured pic biasanya dia nak posing @ senyum...tapi bila demam mana la ada mood kan. Si mama yang sebuk2 nak ambik gambar qeisha kan.
Malam ni badan dia tak panas lagi, dah makan ubat tadi. 3 jenis lagi tu...ubat demam, batuk & antibiotik...get well soon ya sayang.Bila anak sakit, memang saya stress sangat & tak de mood...bila dia dah lena tidur, dan pastikan badannya tak panas..baru la lega hati ini...
eh, dah kul 12.08am pulak....gud morning la 2 u all

Sunday, January 8, 2012

His passport pic..

Semalam hantar Shane pergi bergambar untuk preschoolnya. 4 keping yang diperlukan untuk fail peribadi, rekod perkembangan murid (portfolio),biodata kat kelas dan rekod maklumat murid. Serius sangat muka abang shane coz tak ada mood dan tak sihat...masih demam lagi.
ok la ni...handsome la juga anak mama..rasanya ini gambar passport shane yang kedua sejak lahir. .Yang 1st masa shane 7 bulan, buat passport untuk lawatan ke Kota Kinabalu .Buat passport coz melalui sempadan Brunei dan ada singgah kejap kat Kuala Belait umah kakak nenek Shane.Plan tahun ni nak pergi lagi...
Ini la his 1st passport pic. Mulut ternganga lagi tu..hehe.Masa ni shane memang montel.
huhuhu..little princess kami ni lom ada gambar passport lagi. Sabar ya sayang, mumy & dady still belajar lagi ..ada rezeki dalam tahun ni kita akan bercuti. Saya ngan mr hubby juga bercadang nak hantar dia pergi tadika dalam masa yang terdekat coz adik qeisha excited nak sekolah tengok abang shane dah pergi sekolah dah. Yalah, maybe dia rasa sunyi masa shane pergi sekolah. Tapi hantar dia pergi tadika yang terdekat je , cian la dia tecik2 kena bangun awal.Kalau dekat ngan rumah, senang dia nak bersiap akhir ckit..maybe hantar dia kat tadika meriah @ tadika junior bestari...
note : Lepas bergambar, hantar abang shane gunting rambut pula.So, sekarang berambut pendek dah dia, nampak lebih kemas lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers