KITA sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini.
Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus di kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus di kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus di kalangan dewasa.
Kajian yang dilakukan Dr. Ramli Musa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diterbitkan dalam Jurnal Psikiatri Hong Kong itu turut mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan.
Tabiat
“Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas.
“Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atu rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan.
“Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.
“Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh kalah dengan tangisan anak-anak kerana ia hanya akan menambah sifat ingin memberontak,” katanya.
“Sebahagian besar ibu bapa berasa malu jika anak mereka meronta-meronta dan menangis di kedai kerana mahukan sesuatu.
“Tip paling baik, jangan beri apa yang dimahukan ketika mereka menangis atau memberontak, sebaliknya beri apabila mereka berkelakuan baik.
“Ibu bapa juga jangan kalah dengan tangisan kerana jika kita mengalah, itu hanya akan menambahkan galak mereka.
“Lama-kelamaan, mereka akan gunakan taktik air mata itu setiap kali permintaan mereka tidak dipenuhi.
“Sebaik-baiknya bersabarlah dengan kerenah mereka dan jangan berputus asa. Katakan kepada mereka, hajat mereka akan dipenuhi jika berkelakuan baik.
“Kerana itu, konsisten sangat penting supaya anak-anak tidak keliru,” jelasnya.
sumber: Kosmo=kesihatan
*Bila berhadapan dengan situasi anak2 memberontak di kedai mainan terutamanya...selalunya saya turutkan kerana suka melihat anak gembira.Namun demikian teknik2 di atas boleh dicuba bagi lebih mendisiplinkan anak2..mujur juga Shane saya sekarang ok tak memberontak dan menangis minta belikan toys macam dulu. Saya selalu kata "toys orang empun, not shane' sekiranya dia minta belikan toys yang agak mahal dan tidak sesuai untuk dia..then dia jawab "orang empun mumy?"mumynya sure jawab "of course la"
note: empun mean 'punya'.ok all..sedang gigih nak buat assignment ni.Ketiga-tiga assignment saya belum mula buat lagi prinsip teknologi pengajaran,psikologi pendidikan & learning skills for open distance learner...harap la saya dapat menyiapkan semuanya sebelum due hantar tugasan..