Monday, May 16, 2011

Happy Teachers Day 2011-Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei...
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru 2011 kepada semua rakan2 pendidik semua. Tidak lupa juga kepada semua bekas guru2 saya dari Tahun Satu hingga Form 6 dan pensyarah2 yang telah mengajar saya di Sarawak Teachers Trainning College 2003-2005. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah tadi agak meriah juga. Ok, nak share sedikit sambutan Hari Guru di sekolah tempat saya bertugas tadi.
YDP SKRB2 menyampaikan hadiah kepada guru2. Hadiah tersebut merupakan pertukaran hadiah antara guru2.
Tema Hari Guru tahun ini 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'.  Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Yang berucap tu ialah Tuan Guru Besar. Suasana semasa perhimpunan  sambutan Hari Guru tadi.
 
Antara persembahan murid. Tahun ni, murid pra saya takde persembahan. Harap next year mereka ada buat persembahan, coz suka tengok budak2 comel buat persembahan. Oh ya, sempat juga posing dengan bekas PK1 yang telah bersara. Sama pink baju kami dua. Beliau ada datang sekejap ke sekolah tadi.Mdm Felice juga ada sedekahkan buah nangka & cheese cake tadi untuk warga sekolah..but, sayang..takde merasa.Takpelah..(merajuk tau) .
Haa...sambungan sambutan kat my class pra Gemilang. Comel2 diaorang kan termasuk guru2nya.hehe.
Pic kiri bawah: my student sibuk dengan kad2 ucapan Hari Guru & hadiah yang diaorang bagi untuk saya. Hmmm majoriti ada bagi kad ucapan, ya la..jumaat lepas memang bawa diaorang buat & hantar hari ni.hikhik. Then, ajar diaorang lagu 'terima kasih cikgu' .Cikgu sayang korang semua.:)

this is my favourite song..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers