Wednesday, January 4, 2012

Entry Pertama 2012 - Persiapan Shane ke preschool

Tak terasa ya, dah 4 Januari 2012. Jam telah menunjukkan 12.16am tapi saya masih lagi berjaga buat entry. Seawal 6.10am nanti saya akan kembali bertugas @ back to school setelah bercuti sebulan lebih. Murid2 juga akan memulakan sesi persekolahan tahun 2012 esok. Dan my son Gerald Shane akan mula bersekolah esok di kelas Gemilang Preschool at SK Riam Batu Dua..Mulanya saya & hubby bercadang hantar shane masuk tadika kat Smart Readers (SR) tapi masalahnya tak ada orang yang akan menjemputnya balik dari sekolah. Sekiranya menunggu saya yang balik 12.40pm @ kadang2 lebih akhir sekiranya ada taklimat @ meeting, kesian pula dia menunggu terlalu lama kan. So saya cuba memohon kat sekolah tempat saya bertugas, dan syukur sangat2 permohonan diluluskan tuan Guru Besar.  Sebagai parent memang kita nakkan semua yang terbaik untuk anak kan... pertengahan tahun nanti saya akan cuba tanya tentang pengangkutan menghantar balik, sekiranya ada maybe shane akan memohon kat SR pula.
* Pendaftaran sekolah adalah pada 30hb Disember 2011 hari tu. Shane ditempatkan di prasekolah Gemilang. Ada dua buah kelas pra iaitu pra Gemilang dan satu lagi Pra Cemerlang..
Mengenai persiapan Shane yang nak bersekolah, saya shopping last minute je kecuali uniform sekolah je saya beli awal Disember hari tu.
Antara barang sekolah Shane. Dia kan minat sangat dengan Chuggington. Cari beg sekolah chuggington memang tak jumpa, sampai cari kat Parkson dan Toys R us pun tak jumpa. Then beli beg Thomas & Freinds kat Bryan Shop coz dia masih lagi minat Thomas & Freinds. Saya tak nak beli beg sekolah yang ada roda tu coz takut menyemak rak beg sekolah kat tadika je nanti. Ye la...parking pun dekat depan tadika tu je, tak de masa dia nak heret beg tu dengan roda. Beg yang dipilih tu ira sesuai sangat la.
Tumbler, tupperware, pencil case, sharpener,eraser, pencils, minibook, ruler & spoon semua Chuggiton. Semua ni saya beli kat Parkson. Tersangat la happy Shane dan sangat excited nak pergi sekolah melihat barang2 persekolahan chuggington dia ni. About the tupperware : sebenarnya murid pra ada disediakan makanan waktu rehat..tapi saya akan bagi shane bawa sedikit bekal juga coz takut dia lapar selepas 11.30am. Murid2 pra lain kan dah balik masa ni, tapi Shane akan tunggu mama sama masa balik dengan murid sekolah rendah..
Ini pula uniform sekolah dan kasut sekolah Shane. Baju uniform babyblue colour 2 pasang & seluar sekolah darkblue colour. Baju PJ lengkap dengan seluar sekali yellow colour takde dalam gambar coz esok baru saya ambil. Kasut sekolah beli kat kedai Bata B. first 2 pun 2 pasang. Kasut sukan tak de dalam gambar juga coz abang Shane dah pakai dah. Stoking saya beli 6 pasang yang B.first juga. Saya pilih yang 100% cotton supaya dia selesa dan tak rasa panas.
Peralatan untuk memberus gigi selepas rehat. Selipar tu digunakan oleh shane untuk ke tandas..cute je rupa selipar tu kan. tapi berus gigi dia yang sangat cute..
Sebelum buat entry saya baru habis membalut buku2 latihan shane.Senang saja zaman ni coz ada dijual pembalut buku yang pelbagai saiz. Dulu2 kan kita kena gunting..sukat2 cukup dengan saiz buku. aduhai..tapi sekarang juz masukkan saja..siap dah. Buku bacaan dan buku kerja akan dibahagi minggu depan. So minggu ini mereka juz buat worksheet yang telah disediakan.
Timetable Gemilang Preschool...
harap2 pagi nanti Shane ok dan boleh bergaul dengan rakan-rakan sekelas...
ok all, saya dah mengantuk sangat masa ni...esok kena bangun seawal 5.15am pagi.Saya tidur akhir pulak nie.....Babaiiii......

note : saya pulak yang melebih-lebih excited beli barang persiapan sekolah Shane ni kan.hehe
oh ya takde motif nak menunjuk-nunjuk. Ini sekadar "about my son Gerald Shane" sahaja. Yalah kan, manusia ni hati lain2..ada yang berfikiran terbuka dan ada yang sebaliknya. Ada yang hatinya baik dan ada yang suka hasad dengki dan negative thinking dengan orang lain. Bagi saya kan, owez be positive thinking..hati pun selalu tenang :)

8 comments:

  1. seronoknya. kalo nak masuk pra tu bermula dari umur berapa yer?

    ReplyDelete
  2. semoga shane bersemangat nanti
    banyak persiapan utk shane tuu seronok lah shane nanti ;)

    ReplyDelete
  3. Selipar tu mmg cute.. I berkenan sgt Win.. aritu kami belikan selipar Shashal pakai capai je kat kedai tu.. tak berapa cantik sgt, mujur dia tak kisah.

    Betul kata u tu.. kdg kita upload pix utk kenangan masa depan anak2.. tp entah2 ada yg salah tafsir.. hehe.. lantak la kan.

    ReplyDelete
  4. @e.l.i.s.s.m.i.e
    elis, kalau prasekolah kan, keutamaan diberi kpd yg berumur 6 tahun.sekiranya ada kekosongan 5 tahun pun blh juga

    ReplyDelete
  5. @ieda
    1st day mmg dia semangat kak.semangat nak trn sekolah je, tapi worksheet dia 1 pun belum siap.aduhai

    ReplyDelete
  6. @Miss Mirror a.k.a Sam
    ya la kan juz tuk pi toilet je kan.
    *betul tu miss mirror, tak suka sgt dgn org yg slh tafsir kan

    ReplyDelete
  7. mayuh ga buku cda shane..ngi yen juz ku beli uniform aja,nya pun nda sempat gaga entry ngi ku.stationery n worksheet semua disedia ke cda tadika,juz mai bekal n spare baju n seluar.beg,kasut,tumbler n lunchbox semua hadiah dari bala aunty ya..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku2 utk sem 2 cda nya ila.jux buku garis 3 & petak besai jak nya.xtvt books & worksheet mmg bc disedia ga.stationery pun bc,tapi saja ka meli ke ya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers