Wednesday, July 7, 2010

Kacang Hijau & Tauge; Apa Kelebihannya?

Suka tauge dan kacang hijau tak?? ni nak berkongsi info dengan u all.

Sama ada dimasak dalam bentuk bijian, dijadikan tauge atau dikisar menjadi tepung untuk membuat pelbagai hidangan yang enak, kacang hijau mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.


Butir-butir kecil berkulit hijau serta isi kekuningan ini mengandungi zat besi yang tinggi untuk menghalang anemia, fosforus untuk mengelak penyakit beriberi dan vitamin B1 bagi mengatasi masalah penghadaman.


Sejak dahulu pengamal perubatan Hindu menyarankan pengambilannya. Mereka mempercayai jika dimasak dengan betul, kacang hijau dapat mengimbangi 'tenaga-tenaga' fizikal dan mental seseorang.

Mungkin sebab itu juga, masyarakat India khususnya amat gemar menggunakan kacang hijau dalam masakan mereka. Kacang hijau digunakan untuk membuat sup, dimasak bersama sayur dan nasi, dikisar menjadi tepung untuk membuat roti. Ia juga direbus dan dilenyek untuk membuat manisan, serta dimakan bersama roti atau menjadi inti pastri.



Ketahui Khasiat Kacang Hijau


1. Secawan kacang hijau yang direbus tanpa garam hanya mengandungi 26 kalori tanpa lemak, dan ia juga bebas kolesterol. Jika dimakan dengan kulit hijaunya, kacang ini amat baik untuk kesihatan jantung. Sungguhpun begitu kandungan fibernya tidak setinggi kekacang lain.


2. Kacang hijau mengandungi karbohidrat yang rendah berbanding kekacang lain. Bagi mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat, kacang hijau adalah pilihan yang baik kerana ia mengenyangkan.


3. Kacang hijau adalah sumber vitamin C yang baik dan turut mengandungi vitamin K dan B6.


4. Kacang ini juga kaya zat galian seperti potassium, fosforus, magnesium dan kalsium.


Selain itu, hasilan kacang hijau seperti tauge juga tidak kurang khasiatnya. Secawan tauge mengandungi seperempat jumlah vitamin C yang kita perlukan setiap hari. Ia juga mengandungi sedikit protein dan folate.


Tauge juga kaya dengan thiamin, magnesium dan fosforus. Malah mengandungi vitamin E yang dikatakan boleh meningkatkan kesuburan.


Jadi, jangan lupa gunakan tauge sebagai hidangan sayuran anda; sama ada dibuat kerabu, salad atau digoreng.


@@@ Diharap info ini sama2 kita manfaatkan ya.
sumber:SajiOnline

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers