Thursday, May 26, 2011

Bila si kecil dah pandai nak melaram

About my daughter Saleisha Qeisha yang suka sangat dengan barangan & toys- 'PRINCESS'
Syok sangat bila kita panggil dia 'qeisha princess'.macam2 karenah anak kan. Nak school bag princess, colouring book princess,pencils case princess dan segala macam nak yang princess.Tapi memang saya tengok kanak2 perempuan memang suka barangan princess kan.Maybe rasa diri lebih cute with barangan princess.:)
Antara koleksi barangan princess si kecilku Qeisha. Dah pandai arah aunty dia my SIL ikat rambut dengan klip princess dia tu. Memang lawak tengok qeisha eksen2 keringkan rambutnya dengan hairdryer tu.heheThen, bila saya nak ambik gambar, pandai malu pula. Ngegeh betul eisha ni. Nasib baik bukan makeup betul, saya memang tak bagi punya. Dia still kecik lagi, tak pasal2 arlegik nanti dengan makeup kan.
Oh ya, qeisha ni juga suka minta lipsgloss strawberry saya. Selagi tak bagi sikit kat mulut dia, selagi tu tak puas hati.hmmm memacam...


Princess...very beautiful kan princess2 ni :)

Tuesday, May 24, 2011

About Picnic Day

Hai all
Ini xtvt minggu lepas, nak buat post selalu tertangguh. Picnic kat Taman Selera.
Pic with my SIL family & geng2nya. Kami lambat sampai, diaorang lama dah bersantai kat sini. Tempat ni memang sesuai sangat untuk family berkelah dan bersantai di hujung minggu.

Macam2 menu diaorang bawa, tapi saya masih kekenyangan coz lambat lunch.  Shane & Qeisha enjoyed main kat playground with cousin mereka dua, imelda & syonna.
Dah letih main kat playground, sambung lagi berlari-lari kat kawasan lapang kat situ. Letihnya kejar2 mereka dua.
That's all...ok all babai..

Saturday, May 21, 2011

mood ~ ~ :) :) show2 off my GF (Gio Fiore )

Morning all..breakfast apa pagi ni? Saya breakfast Per'l cafe & breads jew..
i bangun awal hari ni walaupun hari ni Sabtu. Nak buat revision kononnya. Next week final exam.
Nak buat fast post je ni.Hmmm mood nak menunjuk-nunjuk sikit ye. Jangan  marah @ meluat ok. For me, lebih suka tengok orang menunjuk-nunjuk berbanding dengan orang yang suka mengkritik, mengumpat, busy body, berprasangka buruk, tak puas hati dengan orang lain, merungut,mengeluh dsbnya perangai negatif yang boleh membuatkan orang sakit hati dan meluat.Ye tak??
ok cukup...nanti terlebih pulak kan,hehe.macam la dia tu baik sangat kan.
aduiii nak tunjuk apa tadi ya???

*




*




*




*
ni la dia...
Susah2 je kata Felix...nak tunjuk handbag GF-Gio Fiore ni je. Berkenan tak???i berkenan dengan handbag ni coz sesuai dipakai dengan baju formal & tak formal.Haaa nampak sangat i ni tak de banyak koleksi handbag kan. Saya ni jenis pakai handbag sampai lusuh & terkoyak baru nak tukar. Tak kuasa simpan banyak2 di samping tak mampu nak beli banyak2.hikhik. Jenama pun yang biasa2 je.U all mesti banyak koleksi handbag mahal kan.
Lagi satu handbag kecik & tomel yang putih ni tetap menjadi pujaan hatiku. Sebenarnya saya ni tak berapa suka bawa handbag besor2...lebih suka yg macam ni je.Dapat sumbat phone,tisu, lipgloss & wallet je. Beg untuk simpan barang anak2 pakai 1 beg khas.  Untuk dinner pulak, ada 1 yang black colour.Nak tau kenapa pilih black colour? coz match dengan semua colour baju. hehe senang kan.
Thats all post show2 off...babaiii :)

Friday, May 20, 2011

Shane & Qeisha fun with Chicky Loves Pets (kfc)

Hai all
Post about Shane & Qeisha yg sgt enjoyed bila dapat peluang bermain kat kfc playland.
Memang sengaja pergi waktu malam(dalam kul 8pm) supaya tak ramai budak2 yang main kat playland ni. Syok sangat la mereka berdua coz bebas je main kat sini.
Dah letih bermain kat playland tu baru cari makanan & minuman. Salah satu cara nak galakkan anak2 yg kurang berselera makan juga ni. Bagi mereka main kat playground @ playland sampai letih, biar mereka aktif kan. Then, mereka akan berasa lapar dan dahaga.Masa ni mereka akan cari makanan dan minuman. Seboleh-bolehnya bagilah makanan yang berkhasiat ya, bukan fast food.Sekali sekala takpe, jangan selalu kan. Yela..anak2 akan bosan bila asyik terperap kat rumah je. Then, mereka boleh takut dengan orang bila jarang keluar rumah.Ye tak?
*Order chicky meal dapat mainan 2 set.Syokla dua orang budak tu dapat toys baru.Suka tengok gelagat shane & qeisha with dady, tak nak lepas peluang captured pictures. 
Sampai kat rumah after take a bath2 terus layan toys yang baru. Sampai lewat masuk tidur, ye la mata tak mengantuk coz terlalu asyik main dengan playsets tu. Saya yang gago2(sibuk) ambik gambar langsung tak dipedulikan. Tapi suka la tengok gambar candid diaorang, comel je rupa.
Tangan2 cute yang leka bermain :)


Chicky loves Pets..Qeisha punya. Saya pun suka tengok. Cantik kan..colourful. Kanak2 memang suka.
Oh ya, pada 06 Mei 2011 saya telah mengikuti program mengenai standard dan kepenggunaan di Pustaka Miri. Saya nak share @ maklumkan kepada rakan ibu2 sekalian yang belum mengetahui. Mulai 1 Ogos 2010 tahun lepas semua pengilang, pengimport dan pembungkus semula mainan kanak2 adalah wajib mendapatkan nombor rujukan daripada KPDNKK bagi setiap pengisytiharan yang dibuat sebelum membuat penandaan MC pada mainan kanak2. So, sebagai pengguna pastikan mainan yang kita belikan untuk anak2 kita ada penandaan MC. Sekiranya takde, mainan tersebut tidak selamat untuk kanak2.Selepas mengikuti program ni, semua mainan Shane & Qeisha yang tak pasti ada tanda tu @ tidak semasa membeli saya buang dah..so, u all boleh check lepas ni ya.
Aksi2 Shane & Qeisha...

MC is Malaysia Comformity(MC)
 
note:Blog ni makin jarang berupdate. Kadang2 memang takde idea & bz juga. Entry ni pun draft 2 days ago. Baru nak publish.hehe.Ada sedikit masa terluang saya akan melawat blog rakan2 & cuba buat entry ya. :)

Monday, May 16, 2011

Happy Teachers Day 2011-Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei...
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru 2011 kepada semua rakan2 pendidik semua. Tidak lupa juga kepada semua bekas guru2 saya dari Tahun Satu hingga Form 6 dan pensyarah2 yang telah mengajar saya di Sarawak Teachers Trainning College 2003-2005. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah tadi agak meriah juga. Ok, nak share sedikit sambutan Hari Guru di sekolah tempat saya bertugas tadi.
YDP SKRB2 menyampaikan hadiah kepada guru2. Hadiah tersebut merupakan pertukaran hadiah antara guru2.
Tema Hari Guru tahun ini 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'.  Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Yang berucap tu ialah Tuan Guru Besar. Suasana semasa perhimpunan  sambutan Hari Guru tadi.
 
Antara persembahan murid. Tahun ni, murid pra saya takde persembahan. Harap next year mereka ada buat persembahan, coz suka tengok budak2 comel buat persembahan. Oh ya, sempat juga posing dengan bekas PK1 yang telah bersara. Sama pink baju kami dua. Beliau ada datang sekejap ke sekolah tadi.Mdm Felice juga ada sedekahkan buah nangka & cheese cake tadi untuk warga sekolah..but, sayang..takde merasa.Takpelah..(merajuk tau) .
Haa...sambungan sambutan kat my class pra Gemilang. Comel2 diaorang kan termasuk guru2nya.hehe.
Pic kiri bawah: my student sibuk dengan kad2 ucapan Hari Guru & hadiah yang diaorang bagi untuk saya. Hmmm majoriti ada bagi kad ucapan, ya la..jumaat lepas memang bawa diaorang buat & hantar hari ni.hikhik. Then, ajar diaorang lagu 'terima kasih cikgu' .Cikgu sayang korang semua.:)

this is my favourite song..hehe

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day

hai everyone...
Happy  Mother's Day 2 all of mom in the world...:)
and i want to say to my Mom

*

*

You do so much for me mommy....

Biarpun dunia akan merayakan hari ini untukmu , namun bagiku setiap hari ini dan hari-hari seterusnya
adalah hari untukmu...luv u so much mom!!!
*sayang mama selalu*
*sayau ke indai selalu*
pic : bday saya April 2011
-Awal pagi tadi sebelum turun tutorial ucapkan Happy Mother's Day 2 my mom & dapat hug lagi.

Diriku juga mama kepada Gerald Shane & Saleisha Qeisha...so, saya turut diraikan oleh suami & anak2 tersayang :)
sama-samalah kita menjadi ibu yang terbaik!!
pic : celebrated bday saya April 2011
and....
this song is for u my mom


note : Happy Mother's Day buat semua rakan2 blogger yang bergelar mama. Luv u all :). Lama tak lawat blog u all, blog i ni pun sunyi sepi akibat takde bw tak berupdate. Afterward saya akan singgah ya..lega rasanya dah hantar assignment. Tutorial dari kul 8am to 2.30pm tadi. So sleepy tutorial yang ke-3, tak sabar nak balik tadi. Lega dah hantar assignment, cuma risau dengan resultnya..then persiapan  4 exam pula. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers