Thursday, June 30, 2011

Bila nenek berebut channel dengan sepasang cucunya

Ini kisah Shane & Qeisha yang suka sangat menonton channel Babytv sejak awal bulan mei hari tu. Specially Qeisha yang minat sangat, tak boleh tengok channel lain bila dia dah menonton tv. Petang tadi, nenek nak menonton marimar pun  tak dapat. Marah juga si nenek coz dia memang mengikuti drama tu dari awal episod lagi. Saya sometimes je layan marimar tu. Selalunya pukul 3 petang sepasang adik beradik tu tidur, tapi hari ni dua2 tak tidur pulak. Habis je marimar kul 4, barulah tidur. Mana la tak geram nenek mereka dua. 
Disebabkan tak tahan mendengar sepasang cucunya menjerit tak puas hati terpaksalah si nenek mengalah.

Bukannya menumpukan sepenuh perhatian pun menonton babytv tu, macam karenah diaorang. Akhirnya nenek off tv dan keluarkan schoolbags mereka berdua. And..mulala drawing & colouring xtvt . If suruh tulis ABC, mesti shane boo.. layan.Sabar je la my mum melayan karenah mereka dua. Shane suka lukis hand dia sendiri, si qeisha minta bantuan nenek pula, ye la tak nak kalah dengan abang shane. Next year shane masuk preschool dah...qeisha pun saya fikir boleh masuk playschool dah coz dia 3 years dah next year.
and qeisha suka sangat rabbit song nie..
Saya suruh tengok kat youtube mereka dua tak nak, macam sengaja nak kenakan si nenek je

Saturday, June 25, 2011

homemade lunch today...

hai aLL..
haRi ni kan mood i rajin nak memasak. On the way  balik dari sekolah tengahari semalam, saya angan2 & fikir2 apa menu yang nak dimasak on sAturday untuk family tersayang. Tak kira la 4 lunch @ dinner. Jarak umah & sekolah tempat saya bertugas agak jauh kan, so sambil2 driving tu saya dreaming tau.Tapi tak lah sampai tidak memberi tumpuan semasa memandu ok. Jom lihat masakan yang sungguh simple lunch kami tadi...:)
vegetables + seafood soup (fishball, longcabbage, carrot,tomato & shrimp meat.
+ tomato ckit je supaya supnya ada rasa masam.
Suka fishball tu, if nak fishball yg lembut & tasty, u all boleh pilih yang seafood delight( figo).
Nampak colourful je kan..sebabnya nak tarik perhatian shane & qeisha saya yang agak memilih makan tu. Seronok sangat melihat shane berselera makan. Sejak akhir2 ni selera dia agak ok, badan pun dah agak berisi. harap2 la terus macam tu kan.

haaa..ni pula steam fish saya.Ikan merah kot namanya.(malu2 kucing sebenarnya nak tayang)hehe.

 
note: Walaupun i ni tak teror sangat bab masak memasak ni, sometimes nak juga usaha memasak untuk family specially masa weekend kan....
mood semangat nak buat entry & bw hari ni..ye la blog kan berwajah baru..hehe

my new blog title : The Sweet Life

Hai all..
Juz nak inform rakan2 blogger yang saya dah tukar blog title & layout 'The Sweet Life' tu la title baru blog mumyshaneqeisha ya. Berkenan sangat dengan tajuk tu kerana segala kenangan manis dan indah akan saya kongsikan di blog kesayangan saya ini. Segala yang pahit dan boleh dijadikan pengajaran serta iktibar juga saya selitkan. Tapikan kita mesti tak nak kehidupan yang sedih dan tak manis.ye tak?

Inilah new layout blog saya. Hasil edited saya sendiri..ok2 je tu. Mmg tak teror sangat nak edit & Ahasilkan blog yg cute dan cantik. Nanti2 la jengah blog yang ada tutorial tentang blog, if la ada masa free..tugasan bertimbun sekarang nie, malas gue nak fikirkan sangat. Release2 tension, cuba2 saya edit blog ni. Rasa puas hati bila diri sendiri yang hasilkan walau tak secantik mana.
and....

this is my blog footer.So many sweetcakes rite? Ye laa, dah titlenya 'the sweet life'.
Background header & footer tu saya jumpa kat google ya, then saya edit2 with photoscape je. Sekiranya ada persamaan dgn background rakan2 blogger yg lain , hard to say "minta ampun aku" heee
ok2...thats all..biasala mmg selalu nak buatsimple entry je :)

Thursday, June 16, 2011

Shane & Qeisha @ Mega Leisure World Amusement Centre

Hai all,
Tak terasa minggu ni cepat berlalu, esok dah Jumaat dah. Saya rasa hari Jumaat adalah hari yang paling orang sukaI termasuk saya sendiri. Ye la, hujung minggu yang dinantikan, peluang beriadah dan berehat bersama family tersayang. Tapikan, semester ini saya rasa lebih busy, coz every week ada tutorial. Tak macam sem lepas, 2 minggu sekali je ada tutorial.
*******************************
About the post ; Shane dan Qeisha sangat happy & enjoyed at Mega Leisure World Amusement Centre iaitu pusat hiburan keluarga kot. Weekend lepas berkunjung ke sini, Seronok sangat melihat mereka berdua sangat happy.
Shane syok sangat dapat drive car tu, sungguhpun masih lesen 'L' kata dadynya. Asyik2 je accident, hamnpir2 nak langgar car orang lain. Nasib baik yang lain dah expert pandai mengelak daripada kena langgar oleh shane dan adiknya. Si adik qeisha pula macam VIP, duduk je jadi penumpang.
Bila dah makin expert, Shane tak nak balik pula. Asyik2 suruh ambik/tukar token. Aduhailah..lucunya masa mereka dua naik heli tu, shane gayat & takut sangat pada mulanya, sampai berpegang kat baju qeisha. Adik relax je, tengok abangnya takut.Tapi kejap je takutnya..
Muka bangga shane after drive red car tu. Pic 1 lagi : Shane keletihan & dahaga sangat. Sekejap je habiskan susu tu then terus mengantuk. Si dady pun mengantuk juga, ye la sampai terpejam sama mata tu.hehe :)
That's all ya...

Thursday, June 9, 2011

Home Theatre Midi Hi-Fi System (sony) saya = Hi-Fi kat diari AF9

hAppy Thursday all
Lama dah perasan sebenarnya. Takde motif lain ya, saje je suka2.syok sendiri la kan. Berkenaan dengan Hi-Fi kat diari AF9 yang sama dengan milik kami juga.Adik ipar saya yang mula perasan dulu, terus dia bagitau saya.hehe..jgn marah ya.Tak baik tau..haa..tak caya.jom tengok pic bawah ni..
Sila lihat HI-Fi kat belakang Azri tu.
Then...
lihat pic kat bawah ni..

Hi-Fi kat umah i. Hrmm, sama kan..elehhh tu pun nak bangga kan..takdelah.takde maknanya.Ye tak?
Tapi kalau nak berkaroake mmg puas hati dengan sound effect nya.

ni pula pic pinjam dari mr.google...
kelebihannya ialah..
The LBT-ZUX10D Hi-Fi Component System has enough power to fill a room with Digital Cinema Sound. Karaoke functionality will keep the party going and the X-Trance Pro feature adds funky sound effects to your music.

oh ya, agak2 siapa ya juara AF9? Sama2 kita nantikan konsert akhir 12hb ni. Saya rasa Fina kot.Ye la suara dia mmg power.Juz agak je la, tak betul pun tak apa kan...

Tuesday, June 7, 2011

Bestnya mandi sungai yang jernih kat kampung

Hai all..
Hampir seminggu kami sekeluarga bercuti ke kampung halaman saya sempena meraikan perayaan Gawai Dayak. Kebetulan air sungai kat kampung kami sangatlah jernih. Ini ialah satu peluang keemasan mandi manda di sungai. Saya rasa, semua yang dapat pulang bercuti ke kampung tidak lepaskan peluang mandi manda di sungai bersama keluarga masing-masing. Shane & Qeisha sangat seronok bila dapat mandi sungai yang jernih tu. Batu2..jelas kelihatan..Kat bandar susah nak cari ketenangan yang sebegini kan.Di sekeliling atau di seberang kampung masih kelihatan hutan tebal yang menghijau. Sungguh tenang dan segar terutama di awal pagi di tempat ni.
Like this pic!..situasi: Qeisha ambil batu2 kecil dalam sungai then bagi dengan abang shane suruh baling ke tengah2 sungai. Tapi tak boleh mandi lama2, coz air sungai ni sangat sejuk. Takut diaorang demam pula.
Seronok melihat sepasang anak2 ni bergembira mandi manda di sungai kampung halaman saya..Peluang ini bukan selalu ya, hanya setahun sekali je. That's all..simple post je :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers