Juz nak kongsi dengan u all tip tiga perkara yang saya jumpa kat sajion9 tadi..sharing is caring rite?spt yg bestfren saya selalu kata..
Tip ni special 4 ibu2.. & berguna 4 all also :)
Tip berkaitan bijirin, jagung dan kentang ini mungkin dapat membantu anda di dapur...
Menyimpan Bijirin
Bijirin mudah rosak apabila terdedah kepada udara kerana kandungan minyaknya. Sesetengah khasiat bijiran pula lebih cepat termusnah walaupun disimpan dengan cara yang betul jika terlalu lama. Maka anda perlu menyimpannya dengan cara terbaik;
* Simpan bijirin di dalam beg yang kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk agar tidak mudah rosak disebabkan serangan serangga perosak.
* Simpan di dalam balang kedap udara di tempat sejuk dan kering.
* Bagi oat pula, bijirin ini tidak boleh disimpan terlalu lama kerana lemak yang terkandung di dalamnya mudah rosak. Jadi beli dalam kuantiti sedikit dan simpan dalam bekas kedap udara.
* Untuk beras juga, simpan di dalam bekas kedap udara dan untuk mengelakkan kutu beras, letakkan tujuh hingga lapan tangkai cili kering ke dalam tempat menyimpan beras. Pastikan cili-cili tersebut ditimbus di dalam beras.
Memilih Jagung
* Pilih tongkol berwarna hijau muda dan masih rapat dengan kulit luarnya. Ini menandakan isi jagung masih elok.
* Seeloknya jagung direbus atau dikukus sebaik dipetik untuk mengelakkan kemanisannya hilang.
* Semasa merebus jagung, jangan gunakan garam kerana garam akan menyebabkan jagung menjadi keras.
Kentang
* Pilih yang kelihatan segar, bukan yang sudah layu, berkulit keras, hijau, hilang warna asal atau sudah bertunas.
* Simpan di dalam beg nylon atau bekas berjaring di tempat yang bebas udara.
* Lebih baik dimasak secara membakar di dalam ketuhar atau dikukus berbanding merebus atau menggoreng. Ini adalah untuk mengekalkan kandungan zatnya.
note: anak2 saya suka sangat makan jagung kukus...manis & sedap specially yg baru dipetik
Win - thanks 4 sharing. I sangka I sorang je yg suka simpan bijirin dlm peti ais. Rupa2nya mmg tip dia mcm tu.
ReplyDeleteTtg kentang tu, I dah lama tak beli sejak asik tersilap beli yg luar kemain cantik, bersih tp bila direbus tak empuk2, ganyut. Napa tah... dah la mahal.
thanx winn sudi share info nie .. :))
ReplyDelete