Siapa suka cendol?? angkat tangan..
Minggu lepas pergi makan cendol dan rojak kuih kat salah sebuah kedai di Jalan Bintang,Miri. Memang famous dengan cendol, rojak buah, rojak kangkung dan rojak kuih. Sangat sesuai dikunjungi di waktu petang dan masa cuaca panas.
Nampak enak kan? Suka sangat rojak kuihnya (tauhu+keladi+ubi kayu) semuanya digoreng, sedap dimakan panas2.
Ada banyak pilihan...saya suka cendol+susu @ cendol special.Harganya pun berbaloi-baloi...
Qeisha tak sabar2 nak makan cendol.(pic tak clear, captured with phone). Dia makan sikit je...Shane tak ikut time ni, dia asyik layan Thomas & Freinds. Pandai pilih dvd sendiri dah...dia pilih backhom dan thomas & freinds
My hubby pun peminat cendol...Sporting jer bila kita captured pic nya.
Sejarah cendol..jumpa kat mr google..
* Cendol ialah sejenis minuman sejuk yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara.
Nama asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani). Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.
*baru tau la ceritanya..
Babaiii..