Thursday, December 9, 2010

sweet memory majlis konvokesyen 2006

aloooo everyone...happy Thursday 2 u all.
Entry tentang majlis konvokesyen saya lama2 dulu..4 years ago.Lama dah kan.Dulu saya belum ada blog lagi nak abadikan kenangan indah masa itu. So, sekarang saya nak abadikannya di blog kesayangan saya ini. Bukan bertujuan nak menunjuk-nunjuk ya(harap takde lah yang berprasangka macam tu) hanya sekadar nak ingat balik kenangan manis ni dan kongsi dengan kawan2 yang amat dihargai sekalian.Kawan2 yang sama batch dengan saya harap senyum-senyum lah baca entry ni.hehehe(kalau ada yang baca la)
me with fresh flower hadiah daripada suami tersayang. Masa nie saya masih mengajar di sk pusat bandar puchong 1, selangor my 1st posting.Best juga di sana, cuma shedihh berjauhan dengan yang tersayang.Sekejap saja di sana, saya dapat mohon pindah ke Sarawak.Syukur sangat2 dah dapat bersama family tersayang.
with mum & husband
konvokesyen @ mega hotel
left pic : with frens @ classmate 03pramu
right pic: gambar beramai-ramai dengan kakak ipar.Dia juga konvo sama..

*Niat di hati berhasrat nak belajar lagi.Bestnya kawan2 yang sama batch dah sambung belajar.all the best 2 u all ya.

Tuesday, December 7, 2010

Aishwarya bantu kakak ipar

MESKIPUN dikenali sebagai seorang pelakon yang terkenal di seluruh dunia, namun Aishwarya Rai masih sempat untuk meluangkan masa membantu kakak iparnya yang sarat mengandung dan telah melahirkan seorang bayi lelaki baru-baru ini.

Selepas tamat menjalani penggambaran filem The Guzaarish, Aish tidak menerima sebarang tawaran berlakon buat sementara waktu kerana mahu meluangkan masa bersama kakak iparnya, Srima yang juga isteri kepada abangnya, Aditya.

"Sebelum ini saya cukup sibuk dan banyak menghabiskan masa menjalani penggambaran termasuk di luar negara. Setelah semuanya selesai, saya ambil keputusan untuk berada di samping Srima sehinggalah dia melahirkan anak," ujarnya.

Memandangkan Aishwarya sentiasa menemani kakak iparnya, situasi itu telah menyebabkan dia tidak dapat menyertai sesi promosi filem berkenaan yang telah mula ditayangkan di seluruh India pada 19 November lalu.

Bagaimanapun, ada juga khabar angin yang mengatakan pelakon berkenaan kini sedang hamil dan sedang cuba untuk mempelajari langkah-langkah untuk menjadi seorang ibu.

* Best la kalau betul Aishwarya sedang hamil. Usaha untuk mempelajari langkah2 untuk menjadi seorang ibu juga adalah satu usaha yang baik, agar betul2 bersedia berperanan sebagai ibu. Suka sangat lakonan Aishwarya dan terpesona dengan kecantikan yang dimiliki oleh beliau.

sumber:kosmo.online

Saturday, December 4, 2010

mood rajin..;) hari nie

Happy weekend 2 u all, selalunya kita selalu gunakan masa hujung minggu jalan2 & makan2 with family kan.Kalau saya biasanya lebih suka makan di luar masa hujung minggu. Hari ni, hmmmm tetiba datang mood rajin nak masak.Sekali sekala kan, takkan layan mood malas jer masa cuti nie..ya tak kawan2..
Nasi goreng saya pagi tadi...very simple ya, saya gunakan apa yang ada sahaja.Nasi goreng with perencah adabi + sayur kobis.Hias ngan sosej goreng saja bagi menarik perhatian anak2.hehehe.Tidak mengambil masa yang lama menyediakan menu ni, juz 15 minit saja dah siap.
Ini pula hot milo saya untuk breakfast ...camana ok ker?Petua nak dapatkan milo yang berbuih macam tu ialah...milo+coffeemate.Manakala airnya mesti panas banget ya.kalau nak manis tambah gula sikit.Favourite saya nie..
Lunch tadi...mix vegetables( with sos tiram), ayam masak kicap(sila ignore kuahnya yang banyak tu ya) & ikan goreng(toskan lepas digoreng). Biasa saja, saya rasa semua ibu2 di luar sana dapat masak menu simple camnie.Ya lah..saya ni bab masak memasak tak lah hebat sangat.Boleh masak sekadar menghilangkan rasa lapar sahaja.Dan yang paling penting saya berpuas hati dan bahagia melihat insan2 yang disayangi dapat menjamu selera hasil daripada air tangan saya.

* semua pic2 di atas captured by my canon saya.Mood rajin snap2 hasil masakan juga hari ni.boleh dijadikan semangat pada hari2 yang akan datang.yaaa..mood rajin :)..harap2 selalu2 la mood nie menyerang.hehehe

Friday, December 3, 2010

I LOVE MY DAY Contest by MummyDarin

tq so much 2 mummydarin coz dah invite saya join contest ini.Contest ini dibuat oleh mumyDarin sempena bulan hari jadinya.
Berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2010 11:59PM


Macam Mana Nak Sertai Contest ni??

Nama glamour : win
Tarikh hari jadi ini :10 April 2010
Birthday saya yang ke-28 tahun ini disambut sederhana sahaja. Hanya dihadiri oleh suami,anak2,adik & ibu saya. Mereka plan nak celebrate kat luar tapi gara2 ibu saya nak tengok konsert AF, terpaksa celebrated kat rumah saja.Ada saya buat entry tentang birthday ini kat my older post mybday.Saya sangat bahagia dan gembira kerana suami dan anak2 sama2 meraikan birthday saya.Sangat terhibur melihat gelagat anak2.Lawaknya anak sulung saya Shane nyanyi lagu 'happy birthday to Shane' pada mulanya.Dah dengar dady sebut 'happy birthday to mumy' baru dia sebut mumy ulangan lagu kali kedua.So funny...tengok aje la aksi dia tepuk tangan.Qeisha tak nak jauh dari mumy..
ok, itu saja story bday saya..

* Hadiah pemenang contest ini adalah sesuatu yang istimewa diterbangkan jauh dari Europe dan jugak ada "mystery gift" yang hanya diketahui selepas pemenang diumumkan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers