Thursday, January 27, 2011

@ McDonald's

Hai deng....tgh on9?Rasa lapar?? Jom layan pic2 kami anak beranak kat McDonald's semalam. McDonald's nie dekat je dari perumahan kami. 
*Chicken mcNudggets & french fries shane dan qeisha punya
*Double cheeseburger saya
*prosperity burger mr .hubby..
*shane ambik burger mumy, hampir setengah dimakannya.Saya tak kisah janji dia nak makan.Shane ni bab makan agak memilih dan tak berapa suka makan nasi
*mumy&dady sedang melayan karenah hero & heroin. Bagus mood mereka dua masa ni, berselera makan..
Aksi buah hati kami makan. Saya tak nak lepas peluang captured aksi cute mereka dua.
Lepas makan, shane & qeisha main kat sini . Saya lebih suka pergi tempat begini bukan masa weekend.Kalau masa weekend pergi, sure ramai sangat orang. Kid's zone pun sesak kan. Masa kami pergi ni tak ramai orang, so boleh la shane dan qeisha main2 puas2 kat sini
that's all...tq kepada yang singgah & baca entry..babaiii

Wednesday, January 26, 2011

Are your eyes cheating you?(a little help about the hidden man)-older post

To bonda humaira,aieda,kakieda,wahida & kakimun...win dah bagi clue dah..
Jangan geram lagi ya.hehehe..sekarang dah tengok dah kan.
Jelas dah kan...:)

Tuesday, January 25, 2011

Hidden Man

alooo frens..jom uji minda jap..
Can you spot the hidden man in this scene?
*perhatikan betul2 ya kawan2, pasti akan jumpa punya.If tak jumpa, jgn marah ya.hehehe

Monday, January 24, 2011

Kuih Kapit / Kuih Sepit / Love Letters

Hai all..
Siapa suka makan kuih sepit?sila angkat kaki..hehehe. Pic di atas, myson shane yang sedang makan kuih kepit.Kuih tradisi masyarakat Cina yg digemari oleh semua bangsa. Lemak, rangup dan yang penting sedap.
Suka sangat dia makan kuih ni. Entah kenapa si shane ni suka kuih tradisional seperti 'kuih jala',kuih rose dan kuih sepit ni.Saya tak berapa suka dia makan banyak,kasi dia makan sikit je..ya lah kuih sebegini rupa bukanlah makanan berkhasiat untuk anak2.Juz bagi mereka merasa saja.
shane juga suka kuih jala dan kuih rose..saya suka kuih tradisional kuih cincin.Itu favourite saya..suka sangat if dimakan panas2.
Kalau u all berminat nak mencuba sendiri membuat kuih sepit sila dapatkan resipinya di sini
Tapi saya lebih suka membeli daripada buat sendiri coz agak remeh juga buat kuih ni walau bahannya sangat simple.
ok, babaiii..nak buat singgah balas pula..:)

Sunday, January 23, 2011

my hair: after treatment


pic after treatment rambut. U all berapa kali buat treatment rambut?Sebaik-baiknya kan kita buat treatment rambut sekurang-kurangnya sekali sebulan. Tapi lebih baik 2 minggu sekali. Saya suka selepas buat treatment, rambut lebih lembut dan berbau harum...
*Lepas ni berniat nak simpan rambut panjang, lama dah tak berambut panjang..since qeisha lahir paling panjang pun separas bahu je.Then, bila dah panjang,cuba2 pula curly hair..hrmmm tak pernah tau saya curly hair...camana la rupa saya curly hair,mesti kepala lebih besar dan rambut pun mengerbang.ahaks!

Saturday, January 22, 2011

ku menangis-rossa


* bukan saya sedang menangis ya...juz suka lagu & karoake lagu ni. Petang tadi karoake lagu ni kat umah...syok dpt score 90..
*Berkaroake juga salah satu cara kita hilangkan stress dengan bebanan kerja. Yang penting bukan kat pusat2 karoake ya, juz di rumah saja. Itupun cukup 1 @ 2 lagu saja. Ada sesiapa tak yang suka lagu ni juga?hehe..
*video ni saya pinjam dari 'youtube'..layan je, ada liriktu.mehhh nyanyi samo2:)

Thursday, January 20, 2011

happy2@playground+tengok ikan+jatuh kolam

Ini kisah awal bulan Januari hari tu, masa nak celebrate Nia (my niece) bday kat taman awam  di waktu petang (040111).Memandangkan masih awal, saya bawa shane dan qeisha pergi kat playground yang ada di situ. Syok sangat la mereka dua ambik kesempatan bermain..tengok je la aksi2 mereka bermain kat playground tu.
Seronok sangat shane main kat sini, kebetulan ada budak2 yang sebaya dengannya bermain kat sini. Siap main kejar2 lagi. Dia suka kejar budak yang sedang duduk tu. Tak tau nama dia panggil 'baby'..
Very cute qeisha..makin berani bermain kat playground. Baby yang pakai baju putih tu cute sangat, dah la putih..
Then pergi pula tengok ikan berenang-renang kat kolam tu. Qeisha suka sangat..tak nak pegang2 tangan. Nak tengok dekat2 ikan2 yang berenang. Berapa kali dah si dady tegur suruh pegang tangan qeisha. Qeisha pandai jawab bila saya nak pegang tangan.."pandai eisha, pandai eisha"katanya.
Dek kerana terlalu asyik melihat ikan.....u all tau apa yang berlaku???cuba perhatikan betul2 the last pic kat atas...si qeisha sayang terjatuh kat kolam tu, after tergelincir...saya punyalah panik sangat. Nasib baik saya dekat dengan dia, cepat2 saya terjun dan angkat dia.Huhuhu...mujur la kolam tu tak dalam(paras pinggang jer)dia terapung coz pakai pampers...debaran di hati hanya Tuhan yang tahu. Lepas tu saya pekakkan telingga mendengar leteran my mum & my hubby...maybe mmg disebabkan kelalaian saya. Maafkan mama sayang.Tak de mood lagi saya nak meraikan bday..dah la kebetulan saya takde bawa baju 'spare' masa tu.Kebetulan quaters tempat kakak ipar & family stay tak jauh dari tempat ni juz 2km agaknya.Saya ngan hubby bawa qeisha pergi situ..mandikan dia dan pinjam baju cousinnya..aduhaiiii
*shane tunjuk tempat kejadian kepada dadynya..(pic atas)
Oleh kerana dah nak senja, nia tak dapat tunggu kami nak blow birthday candles.Cian dia..pic di atas after qeisha tukar baju.Mujur la baju tu muat ngan dia..masa ni saya masih lagi berasa kesal di atas kejadian yang berlaku..
*yang lucunya on the way balik ke rumah qeisha tanya kat saya "mami2 sapa labuh gigit fish?"
Saya jawab, "eisha la.."
note:Pengajaran di atas apa yang berlaku, saya akan berjanji lebih berwaspada masa bawa mereka bermain kat mana2 playground. Saya rasa tak nak bawa qeisha tengok ikan2 berenang kat kolam tu lagi.Takut betul saya....

Tuesday, January 18, 2011

Betul ke Facebook akan berakhir pada 15 Mac???

Berita yang disebarkan oleh WeeklyWorldNews.com, sebuah website tabloid yang mengatakan facebook akan ditutup pada 15 Mac menjadi isu hangat di kalangan facebooker dan laman twitter di luar negara.

Mark Zuckerberg dilaporkan bahawa Facebook akan di “shut down” pada 15 Mac kerana dia dah terlalu stress menjalankan operasi Facebook.

Jadi dia meminta kepada penguna agar menyimpan semua gambar dan maklumat peribadi berkaitan sebelum ia tidak dapat di akses bermula 15 Mac 2011.
Berikut adalah snipet dari artikel di WeeklyWorldNews.com
PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
sumber: isuhangat.net
Apa pun kita nantikan lah sama-sama ya, kalau difikirkan logik pun takkan Mark Zuckerberg akan mengakhiri kegemilangan laman sosial yang dia bangunkan secara susah payah tersebut dan baru meletup tu berakhir begitu sahaja...@ pun semua itu hanya 'gimik' semata-mata.Awal pagi tadi on the way ke sekolah ada juga saya dengar dj muzik fm menyatakan hal ini.Kalau betul la facebook berakhir...maybe ramai yang beralih ke twitter & Friendster.Hrmmm lama dah tak login akaun 'friendster'..lupa dah password.Rasanya saya ni bukanlah 'kaki on9 fb'..cukup sekadar jengah 'home'sekali sekala & check notifications je.Bagi komen yg patut jer..ye lah tu.hehe.
*beralih kepada kaki bw pula.;)

Tuesday, January 11, 2011

teh tarik ++ roti canai

Hai all
Minggu ni masih bz dengan tugasan....masa nak updates blog & bw agak terhad. Harap2 next week ok dahh..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Bagi hilangkan stress, layan teh tarik dan roti canai petang2 nie. Saya rasa ramai rakan2 di luar sana suka teh tarik & roti canai kan.Apalagi dimakan with beef curry....ada umphh
nak tak??? mari2 saya belanja..hehehe

p/s harap2 malam ni saya dapat settle/ semak lembaran kerja budak2 minggu ni yang terbengkalai.Saya juga akan cuba buat singgah balas ya kawan2..babaiii

Friday, January 7, 2011

new member in our family..(my nephew)

Hai everyone..
Minggu ini saya betul2 bz..nak on9 pun tak da masa. Sibuk dengan urusan kerja, ya lah minggu pertama sekolah buka..dan satu lagi....
kami sangat gembira dan bz dengan kehadiran orang baru dalam family kami, baby Darell (my nephew) anak sulung adik saya.Baby boy lahir pada 5 Januari 2011 pukul 3.15am..weight :2.88kg.pic bawah sekali tu saya captured 1st day dia lahir..
kisah kelahiran baby Darell...
*Pada 3/01/2011(Isnin) hari pertama persekolahan sesi 2011, masa rehat saya menerima calling daripada my mum menyatakan adik ipar saya ada keluar tanda nak bersalin. Saya bergegas balik ke rumah setelah minta kebenaran daripada GB. Memang sudah dekat edd nya iaitu 9/01.Adik saya masih belum bercuti, sayalah yang bertanggungjawab mengurus semuanya. Call mak lagi, suruh adik ipar berkemas dan makan dulu. Saya pula yang nervous, coz sudah merasa bagaimana rasanya bersalin.Racing juga saya balik..mujur jalan tak jam masa tu.
*Lambat sangat pintu rahimnya terbuka..dan hampir2 melahir cara caesarean.Bayangkan dia keluar tanda bersalin hari Isnin, bersalin hari Rabu kul 3.15 pagi. Syukur sangat2..dia dapat melahirkan babynya secara normal...
welcome to our family baby Darell....meaning name-beloved

*ok...nak bw kejap..

Sunday, January 2, 2011

lalalalala...sukanya....

allooo frensss...
Sukanya saya dah jumpa yang terbaik. Sebelum ni saya ngan husband dah cuba cari meja & kerusi belajar untuk shane dan qeisha. Tapi belum ada yang saya berkenan. Dan sekarang..puas hati dah coz dah jumpa yang sesuai dan menarik bagi saya. Berbaloi-baloi...saya jumpa kat parkson malam 31 Dec 2010 hari. Last day tahun 2010 lagi tu.Jom tengok...
Mejanya ada 'alphabets' dan timetables.Gambar2 tu memang menarik perhatian budak2. Kerusinya pula amat selesa coz tempat duduknya lembut dan ada span.Blue colour tu milik shane dan pink colour sudah semestinya qeisha punya.Harganya pun sedang2 saja..u all boleh cari kat parkson kalau berminat ya.
Shane dan qeisha pun suka dengan pilihan mama.Sekarang boleh la mereka mewarna dan belajar dengan selesa. Nenek mereka (mymum) yang selalu dan rajin mengajar mereka berdua.Tapi budak2 kan sekejap saja nak bagi tumpuan.Paling lama pun 10 minit. It's ok...kena biasakan selalu..
Shane sedang melukis 'car'..boleh la, at least ada bentuk car dan tayarnya.Qeisha conteng2 entah apa2..asyik2 nak lukis 'house'.hehe
*Selain menulis,membaca,mengira,menonton...toys@mainan masih perlu bagi budak seusia mereka.Yang penting ada hadnya. Berdasarkan pemerhatian, melalui permainan mereka juga belajar.Pembelajaran yang lebih berkesan ialah belajar melalui bermain..

note:ok all...nak logout dulu.Malam nanti saya akan melawat u all pula.Masih lagi terkejut dengan berita bekas husband nana meninggal dunia. Semalam majoriti entry rakan2 blogger adalah tentang berita arwah (Faizal Yusof)meninggal dunia.U all perasan tak dia meninggal last day tahun 2010, iaitu hari Sabtu 31.12.2010. 'Actor Faizal Yusof died at 1.45pm Saturday at Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak'.Salam takziah untuk family arwah.

*saya shedihh coz charger my canon belum jumpa lagi.Dah la kalau nak beli ori charger tu kena order dan harganya pun rm200++.miss place,ada yang keluarkan dari beg cam saya masa bertandang ke rumah kakak ipar.budak2 la..bukannya tau erti benda tu sangat berguna..so now,my nokia E5 sajala yang saya guna captured pic sementara menunggu charger yg diorder...haruuu tau.:(

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011

Hai all, happy new year 2011.Sori coz agak lambat wish.eh,tak lah lambat kan masih 01.01.11...ingat nak wish menjelang kul 12am 010111..tak sempat on9.bz sangat.Pagi tadi pendaftaran murid2 untuk tahun 2011.So,di kesempatan ini saya sertakan ucapan ini...:)
Buka Hati ada damai

buka mata ada terang
Buka kasih ada sukacita
Buka SMS ada ungkapan Happy New Year
Semoga semua harapan yang tertunda bisa terwujud di tahun 2011 ini. Amin

satu lagi...

Jalan-jalan naik pedati
Menikmati pemandangan nan indah
Tidak terasa tahun kan berganti
Semoga saja tahun nan indah
Sukses selalu di tahun 2011 ini..

ok..happy new year 2 u all...babaiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers