Tuesday, March 22, 2011

busy bz beeee

alooooooo all..
Beberapa hari dah blog ni tak berupdate.Faham2 je lah ya.hehehe.Masa cuti hari tu, nak berehat puas2.Dah habis cuti, agak bz pula. Tadi ada sukan antara sekolah2 rendah  daerah Miri di stadium.Semua sekolah2 daerah Miri terlibat. Dimulakan dengan aturcara pertandingan perbarisan antara sekolah. Seronok juga menyaksikan perbarisan, comel2 je rupa atlet dengan baju seragam. MSSR ini berlangsung sampai hari Khamis nanti.
Di bawah panas mentari...hehe. Belum lagi saya pakai topi serikin,(topi serikin tu, topi yang dibeli di serikin Kuching) masih nak control ayu.
Bila panas terik, saya pun cau cincau.
Suasana di stadium selepas acara perbarisan. Tak clear pic ni, saya captured dari jauh..
ok ya..no idea ni.Malas sangat rasa nak buat entry ni.Aduhai.... Nak bw kejap..

Thursday, March 17, 2011

luv Cornetto classico

Happy Thursday 2 u all..
Cuaca di tempat kami petang ni sangat panas.Bila cuaca panas, minuman berais atau aiskrim akan menjadi pilihan. Betul tak?Tadi saya keluar kejap beli aiskrim cornetto untuk anak2 & saya sendiri.heheh..
Cute sangat kan tangan2 tu.Shane & Qeisha suka sangat cornetto classico...a crispy baked wafer coated from top to bottom with a chocolate flavour layer, combined with delicious vanilla flavour ice cream, and topped with hazelnut pieces.
Shane & qeisha dapat habiskan 2 aiskrim seorang.Kecik je kan aiskrim tu, mamanya dapat habiskan 3.Tapi tak lah selalu makan aiskrim ni..tak baik untuk gigi..
Layan cornetto..lupa dunia....lazat sangat la tu.comot sangat si qeisha makan aiskrim..
ok all..nak sambung makan aiskrim lagi, then lawat u all ya.babaiii

Wednesday, March 16, 2011

tambah 1 lagi peranan..

Hai all.. semoga semuanya baik2 saja.
Beberapa hari dah tak berupdate blog i nie.Biasalah bila penyakit 'm' menyerang. Itu memang perkara biasa kan..apalagi waktu cuti sekolah ni.Rasa nak jalan2 saja untuk release tension.ya tak?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Semalam mengikuti pendaftaran pelajar smp ambilan 2011.smp is sarjana muda pengajaran.Satu progam pensiswazahan untuk guru2. Saya ditawarkan bachelor of teaching (primary education).Syukur sangat2, semuanya berjalan dengan lancar.Pendaftaran berakhir dalam pukul 2 petang.Aturcara pendaftaran dimulakan dengan persembahan video korporat, diikuti taklimat oleh oum, taklimat oleh Bahagian Pendidikan Guru dan diakhiri dengan pendaftaran pelajar.Kami pelajar smp berasa amat berterima kasih kepada pihak BPG atas program ini. Kami juga berasa amat bertuah kerana yuran pengajian selama 4 tahun adalah ditaja oleh KPM. Namun semuanya adalah ditaja dengan penjanjian.Para pelajar cuma membayar rm120 untuk pendaftaran setiap semester.Apa yang amat2 melegakan saya, tutorial cuma 2 kali sebulan di ipg(institut perguruan).So, waktu cuti sekolah takde tutorial lah maknanya..26 Mac ni mula tutorial.
dAn..bertambah satu lagi peranan saya. Seorang anak, isteri, ibu, guru dan pelajar...
Saya berharap saya dapat melaksanakan semua tanggungjawab ini dengan baik.Saya juga perlu bijak membahagi masa...saya harus berusaha demi meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengejar cita2.
Saya tahu ramai lagi yang memikul tanggungjawab lebih daripada saya, dan mereka boleh lakukannya..mengapa tidak saya?
Harap semuanya berjalan dengan lancar..saya juga doakan rakan2 semua agar berjaya dalam semua bidang yang diceburi..
Ok setakat ini dulu..nak melawat rakan2 pula..maafkan saya coz lambat membalas kunjungan rakan2 semua..

Friday, March 11, 2011

Usia 40, Tak Halang Amy Mastura Jadi Duta Kose

Setiap wanita mendambakan kulit wajah yang kekal cantik, apatah lagi bila usia semakin meningkat. Kala itulah keresahan mula menjelma dan pelbagai kebimbangan membelenggu jiwa.

Tapi, tidak pula buat penyanyi dan pelakon senior Amy Mastura. Di kala usianya mencecah 40 tahun, dia masih mampu tersenyum gembira dengan paras wajahnya yang kekal rupawan dan kulit wajah yang halus bak sutera.

Bukan kerana magik, malah jauh sekali untuknya mengaplikasi rawatan saintifik yang ada ketika ini, kerana baginya kejelitaan yang dikurniakan kepadanya perlu dijaga dengan teliti tanpa pernah terlekat perasaan bosan.

"Bagi saya, dalam soal menjaga kulit wajah, biarlah ianya sentiasa dalam keadaan bersih terutama sekali sebelum waktu tidur. Saya juga akan pastikan hati saya akan sentiasa ceria dalam apa juga keadaan. Itulah yang saya amalkan sejak dulu lagi," katanya bercerita mengenai rahsia awet muda

Baru dilantik sebagai jurucakap dan duta produk kecantikan Kose, Amy percaya, tindakannya menghindarkan diri daripada penggunaan rawatan wajah yang keterlaluan dipercayai akan dapat melambatkan proses penuaan pada kulit wajah.

*memang sesuai sangat la Amy jadi duta kecantikan Kose.Amy memang awet muda,cute ceria. Minat dengan lagu2 Amy specially lagu 'kata mama',sha na na,cinta & jawapan kasih.Setuju sangat dengan Amy, kulit wajah hendaklah sentiasa bersih terutama sekali sebelum tidur.Saya semua percaya, hati juga sentiasa bersih dan ceria..itu adalah petua awet muda yang paling senang dan tak perlukan modal.

nak baca lebih lanjut sila klik sini

*baru je sembuh dari flu & fever.Shane pun baru ok hari ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers