Tuesday, April 13, 2010

my bday

Entry kali ni pic2 birthday saya yang ke 28.Celebrated 10 April hari tu..tq 2 all my family..
Ok...layanzzz kata farah fauzana kat melodi.hehehe


Haaa tengok ni, siapa yang celebrate bday sebenarnya???mumy @ shane n Qeisha?pandai betul pilih tempat yang sesuai ya..shane tak nak berganjak.tunjuk best ya.itu arahan daripada uncle martin.Dia yang jadi cameraman time ni.hehehe
Tadaaa..ini la my cute family.Ingat nak celebrate kat luar,tapi tak jadi..gara2 my mum nak tengok konsert af8 hahahahaha
 
ic with my mum n my big brother martin.(tq 4 martin coz dah masak nasi goreng kampung yang ada ummmppphhh)

Sing a song 'happy birthday' to me..hehehe.suara shane paling mantop.

Berebut-rebut nak potong kek mumy..kalah si qeisha dengan shane.Apalagi...berlagu la qeisha.waaaaaa!!!!!
nasib baik dady tak ikut berebut,jadi pemerhati je

**simple je..jimat kos.hahaha

peace!!!!!

Friday, April 9, 2010

Halia - Bangkitkan Nafsu?

Halia mempunyai banyak manfaat nutrisi. Antaranya, mengandungi lebih 12 jenis anti-oksidan; sebab itu ia amat berguna dalam mengubati pelbagai gangguan kesihatan. Halia juga mengandungi protein, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin C, kolin, asid folik dan beberapa khasiat lain.


Halia mungkin dianggap sebagai akar, tetapi sebenarnya ia adalah rizom atau batang tumbuhan yang tumbuh di dalam tanah, dan menjadi organ penyimpanan makanan.



Sebenarnya terdapat banyak jenis halia yang boleh dibezakan dengan warna kulitnya, sama ada kuning cair, putih atau kemerahan.


Halia memang sedap dimakan sama ada ia muda atau tua, dan dalam banyak budaya, halia digunakan sebagai ubat tradisional atau salah satu bahan rempah dalam masakan.


Halia muda lebih berisi dan mengandungi banyak air dengan rasa sedikit pedas. Manakala halia tua pula lebih berfiber, kering dan lebih pedas.


Jika tahan dengan rasanya yang pedas, halia boleh digunakan untuk, atau sebagai:


1. Antikoagulan atau bahan antigumpal; Anda boleh menambah halia dalam masakan atau sesudu kecil air halia segar dalam minuman untuk menikmati ciri-ciri antikoagulannya. Ia membantu platlet darah menjadi kurang kental, seterusnya mengurangkan risiko ateroklerosis (penyakit pada arteri apabila plak-plak berlemak berkembang pada dinding dalam, menyebabkan penyekatan aliran darah).


2. Membangkitkan syahwat: Cuba minum teh halia. Campurkan jus halia dengan air panas dan madu selepas makan. Lihat kesannya!


3. Mengubati selesema: Potong sedikit halia dan rebus dengan secawan air, jika suka, tambah sedikit teh hijau. Tapis dan minum semasa panas.


4. Batuk: Minum tiga hingga empat kali sehari air halia yang dicampur sedikit madu. Ia boleh melegakan batuk dan mengurangkan kahak.


5. Gangguan penghadaman: Tak sedap perut, pedih ulu hati, loya dan rasa nak muntah selepas banyak makan? Cuba minum campuran sesudu kecil jus halia segar, dan sesudu kecil jus limau serta jus pudina. Tambahkan sedikit madu untuk rasa lebih enak.


6. Keletihan: Hiris (bulat) halia dan rebus dengan segelas air. Masukkan sekeping kulit kayu manis, biarkan menggelegak, tutup dan biarkan selama setengah jam sehingga air berwarna keemasan. Minum air rebusan ini untuk menghilangkan rasa penat, terutama selepas baru pulih daripada demam. Air rebusan ini juga dikatakan baik untuk melegakan sakit-sakit otot.


7. Buang angin: Rasanya, ramai yang tahu halia baik untuk membuang angin dalam badan. Tumbuk halia segar dan rebus dengan secawan air, kemudian campurkan madu tulen untuk rasa lebih sedap. Minum dua kali sehari untuk buang angin yang terperangkap dalam usus.


8. Memperbetulkan perjalanan haid: Kompaun antikejang dan melegakan kesakitan di dalam halia boleh membantu melegakan senggugut. Jika anda menghidapi senggugut atau perjalanan haid tidak teratur, cuba tumbuk seketul halia, rebus dengan secawan air dan campurkan sedikit madu. Minum ketika panas dua atau tiga kali sehari selama sebulan.


Selamat mencuba.


Nota: Gunakan madu tulen atau madu organik untuk dicampurkan dengan jus halia. Untuk mengenal pasti madu tulen, cuba simpan madu dalam peti sejuk semalaman, jika madu tidak mengeras, bermakna ia tulen. Jika madu kelihatan mengeras, bermakna kandungan gulanya lebih banyak berbanding madu.


that's all..chowww


sumber: sajionline














Wednesday, April 7, 2010

tauhu goreng lebih enak

Siapa suka makan tauhu goreng????Nak tauhu yang lebih enak, sila cuba petua ini.Gambar tauhu itu hanya hiasan semata-mata..saya ambik kat mr.google.




BAHAN:

Santan
Serbuk perasa


CARA-CARA:


1. Campurkan sedikit serbuk perasa di dalam santan.


2. Kemudian, rendamkan tauhu di dalam santan tersebut.


3. Biarkan selama 10 minit.


4. Setelah itu, toskan dan goreng seperti biasa.


SELAMAT MENCUBA!


sumber:sajionline

Monday, April 5, 2010

Ketagihan laman sosial maya

FENOMENA Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.



Individu yang tidak mengikuti perkembangan semasa dianggap ketinggalan dan membosankan. Justeru, ramai yang menyertai Facebook semata-mata tidak mahu dikatakan kolot.


Kebaikan Facebook diakui sebagai medium untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia melalui komunikasi alam maya. Individu-individu yang terpisah dapat dipertemukan kembali hanya menggunakan Facebook. Pemimpin dapat berkomunikasi secara terus dengan rakyat menerusi Facebook.


Namun, seiring perkembangan positif, laman interaktif sosial Facebook turut menyumbang kepada pelbagai gejala negatif. Di Amerika Syarikat (AS), seorang wanita mati dibunuh kekasihnya kerana menukar status berkahwin kepada bujang.


Seorang pekerja wanita di London pula dipecat selepas mendedahkan keluhannya di Facebook berhubung suasana di tempat kerjanya dengan mengatakan dia membenci tugasnya.


Selain itu, seorang guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mati kerana minum racun berikutan hidup dalam ketakutan disebabkan bekas teman lelakinya telah memuatkan gambar tidak senonohnya ke dalam Facebook.


Kebimbangan pengaruh negatif Facebook menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak wajar.



"Alangkah baiknya kalau dapat berfacebook hari-hari...tapi kalau tak dapat pun tak apa."


Pemikiran sebegini mungkin dapat membantu individu yang tidak dapat berpisah dengan Facebook walau sehari, kata Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din.


Menurut Mohamed Fadzil, individu yang ketagihan Facebook tidak menyedari masalah yang dihadapinya. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab individu terdekat membantunya merawat ketagihan itu selepas melihat perubahan sikap, tabiat dan tingkah laku individu berkenaan.


Ketagihan Facebook
"Ketagihan boleh dikenal pasti apabila terbentuknya satu jadual atau proses pelaziman seseorang itu tidak dapat berpisah dengan sesuatu tabiat yang wujud akibat pengaruh atau pancingan.


"Manusia mudah dipengaruhi oleh faktor psikososial iaitu mengikut arus yang berlaku dan mereka percaya sekiranya mereka tidak terbabit, mereka dianggap kumpulan yang ketinggalan dan membosankan," jelasnya yang mengganggap sistem itu sebagai tidak rasional.


Tambahnya, penyelesaian ketagihan Facebook boleh dilakukan menggunakan pendekatan ekstrem, kompromi mahupun psikologi.



"Ada pihak kata haramkan penggunaan Facebook. Ini kaedah ekstrem, manakala pendekatan kompromi memberi peluang kepada individu berkenaan untuk menggunakan Facebook tetapi mereka dididik supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menyalah gunakan laman sosial itu.


"Kaedah psikologi perlu bagi mengurangkan ketagihan individu yang mempunyai pemikiran tidak rasional akibat pengaruh Facebook. Di sini perlunya sokongan individu terdekat seperti keluarga, pasangan dan teman rapat," katanya.


Kaunseling, bimbingan dan nasihat mampu membantu menyedarkan individu yang ketagihan Facebook supaya mereka tidak berterusan gagal menguruskan masa dan kehilangan kemahiran sosial akibat terikat dengan komunikasi alam maya.


Selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, 32, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan pos-pos terbaru yang ingin diletakkan di dinding Facebooknya. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya.


"Facebook membuatkan saya leka dan melekat di depan komputer selama berjam-jam tanpa sedar. Tetapi, saya menggunakan alternatif lain iaitu iPhone supaya saya dapat melaksanakan tanggungjawab tanpa membazirkan masa di depan komputer.


"Bagi saya, Facebook dapat meningkatkan komunikasi secara efisien dan tidak patut diharamkan. Tindakan mengharamkan Facebook ibarat menafikan perkembangan teknologi maklumat dan kita akan ketinggalan dalam pelbagai sudut," katanya.


Tambah Faizal, apa yang wajar dilakukan ialah pemantauan daripada kerajaan supaya menyekat laman-laman Facebook yang mengajak masyarakat menghina atau membangkitkan isu-isu yang boleh mengakibatkan pepecahan.


Pembaca berita RTM, Norhaslina Ibrahim berpendapat, masyarakat hari ini memanfaatkan Facebook atas dasar kesibukan dan melaluinya banyak maklumat terkini diperoleh daripada teman-teman serta mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.



"Facebook penting bagi saya kerana saya tidak mempunyai masa untuk berkomunikasi dengan teman-teman rapat dan mengetahui perkembangan diri mereka. Melalui Facebook saya dapat bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang sudah lama terpisah," katanya.


Pelakon dan hos, Julie Woon mengatakan dia tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang berlaku disebabkan Facebook kerana menganggap ia tindakan individu yang mempunyai agenda tertentu.


"Saya sentiasa mengemaskini laman Facebook kerana bidang kerja yang memerlukan saya berhubung dengan teman-teman dan para peminat. Selain itu, banyak ejen mencari saya di Facebook untuk tujuan kerja kerana tidak mempunyai nombor telefon saya," katanya.




Haaa anda pula camana????????saya sama ngan pendapat Pembaca berita RTM, Norhaslina Ibrahim la.Facebook penting bagi saya kerana saya tidak mempunyai masa untuk berkomunikasi dengan teman-teman rapat dan mengetahui perkembangan diri mereka. Melalui Facebook saya dapat bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang sudah lama terpisah..yang penting manfaatkan ke arah kebaikan..betul tak kawan2?????????


sumber:rosmalina.kadir@kosmo.com.my








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers