Kira-kira 18 kilometer dari pekan Tatau (Bintulu) menuju ke bandar Sibu, sebuah batu besar bertapak di sebelah kiri jalan raya. Penduduk tempatan menamakannya “Batu Katak”. Sekali pandang dari tepi jalan, batu itu kelihatan biasa sahaja, cuma saiznya yang besar dan tinggi, seolah-olah sebuah bukit batu.
Menurut cerita, ada seorang lelaki Cina yang pernah memohon nombor ekor di situ. Singkat cerita, si cina tersebut menang nombor ekor dan menjadi kaya tidak lama selepas itu. Sebagai tanda terima kasih,dia membina tempat teduh bagi batu tersebut dengan mendirikan pondok berbumbung. Batu itu diangkat sebagai “Dewa Batu”. dan sejak hari itu ramailah yang datang untuk memuja dan meminta nombor ekor.
banyak juga kisah misteri yang menyelubungi batu ini seperti ada orang mendakwa diganggu perempuan berbaju putih dan lembaga menakutkan ketika lalu di hadapan tokong ini pada waktu malam. Tempat ini amat mudah ditemui kerana ia terletak di tepi jalan besar menuju ke Bintulu. Saya sendiri merasa kurang selesa ketika berada dekat dengan batu tersebut.Sekejap saja di sini, Shane takut sangat.Menyesal juga saya bawa dia turun dari kereta.Pic2 di atas captured by my hubby.
* Nak tau lebih lanjut kisah batu katak ni?You all boleh singgah sini
note:Pengajaran yang kita dapat dari kisah Batu Katak ini ialah, nilai harga diri manusia boleh jatuh dan hina hanya kerana wang dan kemaruk harta. Ini jelas apabila ada yang buat kerja bodoh dengan menyembah batu dan meminta harta kepada benda tidak bernyawa.Harap2 kawan2 saya di luar sana tak ada yang kaki ekor ya.Kalau nak kaya usaha sendiri dengan cara yang betul dan sepatutnya.Dan yang paling penting, bersyukur dengan apa yang ada...