salam Hari Jumaat semuanya..tak terasa dah Jumaat dah. Bila sibuk, memang masa terasa berlalu dengan begitu pantas kan. Selalunya saya ni, Jumaat baru buat post, kiranya 1 week 1 post la ya.heee.Yala kan, Jumaat sekolah awal balik, so banyak la masa free saya waktu petang.
ok, post saya hari ni ialah tentang sambutan Merdeka Raya pada Rabu lepas (21/09/2011) di sekolah tempat saya bertugas. Lambat buat post, rasa malas nak tranfer pic2 ke lappy. Sambutannya agak meriah juga...Murid2 sangat seronok specially preschool student coz pada hari tersebut mereka berpeluang mengayakan baju raya masing2 dan baju kebangsaan.
Sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas, mengibarkan jalur gemilang diiringi nyanyian lagu patriotik dan diikuti beberapa persembahan murid2..suka melihat mereka pakai baju cantik2...
Diteruskan dengan majlis Hari Raya...ada dua tempat. Tahap 1 dan tahap 2. Pose with cikgu2 yang mengayakan baju kebangsaan.Seorang baju 1 Malaysia, seorg lagi baju tradisional kaum lun bawang. Saya je yang biasa2 je..saya ni jenis yang bukan melaram sangat ya specially kat sekolah. Lebih suka pakai yang selesa2 & sopan je.
Murid2 prasekolah yang comel2..sepatutnya bergabung dengan tahap 1. Memandangkan tempat yang dikhaskan amat sesak, kami ambik keputusan gabungkan 2 kelas pra tersebut supaya mereka tidak berebut dengan murid2 yang lebih besar. Kesian kan, mereka masih kecil lagi. Tak sanggup melihat mereka makan2 dalam keadaan yang tak selesa. Then, habis makan2 barulah mereka bergerak ke tempat yang dikhaskan untuk meraikan hari raya...oh ya semua juadah2 tu adalah dibawa oleh murid2.Seorang bawa sikit2 banyaklah juga bila dah dikumpulkan...
Majlis di tahap 1...pelbagai juadah. Susah nak pilih.Ambil sikit2 semuanya coz nak merasa..:)
Jom makan2..sempat lagi posing.duhai..
Suasana majlis sambutan hari raya di tahap 1( pra, thn 1,2 & 3 ( ruang legar kantin sekolah)..
Akhir sekali, bertandang ke majlis sambutan hari raya Tahap 2.(tahun 4,5 &6).Hebat2 persembahan diaorang..
pic bawah: kanak2 pra yang sangat cute..pic bawah sebelah kanan macam pose pendatang tanpa izin la pulak.hahaha..
motif utama majlis : mengeratkan tali silaturrahim warga sekolah :)
*ok all..babai.. bw kejap sambil2 menunggu husband balik kerja, nak bawak anak2 makan kat luar malam ni..