Wednesday, March 16, 2011

tambah 1 lagi peranan..

Hai all.. semoga semuanya baik2 saja.
Beberapa hari dah tak berupdate blog i nie.Biasalah bila penyakit 'm' menyerang. Itu memang perkara biasa kan..apalagi waktu cuti sekolah ni.Rasa nak jalan2 saja untuk release tension.ya tak?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Semalam mengikuti pendaftaran pelajar smp ambilan 2011.smp is sarjana muda pengajaran.Satu progam pensiswazahan untuk guru2. Saya ditawarkan bachelor of teaching (primary education).Syukur sangat2, semuanya berjalan dengan lancar.Pendaftaran berakhir dalam pukul 2 petang.Aturcara pendaftaran dimulakan dengan persembahan video korporat, diikuti taklimat oleh oum, taklimat oleh Bahagian Pendidikan Guru dan diakhiri dengan pendaftaran pelajar.Kami pelajar smp berasa amat berterima kasih kepada pihak BPG atas program ini. Kami juga berasa amat bertuah kerana yuran pengajian selama 4 tahun adalah ditaja oleh KPM. Namun semuanya adalah ditaja dengan penjanjian.Para pelajar cuma membayar rm120 untuk pendaftaran setiap semester.Apa yang amat2 melegakan saya, tutorial cuma 2 kali sebulan di ipg(institut perguruan).So, waktu cuti sekolah takde tutorial lah maknanya..26 Mac ni mula tutorial.
dAn..bertambah satu lagi peranan saya. Seorang anak, isteri, ibu, guru dan pelajar...
Saya berharap saya dapat melaksanakan semua tanggungjawab ini dengan baik.Saya juga perlu bijak membahagi masa...saya harus berusaha demi meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengejar cita2.
Saya tahu ramai lagi yang memikul tanggungjawab lebih daripada saya, dan mereka boleh lakukannya..mengapa tidak saya?
Harap semuanya berjalan dengan lancar..saya juga doakan rakan2 semua agar berjaya dalam semua bidang yang diceburi..
Ok setakat ini dulu..nak melawat rakan2 pula..maafkan saya coz lambat membalas kunjungan rakan2 semua..

8 comments:

  1. semoga dapat bahagikan masa :) me pun teringin nak sambung master, tapi asyik tertangguh2 lagi..

    ReplyDelete
  2. thanks...sambung je sementara umur masa muda mie

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaa a very big congrats and hugs 4 uu dear ... alhamdulillah syukur dpt tawaran sambung belajar .. buat betul2 ya .. bukan semua org dpt peluang yg bagus mcm nie winn :))

    ReplyDelete
  4. congrats and best of luck kak win.

    ReplyDelete
  5. waa..bagusnya,tahniah yer...sementara ada masa & muda lagi ni eloklah sambung belajar....:D

    ReplyDelete
  6. congrats win, semoga dapat mencapa apa yg dicita2 :) win mengajar subjek apa ye kat skolah?

    ReplyDelete
  7. 2 kakieda,ieda,mamamya & adia.thanks so much...luv u all.adia, win ajar preschool buat masa ni.student 6 years.dulu win opsyen pra/pm/muzik

    ReplyDelete
  8. gud luck fren.
    tutorial on 26th?my besday that day lah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers