Saturday, July 24, 2010

tag kontest hitam itu menawan

Menjawab tag contest dari http://darlingnathaniel.blogspot.com/

untuk syarat contest nya klik disini

dan gambar yang saya pilih untuk menyertai kontest ini ialah...
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


*The latest pic dari saya....balik dari perjumpaan unit beruniform (pengakap) pagi tadi. Ingat tag contest daripada mommyyen, saya minta tolong mak captured pic saya. My hubby merangkap cameraman saya sedang berkursus di kuching. 

ok, nak tag 5 orang rakan blogger saya yang menawan






** sila buat ya, rakan2 yang lain yang belum join pun boleh buat juga.
babaiiiii

Friday, July 23, 2010

ole2 dari Terengganu

Hai all..
Harap sihat semuanya....
Redup dan berangin jer cuaca petang ni...sangat sesuai kalau nak bermain layang2 hehe
*Entry tentang ole2 dari Terengganu ya, bukan orang Terengganu yang kasi, tapi adik saya. Dia baru jer balik bercuti. Singgah di Terengganu,dan...inilah ole2 dari dia
*
*
*

Baju kikilala untuk shane daripada uncle martin. Shane suka sangat.Dah besar nanti shane tengoklah ole2 daripada uncle martin ya. Pandai dia pilih..memang sesuai sangat dengan shane.

Qeisha sayang dapat  dress 'anakku' green colour. very cute qeisha pakai ni..Qeisha suka tengok pic teddybear n house tu.

haaaa ni dia..khas untuk 1 family.Keropok ikan terengganu gred A punya(my favaourite).Sungguh enak dimakan cicah with chili sos.Tq so much ya adik tersayang atas ole2 ini. Buat selalu k.

***next entry maybe contest **** tag from mybff mommyYen...
babaiii...

Wednesday, July 21, 2010

Bahaya di sebalik gula

Hii everyone...
Salam hari Rabu semuanya. Cuaca di tempat saya mendung sahaja. Online saja petang ni, nak temankan anak2 tido mata tak mengantuk. So, adalah new post saya.

KEKURANGAN bekalan dan kenaikan harga runcit gula menimbulkan persoalan.Apa yang ada pada gula sehingga pengguna yang bijak turut membiarkan diri mereka menjadi semut sanggup berebut kerana bahan pemanis itu?
Gula memudaratkan kesihatan. Gula itu racun. Gula penyebab pelbagai penyakit kronik. Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut mati semut kerana gula.
Nak tau bahayanya gula sila klik disini(varia)

***sama2lah kita menjaga kesihatan, ingat-mengingatkan..selalu ingat "kurangkan manis dalam minuman,tambahkan manis dalam senyuman"

tataaa...


Sunday, July 18, 2010

weekend xtvt

Salam hari Ahad semuanya..
Hari ini berehat di rumah sahaja..hujan lebat selepas tengahari tadi, takde mood nak pergi mana.Cumanya breakfast kat luar pagi tadi je( elok sangat cuaca pagi tadi). Entry ni bukan aktiviti minggu ini ya, outdoor xtvt with family last week.
Bersama family bersantai di taman selera,miri.Layan pic2 bersantai di taman selera miri.

Anak2 la yang paling seronok. Ini adalah peluang keemasan untuk Shane dan Qeisha berlari-lari. Saya tak nak lepaskan peluang captured pictures mereka berdua.

Anak2 buah husband pun turut sama bersantai di sini.Qeisha suka geng dengan Kevin. Selalunya tak mau geng.Shane ngam dengan sesiapa jer.Suka Shane dan Qeisha tengok bubbles tapi tak reti blow bubbles.Mommynya la jadi mangsa.memangnya suka pun..heheh

Balik dari taman selera, singgah kat playground kat apartment PGA(kakak ipar n family new quaters).Apartment ni baru jer beberapa minggu dah diduduki.Best betul family polis2 yang dapat apartment sebegini. Very enjoyed weekend..

about taman selera, miri..
The oldest recreational park in Miri, Taman Selera is situated in Brighton about 3KM from the city center at Tanjung Lobang. Besides the golden sand beach, children's playground and outdoor facilities, there is an open air hawker center which is a popular eating place with all sorts of delightful local food. Enjoy the beautiful sunset and feel the cool sea breeze as you listen to the sound of the splashing waves..

tadaaaa....

Friday, July 16, 2010

Deodoran si gadis dan jejaka

BAGI gadis yang mahu menikmati hidup dengan penuh cabaran, Nivea kini tampil dengan produk deodoran terbaru khas Nivea Angel Star.

Koleksi deodoran Nivea Angel Star didatangkan dengan dua pilihan iaitu Hot Crush dan Icy Kiss. Formula tanpa alkohol dan antipeluh ini memberikan perlindungan 24 jam terhadap kebasahan serta bau.

Tidak ketinggalan untuk lelaki Nivea memperkenalkan You Rock! - Menergy khas buat jejaka.

Deodoran formula terbaru ini bukan sahaja boleh menyahkan bau badan, malah tidak mengundang iritasi pada kulit, memberikan kesegaran dan bau maskulin walaupun terlibat dalam aktiviti lasak.

Ia didatangkan dengan dua jenis iaitu Rebellious dan Wild.

@@@ Saya memang suka produk nivea.Harganya pun tidak terlalu mahal.Losyen dan deodoran memang nivea sejak dari sekolah menengah dulu.
***Oredi dapatkan produk deodoran terbaru khas Nivea Angel Star !!!lebih wangi.
u all boleh cuba kalau tak caya




Thursday, July 15, 2010

anak2 mama

Tetiba je mood rajin update blog hari nie..setelah melawat beberapa blog rakan blogger. Tapi apa entrynya ya??? senang jer time takder idea..mesti la about shane n qeisha.
Layan jer pic bersama anak2 kesayangan.Aksi manja kedua-dua buah hati mama.

Suka sangat pic ni...qeisha pandai minta air orange n ribena."orange,orange"katanya
kalau tak nak sesuatu, dengan semangat say "no!!!!"

muka mengantuk shane..bila nak tido n nenen shane akan hisap ibu jari kanan.Bila tak pegang botol susu,jari hantu cucuk hidung.Bad habit betul anak bujang saya ni.Manja melebih-lebih berbanding adiknya qeisha.

@@@ biar dah besar nanti shane dan qeisha dapat lihat gaya manja bersama mama ya

babaiiiii ikut gaya qeisha 

Wednesday, July 14, 2010

Buat dadah resipi Internet

Hi everyone...
Semoga baik2 semuanya..dan jauhi diri kita dari segala yang tiada memberi faedah dan menyusahkan hidup kita. Beberapa hari ini takde update blog n BW. So,sepi jer la blog saya nie..bukan disebabkan terlalu bz tapi agak malas nak on9. Ikut mood sebenarnya, ada waktu rajin berjam-jam on9.
Lupakan semua itu, kita layan jer berita negara ni. Saya jumpa kat kosmo tadi...mungkin ada rakan2 dah baca..

KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, pengedar-pengedar dadah dan penagih kini mampu menghasilkan dadah syabu seberat 10 kilogram bernilai ratusan ribu ringgit hanya dengan berpandukan maklumat daripada Internet di rumah.


Lebih menarik, modal yang diperlukan untuk melakukan kerja haram itu kira-kira RM2,000 sahaja.

Ketika mendedahkan perkara tersebut, seorang remaja yang dikenali sebagai Amir berkata, wang tersebut diperlukan untuk membeli lapan jenis bahan kimia bagi memproses dadah tersebut.

Dia yang pernah menyertai kumpulan memproses dadah setahun lalu berkata, wang tersebut juga digunakan untuk membeli tawas biru yang merupakan ramuan utama bagi memproses dadah tersebut.

"Sekiranya bahan kimia yang diproses itu mengalami kekurangan ramuan atau terlebih ramuan, seseorang penagih dadah itu boleh berhadapan dengan risiko kematian," katanya kepada wartawan Kosmo! baru-baru ini.

****aduhai....sampai begini sekali ya..pelat indon. Harap anak2 muda warganegara kita sedar akan durjananya dadah ini***

sumber:kosmo! Online

Friday, July 9, 2010

Mykids xtvt in the evening

Hi all...
Semoga baik2 semuanya..
Waktu petang apa korang buat??? macam2 kan? yang dah anak camana??
Entry kali ni tentang aktiviti saya with anak2 pada waktu petang. Saya kerja half day saja, so ada la masa saya dengan anak2 di waktu petang. Kalau dua2 buah hati saya tidur..saya pun kadang2 join sama.Tak tidur, on9 n BW ler jawabnya...masak ada ker??liat sangat masak.layanzz pic2 bersama shane n qeisha..

Tinggal 3 minggu lagi Shane genap 3 tahun, manakala Qeisha 2 tahun pula. Tidak terasa anak2 dah sebesar ini. Shane makin minat mewarna, menconteng dan menulis.Tidak kurang juga mengoyakkan buku.Macam ni la aktiviti bersama anak bujang saya.... little princess saya lena tidur time ni.Kalau tak, dia pun menconteng sama2. Lagi meriah dengan suaranya yang sungguh nyaring bila menjerit.

Qeisha..qeisha,,suka sangat beg sekolah princessnya.Tak boleh Shane pegang. "Qeisha nya!!!!!"katanya.
Anak dara ni belum pandai mewarna..ye la belum lagi 2 tahun.Tapi menconteng sangat pandai...kadang2 hot juga saya dibuatnya dengan contengan yang menyakitkan mata kat dinding2.

*** si nenek pula layan sinetron indon.hehehe***

with love,

Wednesday, July 7, 2010

Kacang Hijau & Tauge; Apa Kelebihannya?

Suka tauge dan kacang hijau tak?? ni nak berkongsi info dengan u all.

Sama ada dimasak dalam bentuk bijian, dijadikan tauge atau dikisar menjadi tepung untuk membuat pelbagai hidangan yang enak, kacang hijau mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.


Butir-butir kecil berkulit hijau serta isi kekuningan ini mengandungi zat besi yang tinggi untuk menghalang anemia, fosforus untuk mengelak penyakit beriberi dan vitamin B1 bagi mengatasi masalah penghadaman.


Sejak dahulu pengamal perubatan Hindu menyarankan pengambilannya. Mereka mempercayai jika dimasak dengan betul, kacang hijau dapat mengimbangi 'tenaga-tenaga' fizikal dan mental seseorang.

Mungkin sebab itu juga, masyarakat India khususnya amat gemar menggunakan kacang hijau dalam masakan mereka. Kacang hijau digunakan untuk membuat sup, dimasak bersama sayur dan nasi, dikisar menjadi tepung untuk membuat roti. Ia juga direbus dan dilenyek untuk membuat manisan, serta dimakan bersama roti atau menjadi inti pastri.



Ketahui Khasiat Kacang Hijau


1. Secawan kacang hijau yang direbus tanpa garam hanya mengandungi 26 kalori tanpa lemak, dan ia juga bebas kolesterol. Jika dimakan dengan kulit hijaunya, kacang ini amat baik untuk kesihatan jantung. Sungguhpun begitu kandungan fibernya tidak setinggi kekacang lain.


2. Kacang hijau mengandungi karbohidrat yang rendah berbanding kekacang lain. Bagi mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat, kacang hijau adalah pilihan yang baik kerana ia mengenyangkan.


3. Kacang hijau adalah sumber vitamin C yang baik dan turut mengandungi vitamin K dan B6.


4. Kacang ini juga kaya zat galian seperti potassium, fosforus, magnesium dan kalsium.


Selain itu, hasilan kacang hijau seperti tauge juga tidak kurang khasiatnya. Secawan tauge mengandungi seperempat jumlah vitamin C yang kita perlukan setiap hari. Ia juga mengandungi sedikit protein dan folate.


Tauge juga kaya dengan thiamin, magnesium dan fosforus. Malah mengandungi vitamin E yang dikatakan boleh meningkatkan kesuburan.


Jadi, jangan lupa gunakan tauge sebagai hidangan sayuran anda; sama ada dibuat kerabu, salad atau digoreng.


@@@ Diharap info ini sama2 kita manfaatkan ya.
sumber:SajiOnline

Tuesday, July 6, 2010

kembar 4!

Hi all...
Kembar 4???? siapa nak dapat anak twin 4?mesti best kan?ingat saya dengan rakan blogger eizan yang ada anak twin yang sangat comel.Oh ya, bukannya saya tengah pregnant anak twin 4 ya.Saja jer bagi suspen sikit jer..ni dia....
*
*
*
pic shane yg nampak macam 4 orang kat cermin fitting room parkson.Syok sangat shane tengok dirinya yang nampak 4 orang kat cermin tu.Mula2 tak kisah kami dua dadynya..last2 dadynya captured pic ni.Mcm 4 orang kan?

Shane kembar 4 mummy!!!!
Haaa..ni time shopping kat toys R us kat bintang megamall.Shane mesti dapat toys punya..mumynya pilih toy untuk anak dara Qeisha pula.Shane pilih sendiri..wajib pergi sini kalau pergi bintang megamall..

@@@ u all yang dah ada anak pun saya rasa suka bawa anak2 masuk kedai toys...seronok tengok anak2 rambang mata  pegang itu ini...tapi waktu tak der budget..sila abaikan kedai nie..bagus bawa mereka makan2 je kan.

me,

Thursday, July 1, 2010

menjawab tag award lagi..

1: Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni.

*tq  so much kepada pemberi award ini  mommy Yen Nathaniel yang baik hati dan rajin men'tag' saya. Semoga terus sukses dalam dunia blogger dan terus maju dalam bidang yang diceburinya.


2: Sila beri award kepada 10 blogger yang lain
ok..harap penerima award sudi buat yer
1.comeisari
2.Ibu Iman
3.SyerAgh
4.Miss Mirror a.k.a Sam
6.Ain
7.Siti
8.rATU kEBaYA
9.Izan Ishak
10.mama c'fa
3: Anda mesti memberitahu kepada 10 blogger ini


ok, ayub..saya akan inform diaorang


4: Bagaimana anda boleh digelar blog yang best and great?
Blog yang best and great ialah blog yang memaparkan isi yang bermutu dan disukai ramai.rasanya blog 'mumyshaneqeisha' belum layak digelar greatest blog.Namun demikian saya sangat menghargai semua pengunjung dan followers saya.u all great also!

peace!!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers