Tuesday, June 7, 2011

Bestnya mandi sungai yang jernih kat kampung

Hai all..
Hampir seminggu kami sekeluarga bercuti ke kampung halaman saya sempena meraikan perayaan Gawai Dayak. Kebetulan air sungai kat kampung kami sangatlah jernih. Ini ialah satu peluang keemasan mandi manda di sungai. Saya rasa, semua yang dapat pulang bercuti ke kampung tidak lepaskan peluang mandi manda di sungai bersama keluarga masing-masing. Shane & Qeisha sangat seronok bila dapat mandi sungai yang jernih tu. Batu2..jelas kelihatan..Kat bandar susah nak cari ketenangan yang sebegini kan.Di sekeliling atau di seberang kampung masih kelihatan hutan tebal yang menghijau. Sungguh tenang dan segar terutama di awal pagi di tempat ni.
Like this pic!..situasi: Qeisha ambil batu2 kecil dalam sungai then bagi dengan abang shane suruh baling ke tengah2 sungai. Tapi tak boleh mandi lama2, coz air sungai ni sangat sejuk. Takut diaorang demam pula.
Seronok melihat sepasang anak2 ni bergembira mandi manda di sungai kampung halaman saya..Peluang ini bukan selalu ya, hanya setahun sekali je. That's all..simple post je :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers