Thursday, April 19, 2012

kursus peningkatan pengurusan xtvt aras tinggi & perkhemahan pendidikan luar murid sklh menengah 2012

about......
Kursus peningkatan pengurusan aktiviti aras tinggi : 13- 14 April 2012
Matlamat : Bengkel pembinaan Flying fox, abseiling dan rapeling untuk jurulatih pusat kokurikulum daerah adalah bertujuan untuk memantapkan kemahiran, kepakaran, keyakinan diri dan mewujudkan nilai kerjasama di kalangan jurulatih. Adalah menjadi harapan dan visi pusat kokurikulum daerah & negeri agar segala xtvt dpt dijalankan dgn lancar & mencapai matlamat kemalangan sifar ( i refer kat kertas konsep bengkel yg diedarkan) :)
Perkhemahan Pendidikan Luar murid sekolah menengah : 15- 17 April 2012
Matlamat : Membimbing dan mengasah ciri atau bakat kepimpinan peserta untuk meningkatkan kebolehan memimpin dalam kepelbagaian kes agar menjadi contoh dan teladan kepada murid di sekolah.
TEMA : Integrasi Melalui Pendidikan Luar
Tempat : Pusat Kokurikulum Daerah Miri, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri
Berkampung di pusat kokurikulum selama 5 hari 4 malam, para Jurulatih stayed kat hostel manakala peserta pelajar sekolah menengah berkhemah selama dua hari.Layankan je gambar2 yang ada...
top pic :  3 JU yang rasa diri chantek berposing sebelum bergerak mengiringi pelajar ke station masing2. saya kat station flying fox.
left pic below: para peserta sedang memberi sepenuh perhatian taklimat flying fox oleh tuan Iskandar. Mereka diajar cara2 memasang full body harness, carabiner,helmet, lanyard dan glove. Objektif utama ; peserta dapat melaksanakan aktiviti fying fox dengan selamat dan berkesan.
Right pic below : 3 JU yang terlebih sudah.heeee
dan lagi...eh, saya kali ini ada buat demo flying fox tau.Best...tapi masa nak berlepas tu kan, rasa ngeri tu tetap ada.ehee
Right pic below : bersama tuan Lai yang susah nak senyum.Tapi kat pic ini kan "manisnya senyumanmu" ataupun dia terpaksa coz saya yang suruh dia senyum.haha
 Aksi2 peserta rapelling dan flying fox. Cantik sungguh kan permandangan di sini.Sangat2 sesuai bagi yang sukakan extreme xtvt.
Objektif : Peserta dapat melaksanakan aktiviti rappeling dengan berjaya dan selamat.( Keselamatan peserta keutamaan kami)
right pic below : demo aksi superman drpd Tuan Shafiq (Penolong Pengarah Kejurulatihan, Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak). Hebat kan dia. 
lagi... aksi2 yang membuat kan saya speechless :)
Ikthiar Hidup antara xtvt pddn luar yang amat saya suka, rasanya peserta2 pun sama. U all boleh tengok kan wajah happy diaorang kat pic2 di atas...
Menu petang itu (15 April 2012) ialah ayam pansuh, pisang pansuh dan memasak telur di dalam tanah. Rasanya sangat yummy!!!
 
Top pic : my fren posing kat depan khemah2 pelajar.
Left pic below: masa sedang gigih membuat draf sijil untuk para peserta, kali ini saya JK Sijil & Cenderamata. Hard 2 say "i'm sorry" if sijil2 tersebut ada kekurangannya ya. Saya dan kawan2 telah cuba membuat yang terbaik. Thank so much 2 Tuan Empari,tuan Nizila, tuan Kuliana & Tuan Flarlye yang banyak membantu saya.
Right pic below : Semasa xtvt orienteering, xtvt ni saya tak join coz tengah gigih buat draf sijil2 peserta.
Malam Kebudayaan...top left pic: saya, tuan rosemary dan tuan empari merupakan hakim pada malam itu. Boleh tahan juga persembahan peserta2 walaupun berlatih tanpa fasi.caya lah!
Majlis Penangguhan...dan sesi bergambar
 kursus peningkatan pengurusan xtvt aras tinggi & perkhemahan pendidikan luar murid sklh menengah 2012. How, smart tak kami semua with uniform itu.ahak!. Sayakan rasa macam jadi student dulu..silalah perasan okeh :)
Lagiiii posing2 jangan kurang..
ok all..sangatlah enjoyed tau!
buat rakan2 JU semua..afterward i upload pic2 kita kat FB ya.U all boleh tag diri sendiri & cilok pic yg ada muka korang.hehe..babai..sehingga kita berjumpa lagi.

"Rela dipimpin untuk memimpin"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

Shane bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Qeisha Bday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers