Tuesday, May 18, 2010

Hebatnya Teh Hijau

Di Jepun, penduduk kawasan Uji dan Shizuoka mempunyai kadar penyakit kanser terendah di dunia. Mengapa? Di kawasan inilah kebanyakan pokok teh hijau atau green tea ditanam, dan penduduknya sentiasa minum teh hijau yang berkualiti tinggi berbanding masyarakat Jepun di kawasan lain.


Teh hijau berkualiti mengandungi lebih banyak polyphenols yang sering juga disebut catechins. Ini adalah bahan antioxidan yang mampu melawan virus, memperlahankan proses penuaan dan mempunyai kesan positif ke atas kesihatan

Teh ini juga mengandungi sejenis lagi antioksidan, epigallocatechin gallate (EGCG) yang dikatakan 100 kali lebih efektif berbanding vitamin C dan 25 kali lebih berkesan daripada vitamin E dalam melindungi sel-sel dan DNA daripada rosak, dan dikaitkan dengan kanser, penyakit jantung serta penyakit-penyakit serius lain.

Terdapat banyak keistimewaan teh hijau, antaranya:


• Mengurangkan tekanan darah tinggi. Meminum teh hijau boleh menahan angiotensin II yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


• Mengurangkan kadar gula dalam darah. Polyphenols dan polysaccharides dalam teh hijau amat efektif dalam menurunkan kadar gula dalam darah.


• Melawan kanser. Terdapat banyak kajian menunjukkan catechins, sejenis antioxidan di dalam teh hijau berkesan dalam pencegahan kanser.


• Memberi manfaat kepada sistem imun.


• Mengurangkan kolesterol.


• Meningkatkan kadar metabolism serta membantu tubuh membakar lemak secara semula jadi.

#Betul tu Qeisha..teringat mama dengan mommyYen ngan Yen yang minat sangat green tea. Si ayen, pandai order air sendiri.tak lain tak bukan green tea...

me,




sumber: sajionline


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers