Sunday, January 29, 2012

Rezeki...shopping baucar buku 1M'sia at Popular Bookstore

Happy Sunday 2 u all..
Walaupun hari Ahad, kena juga bangun awal tadi coz nak pergi churh.Then, breakfast with anak2 b4 bawa diaorang happy2 at family megaleisure world amusement.About the baucar, seperti yang kita sedia maklum PM kita merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan pengagihan baucar buku untuk semua pelajar IPT dengan peruntukan RM 260 juta yang mensasarkan 1.3 juta pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Baucar kertas tersebut diagihkan dalam bentuk rm50 setiap keping dan setiap pelajar hanya akan mendapat 4 keping sahaja. Happy tau, last week dah saya ambik baucar sebanyak rm200 tu. Untuk mendapatkan baucar tersebut, hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan kad pengenalan sahaja di ipt masing2. Sahlaku baucar ini adalah sehingga 31/03/2012 dan seperti yang kita sedia maklum baucar ini juga tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Lagi 1, baucar ini tidak sah jika tidak ada cop rasmi kolej/universiti. Harap maklum ya kawan2 yang belum menuntut baucar tu lagi.Bila dah dapat baucar, zasss saya apa lagi terus pergi popular shopping apa yang patut. Sekiranya kita membelanjakan baucar rm180 and above dapat la free POPULAR member card yang rm12 untuk 1 year tu.Saya belanjakan rm150 daripada baucar tu, and rm50 masih belum dibelanja lagi..simpan for next week.hehe.Seronoknya saya dapat beli dictionary yang saya idamkan selama ini.:)
Selain tu beli buku untuk anak2 juga.Dah ada anak ni, kena share juga ya. Buku rujukan akademik 1 pun saya tak ambik coz 4 me, modul2 yang ada tu sangatlah lengkap, lagipun boleh juga surf internet and pergi library untuk menambahkan references kan.
Selain itu juga, tahukah korang, selain dari membeli buku-buku akademik di sini, korang jugak boleh membeli sebarang buku yang korang minat dan apa saja yang ada dijual di sini.best kan?.Mula2 saya ingat kena beli buku akademik saja, then saya tanya jurujual kat sini. Diaorang kata boleh pilih apa sahaja yang ada dijual di sini. Lalalala..berbunga-bunganya hati i tau.
ok deng...kat sini la yang ada menerima baucar 1M tu...apa lagi yang lom ambik tu, terjah la ke sini.Kalau tak nak, ambilkan untuk saya je la.susah2 je kan.tapi..mana ada orang yang tak nak kan.heee
ok all, berterima kasih la kepada PM kita ya

Saturday, January 28, 2012

Bukit Aup Jubilee Park & Buah-buahan tempatan

Alahai...lebih seminggu dah tak menjenguk blog ni.Ketandusan idea nak buat entry dan dilanda kesibukan yang tak terkata. Banyak sangat kerja yang tertangguh...lembaran kerja budak pun banyak yang kena semak. Biasalah awal tahun kan, banyak perancangan yang kena buat. Soalan tugasan pun dah kuar, result sem sept pun dah kuar dah. Syukur...lulus juga diriku. Ayoyo....tak yah nak fikir sangat kan, hidup ini boring juga bila tak ada apa yang nak dibuat. ye tak?
**********************************************
Isi entry ku ialah, tentang cuti CNY hari tu. Cuti kat tempat saya bertugas tak sampai pun seminggu, juz public holiday sampai Tuesday je. Kami tidak ada membuat kelas gantian, so Wednesday dah mula sekolah dah. Sebenarnya tak ada plan nak cuti ke mana-mana coz cuti pun tak panjang kan. Tapi kenapa sampai ke bukit Aub nun?ku jawab sendiri ya "sebab niat kami nak beli durian banyak2 kat my hometown kat Julau".yalah, dapat tau durian kat situ tersangat la banyak. Jadi kami pun berangan nak borong durian2 tersebut dan jual pula kat miri. Hahaha...ada hati kan nak cari extra income.Sedangkan saya sendiri tak kuasa nak jual tu semua.Nak duit je, nak jual durian?huhuhu, malu sesangat & tak sanggup i.Semua tu i serah dengan my bro.Tapikan, aduhai malang nasib Pak kaduk..bila sampai kat my hometown tak de pun banyak mananya. Juz sekadar untuk dimakan sekeluarga adalah...plan nak balik hari tu juga.Nasib ada yang baik hati nak jual borong dengan kami dan hantar keesokkan harinya pula. So terpaksa la menunggu 1 day lagi. Untuk mengisi masa 1 hari tu...kami pergi la santai2 kat Bukit Aup Jubilee Park kat Sibu. Tak jauh sangat dari Julau.Jujurnya ku menyatakan kepada kalian inilah kali pertama ku pergi ke situ. Sungguh tau, walau tak jauh dari my hometown.hehe.Ok, layan la pic2 yang tak berapa clear sangat ni coz juz captured by phone je. My DSLR canon tak bawa..Tak tau pulak nak pergi sini. Qeisha tinggal with nenek..shane pun sepatutnya tinggal tapi meraung nak ikut. Perjalanan dekat 8 jam, tak berani nak bawa qeisha yang baru sembuh dari demam. Hubby drive bertukar -tukar dengan my bro, saya malas nak drive. Tapi tak lah letih sangat drive tu coz hiluz tu auto bukan manual.
Rupa-rupanya cantik juga permandangan di sini, menghijau dan tenang je. Shane sangat seronok melihat ikan2 yang berwarna warni dan ada juga tortoise kat kolam tu.
pic atas kiri : with my bestfreind or SIL.Kami stay kat umah dia kat Julau.
Pic atas kanan: Nodec bought a RM3 fish food to feed the fishes there...
Seronok sangat Nodec and Shane melihat ikan2 tu makan.Cantik kan..berwarna warni..

Nampak tak tortoise tu sedang berenang???
me at bridge at the first place..
"Telaga Kumang"@ telaga puteri...mengikut kajian dan cerita masyarakat setempat, ramai menyatakan telaga tersebut memang ada di situ dari zaman dahulu lagi. Mungkin cerita setiap individu tak sama.Tapi dari segi geografi, jarang ada anak sungai  atau telaga terletak di tengah2 bukit kan seperti 'telaga kumang' kat bukit aub ni.Mengikut cerita masyarakat setempat asal di sini, telaga ni tempat puteri @ kumang mandi.Turun dari tempat asalnya di Gelung untuk mandi di telaga ini yang dijaga oleh naga yang bernama Naga Bari.Itu lah sebabnya telaga ini dinamakan 'Telaga Kumang'.Sumber yang saya baca di sini.
Menuju ke observation tower....
Nice view...
Long time did not play swing already.. LOL
Sebelum balik ke julau singgah kat sini dulu minum air kelapa muda.. nanti2 la bawa qeisha and my mum datang sini pula.cian kan diaorang tak ikut.sorry ya sayang, ini semua unplanned bah..
Ini pula menu lunch kat sibu hari tu, kat area Farley. Nasi ayam penyet ka namanya.Boleh la..walau tak sehebat nasi lalapan kat muara di miri.:)
Pic satu ini saya cilok dari google...sayang kan saya tak bawa camera.Antara yang ada di situ.Sayangnya lagi, tempat ni tidak diselenggara dengan baik..
Shane kat umah my SIL, happy sangat main big hilux tu. car dady katanya.
Hajat di hati nak penuhkan our hilux bonnet dengan durian,buah dabai & rambutan.Hajat tak kesampaian la pulak.Syukur juga, ada la sedikit dabai dan rambutan. Durian dalam 130 biji..sampai kat miri memang macam pesta durian, yang terjual pun tak dapat cover kos transport.huhuhu..it's ok apa yang penting dapat makan durian..hehe
with shane yg nakal & degil sangat

Monday, January 16, 2012

celebrated 1st bday darell (my nephew)

Happy monday 2 u all.
Entry tertangguh dari last week lagi ni.Celebrated birthday anak buah saya baby Darell yang pertama pada 5 Januari 2012 yang lalu. Tak terasa dah setahun dah baby Darell.Dan..sekaligus meraikan birthday mama darell juga coz bday my SIL 2 Jan juga. Best kan, dapat celebrate bday sama dengan anak.
Upload beberapa pic je, banyak upload kat fb coz nak tag cousin2 yang lain.
Cute...darell & mumy tiup candle sama2..Shane & qeisha tumpang happy juga.Present utk Darell sayang ialah dua pasang baju complete ngan seluar sekali & darell sgt cute dengan baju2 tu :)
pic atas : Qeisha & Carol..cute sungguh carol tu. Umur setahun lebih muda dari Qeisha, tapi badan jauh lebih bam2.Sebab dia masih breast feeding lagi kot. Best kan, emaknya housewife & dia tau manfaatkan kelebihan itu dengan memberi anaknya bf. Hasilnya, kulitnya sangat cantik, cerdik,antibodinya kuat dan cute miut.Haaa kan terlebih sudah saya memuji.Bagi yang anaknya masih baby kan, jangan la lepaskan peluang bagi anak tersayang bf..coz kelebihan & kebaikannya tiada ternilai.Bagi yang berkerja, at least bagi la fully bf masa berpantang kan.
ok all...itu jerr dulu.babaiiii

Sunday, January 15, 2012

ciannya little princess kami demam..

Badannya panas sangat petang semalam. Then saya bagi paracetamol, badannya tak panas lagi. Awal pagi lazimnya dalam kul 4.30am saya akan  kejutkan dia untuk pergi ke toilet.  Qeisha ni memang lama dah tak pakai dypers waktu tidur malam. Rasanya sejak umur dia 2 tahun.Masa ni saya dapati badannya panas lagi. Risaunya hati ini tau. Rasa nak nangis bila si kecil ni pandai request  ngan saya nak 'cool fever'.Nasib baik ada ada lagi cool fever tu, then bagi dia makan ubat.Syukur sangat2 qeisha ni senang je bagi dia ubat. Dia tau, bila demam kena makan ubat & perlu jumpa doktor..
So, pagi tadi hantar dia ke children's specialists clinic milik Dr. Philip Raja. Kalau anak2 demam memang kat sini la saya selalu hantar.
 Bila captured pic biasanya dia nak posing @ senyum...tapi bila demam mana la ada mood kan. Si mama yang sebuk2 nak ambik gambar qeisha kan.
Malam ni badan dia tak panas lagi, dah makan ubat tadi. 3 jenis lagi tu...ubat demam, batuk & antibiotik...get well soon ya sayang.Bila anak sakit, memang saya stress sangat & tak de mood...bila dia dah lena tidur, dan pastikan badannya tak panas..baru la lega hati ini...
eh, dah kul 12.08am pulak....gud morning la 2 u all

Sunday, January 8, 2012

His passport pic..

Semalam hantar Shane pergi bergambar untuk preschoolnya. 4 keping yang diperlukan untuk fail peribadi, rekod perkembangan murid (portfolio),biodata kat kelas dan rekod maklumat murid. Serius sangat muka abang shane coz tak ada mood dan tak sihat...masih demam lagi.
ok la ni...handsome la juga anak mama..rasanya ini gambar passport shane yang kedua sejak lahir. .Yang 1st masa shane 7 bulan, buat passport untuk lawatan ke Kota Kinabalu .Buat passport coz melalui sempadan Brunei dan ada singgah kejap kat Kuala Belait umah kakak nenek Shane.Plan tahun ni nak pergi lagi...
Ini la his 1st passport pic. Mulut ternganga lagi tu..hehe.Masa ni shane memang montel.
huhuhu..little princess kami ni lom ada gambar passport lagi. Sabar ya sayang, mumy & dady still belajar lagi ..ada rezeki dalam tahun ni kita akan bercuti. Saya ngan mr hubby juga bercadang nak hantar dia pergi tadika dalam masa yang terdekat coz adik qeisha excited nak sekolah tengok abang shane dah pergi sekolah dah. Yalah, maybe dia rasa sunyi masa shane pergi sekolah. Tapi hantar dia pergi tadika yang terdekat je , cian la dia tecik2 kena bangun awal.Kalau dekat ngan rumah, senang dia nak bersiap akhir ckit..maybe hantar dia kat tadika meriah @ tadika junior bestari...
note : Lepas bergambar, hantar abang shane gunting rambut pula.So, sekarang berambut pendek dah dia, nampak lebih kemas lagi

Saturday, January 7, 2012

ShoutMix free plan is currently unavailable..



so i dah delete dah...bye2 my cute  Shoutbox
dpt tahu bln dec 2011 dulu, tapi  saja je tak delete2 lagi..heee.kalau nak pasang kena bayar kot, ntah la malas i nak ambil kesah..

Thursday, January 5, 2012

Hari Pertama masuk sekolah..

Buat tajuk hari pertama masuk sekolah teringat pulak lagu terima kasih cikgu...u all mesti tau lagu tu kan?
Layan je la gambar2 shane dari persiapan awal pagi semalam sehingga kat dalam kelas prasekolah Gemilang.Kalau nak cerita, memang tak habis la..
Shane baru dah mandi & 1st time memakai uniform sekolah. Mandi seawal 5.45 pagi. Cian shane terpaksa bersiap awal sangat ke sekolah coz nak ikut masa mumy. Mujur la dia tak menangis..masih mengantuk lagi.
Kira la si daddy macam wartawan captured pic2 kami berdua sampai masuk dalam keta.Cayalah...thanks so much.
Aksi Shane melambai nenek & dady, adik qeisha belum bangun lagi masa ni. Yalah..awal sangat kan.Hrmm..tengok pic ni kan, shane memang macam gaya VIP la.hehe
Lego time...
Seronoknya Shane main sama2 rakan sekelasnya...gud boy ya sayang :)

Wednesday, January 4, 2012

Entry Pertama 2012 - Persiapan Shane ke preschool

Tak terasa ya, dah 4 Januari 2012. Jam telah menunjukkan 12.16am tapi saya masih lagi berjaga buat entry. Seawal 6.10am nanti saya akan kembali bertugas @ back to school setelah bercuti sebulan lebih. Murid2 juga akan memulakan sesi persekolahan tahun 2012 esok. Dan my son Gerald Shane akan mula bersekolah esok di kelas Gemilang Preschool at SK Riam Batu Dua..Mulanya saya & hubby bercadang hantar shane masuk tadika kat Smart Readers (SR) tapi masalahnya tak ada orang yang akan menjemputnya balik dari sekolah. Sekiranya menunggu saya yang balik 12.40pm @ kadang2 lebih akhir sekiranya ada taklimat @ meeting, kesian pula dia menunggu terlalu lama kan. So saya cuba memohon kat sekolah tempat saya bertugas, dan syukur sangat2 permohonan diluluskan tuan Guru Besar.  Sebagai parent memang kita nakkan semua yang terbaik untuk anak kan... pertengahan tahun nanti saya akan cuba tanya tentang pengangkutan menghantar balik, sekiranya ada maybe shane akan memohon kat SR pula.
* Pendaftaran sekolah adalah pada 30hb Disember 2011 hari tu. Shane ditempatkan di prasekolah Gemilang. Ada dua buah kelas pra iaitu pra Gemilang dan satu lagi Pra Cemerlang..
Mengenai persiapan Shane yang nak bersekolah, saya shopping last minute je kecuali uniform sekolah je saya beli awal Disember hari tu.
Antara barang sekolah Shane. Dia kan minat sangat dengan Chuggington. Cari beg sekolah chuggington memang tak jumpa, sampai cari kat Parkson dan Toys R us pun tak jumpa. Then beli beg Thomas & Freinds kat Bryan Shop coz dia masih lagi minat Thomas & Freinds. Saya tak nak beli beg sekolah yang ada roda tu coz takut menyemak rak beg sekolah kat tadika je nanti. Ye la...parking pun dekat depan tadika tu je, tak de masa dia nak heret beg tu dengan roda. Beg yang dipilih tu ira sesuai sangat la.
Tumbler, tupperware, pencil case, sharpener,eraser, pencils, minibook, ruler & spoon semua Chuggiton. Semua ni saya beli kat Parkson. Tersangat la happy Shane dan sangat excited nak pergi sekolah melihat barang2 persekolahan chuggington dia ni. About the tupperware : sebenarnya murid pra ada disediakan makanan waktu rehat..tapi saya akan bagi shane bawa sedikit bekal juga coz takut dia lapar selepas 11.30am. Murid2 pra lain kan dah balik masa ni, tapi Shane akan tunggu mama sama masa balik dengan murid sekolah rendah..
Ini pula uniform sekolah dan kasut sekolah Shane. Baju uniform babyblue colour 2 pasang & seluar sekolah darkblue colour. Baju PJ lengkap dengan seluar sekali yellow colour takde dalam gambar coz esok baru saya ambil. Kasut sekolah beli kat kedai Bata B. first 2 pun 2 pasang. Kasut sukan tak de dalam gambar juga coz abang Shane dah pakai dah. Stoking saya beli 6 pasang yang B.first juga. Saya pilih yang 100% cotton supaya dia selesa dan tak rasa panas.
Peralatan untuk memberus gigi selepas rehat. Selipar tu digunakan oleh shane untuk ke tandas..cute je rupa selipar tu kan. tapi berus gigi dia yang sangat cute..
Sebelum buat entry saya baru habis membalut buku2 latihan shane.Senang saja zaman ni coz ada dijual pembalut buku yang pelbagai saiz. Dulu2 kan kita kena gunting..sukat2 cukup dengan saiz buku. aduhai..tapi sekarang juz masukkan saja..siap dah. Buku bacaan dan buku kerja akan dibahagi minggu depan. So minggu ini mereka juz buat worksheet yang telah disediakan.
Timetable Gemilang Preschool...
harap2 pagi nanti Shane ok dan boleh bergaul dengan rakan-rakan sekelas...
ok all, saya dah mengantuk sangat masa ni...esok kena bangun seawal 5.15am pagi.Saya tidur akhir pulak nie.....Babaiiii......

note : saya pulak yang melebih-lebih excited beli barang persiapan sekolah Shane ni kan.hehe
oh ya takde motif nak menunjuk-nunjuk. Ini sekadar "about my son Gerald Shane" sahaja. Yalah kan, manusia ni hati lain2..ada yang berfikiran terbuka dan ada yang sebaliknya. Ada yang hatinya baik dan ada yang suka hasad dengki dan negative thinking dengan orang lain. Bagi saya kan, owez be positive thinking..hati pun selalu tenang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers