Sunday, December 12, 2010

Cara Mengawal Penggunaan Garam

allooo frens...jumpa info/petua nie kat sajionline.Nak share dengan u all pula. Bagi yang dah baca sila ignore saja la ya..
Salah satu persoalan dalam persediaan hidangan sihat ialah bagaimana untuk mengawal garam di dalam diet. Sedikit panduan di bawah mungkin dapat membantu anda mengawal penggunaan garam, yang jika diambil berlebihan berkemungkinan menyebabkan hipertensi...
1. Cara paling mudah ialah jangan menggunakan garam berlebihan di dalam masakan, cukuplah sedikit saja sekadar berasa..
Makanan yang diawet mengandungi banyak garam. Cuba elakkannya.

2. Elakkan makan berlebihan bahan makanan yang diawet dengan garam seperti telur masin, ikan masin, sayur asin dan sebagainya. Sesetengah bahan ini boleh direndam di dalam air terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinannya. Jika mahu juga makanan yang diawet ini, pilihlah yang diawet dengan sedikit garam saja.

3. Jangan sentiasa menambah kicap, sos tomato, sos cili atau garam semasa menikmati hidangan di meja.
4. Sesetengah makanan ringan seperti keropok, kerepek, kacang dan sebagainya mengandungi garam terlalu tinggi. Cuba elakkannya.
5. Pilih hidangan yang kurang menggunakan garam seperti ikan bakar bercecah air asam dan ulam-ulaman segar berbanding sayur goreng yang ditambah kicap atau sos tiram.
Selain garam, banyak bahan lain boleh digunakan sebagai perisa hidangan.

6. Gunakan bahan-bahan rempah atau herba lain boleh yang menambah rasa masakan selain garam.

note: Sama2lah kita berusaha mengawal penggunaan garam dalam makanan, demi kesihatan .Sememangnya agak susah bagi kita mengelak daripada makanan ringgan yang mengandungi garam terlalu tinggi. Demi kesihatan kita kena cuba berusaha juga...yakin boleh ya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers