Monday, October 31, 2011

Shane joined birthday party at preschool

Jumaat lepas (28102011) saya bawa Shane ke majlis hari jadi kanak2 prasekolah. Majlis tersebut bertujuan meraikan hari lahir semua murid prasekolah 2011. Walaupun terpaksa bangun awal, tetap semangat juga shane pergi mandi bila saya bagitau 'go to school'.Little princess Saleisha Qeisha masih tidur time saya & shane bertolak dari rumah.  Sengaja saya bawa shane, nak testing camana reaksinya bergaul dengan kanak2 lain. Lagipun next year, di sini la dia tadika..permohonan dah diluluskan. Saya tak la risau sangat coz dia sekolah sama dengan sekolah & kelas tempat saya bertugas. Ada dua prasekolah di sini iaitu prasekolah cemerlang & prasekolah Gemilang.
Reaksi Shane : malu2 kucing pada mulanya. Kejap je dia malu, then bukan main lagi sibuk nak main kat playground kat belakang pra.Seronok dia melihat ramai kanak2..lagipun saiz dia lebih kurang sama dengan budak2 pra tu juga.
Cantiknya birthday cake tu kan, with cartoon angry bird lagi.Cartoon yg amat famous sekarang selain cartoon domo. Shane sempat ambik 3 angry cartoon angry bird tu.hehe
Persembahan murid2 pra : action song & chicken dances..tetamu terdiri daripada para ibu bapa dan guru2.
pic bawah kanan : kanak2 pra menerima hadiah hari jadi. Semua murid2 pra dapat hadiah masa tu.
pic atas : shane boring dah, budak2 pra semua dah balik dengan ibu bapa masing2..
pic bawah kiri : shane with girl fren, hehe.next year mereka dua sama kelas maybe :)
Pic bawah kanan : shane with ex-teacher dadyshane zaman sekolah rendah dulu. Sekarang ni dia dapat jumpa anak dadyshane pula.Kecik kan dunia ni.
* on the way balik rumah, shane tidur keletihan sepanjang perjalanan selepas minum 9oz susu. Best juga bila ada anak di sebelah, selalunya sorang2 je i drive dlm keta balik keja. So next year, shane la peneman saya turun dan balik kerja.ok all, babaiiiii

Friday, October 28, 2011

Gud news : Karnival bijak prasekolah 2011

Friday dah??? minggu ni terasa begitu cepat masa berlalu, dan minggu ni juga saya merasa teramat bz bee yang teramat. Monday & Tuesday karnival bijak prasekolah peringkat daerah miri Bakong yang melibatkan 32 buah sekolah, dan hari ni sambutan majlis hari jadi kanak2 prasekolah yang ke-6 tahun 2011 di sekolah tadi. Keletihan masih terasa hingga saat buat entry ni.
***************************************************************************
About the karnival Bijak Prasekolah...
Date : 24 & 25 Oktober 2011
Place : Pustaka Miri
Sekolah kami telah menyertai kesemua acara yang ada dipertandingkan iaitu, action song, bijak bahasa malaysia, bijak bahasa inggeris, hafazan, pertandingan mewarna & pakaian beragam. U all tau, pada pagi 24 hb (isnin) tu saya sepatutnya awal datang ke sekolah untuk mengambil peserta2 di sekolah ke lokasi pertandingan. Sedih, sesedih sedihnya coz saya terperangkap dalam kesesakan jalan raya selama 1 jam 40 minit di traffic laluan jalan utama ke sekolah. Semua ini di luar dugaan saya...dahla masa untuk mendaftar peserta tinggal 20 minit lagi, saya masih terperangkap dalam kesesakan. Tak pernah saya melalui kesesakan jalan seperti ini, semua ini disebabkan kebakaran sebuah gudang yang berhampiran dengan jalan utama. Saya berasa amat risau kerana peserta2 memang tidak muat sebuah kereta seorang cikgu yang sudah lama menunggu saya di sekolah.Saya menangis sendiri bila dia kata "kenapa mesti hari ni kamu lambat???"bayangkanlah...terkejut sungguh saya dengan soalan itu.Saya faham dia amat risau juga...semua ini betul2 di luar dugaan, saya memang dah bertolak awal dari rumah coz nak latih murid2 yang ikut action song sebelum bertolak..nasib baik ada parent yang hantar anak2 mereka sendiri, so masalah itu dapat diatasi.Syukur sangat2..sampai juga saya di lokasi sebelum pendaftaran bermula.
Lupakan masalah itu..kerana di sebalik kerisauan, kepahitan, kesedihan,cubaan...ada manisnya.Jom layan beberapa gambar sepanjang karnival tersebut. Agak lambat buat post ya coz terlalu bz rasanya.

the 1st day : persembahan action song dari kanak2 prasekolah kami dengan lagu wheel on the bus & you're my sunshine.Walau tak johan, mereka berjaya juga dikira sebagai top 10 dengan mendapat tempat ke-8 daripada 19 buah penyertaan. Geram juga saya kerana suara mereka tidak berapa jelas seperti yang diharapkan, maybe mereka terlalu nervous.Pergerakan ok.. Syukur juga mereka ada mendapat hadiah..
Antara peesembahan2 dari sekolah lain...seronok melihat anak2 yang sangat comel menunjukkan bakat2 di pentas..terhibur rasanya :)
Bijak bahasa inggeris...tugas saya sebagai penjaga masa with madam tan..bijak bahasa malaysia saya tak dapat ambil gambar coz serentak dengan pertandingan action song..
Peserta2 dari sekolah kami ( 1 sekolah 5 orang)..mereka akan bertanding di 3 stesen .Stesen 1 is spelling bee, station 2 fill in vowel & station 3 is fluent reading.. peserta2 dari sekolah kami saya tengok sangat aktif :)
second day...hafazan, pakaian beragam & majlis penutupan..about the pic : peserta2 pakaian beragam seramai 32 orang. Tetapi sayang saya hanya sempat menyaksikan 7 peserta sahaja. Pertandingan ini berlangsung sebelum majlis penutupan..dugaan lagi, sedang syok menyaksikan pertandingan ini, tiba2 salah seorang anak murid saya muntah sampai basah baju, seluar & kasut. Paniknya saya bila melihat wajahnya sangat pucat. Cepat2 saya hubungi parent dia..kerana takda bawa baju spare..kami berdua tunggu di tandas kerana pakaiannya sangat kotor dan berbau muntah lagi. Maybe masuk angin kot dia tu, saya sarankan parent dia bawa pergi ke klinik tak payah mengikuti majlis tu kerana dia sangat tidak bermaya.Nasib baik majlis penyampaian hadiah belum bermula lagi...dahla baju saya ada terkena muntah :(.tapi saya sedih seorang anak murid saya yang muntah tadi tak dapat turut serta majlis penutupan.
The gud news: Sekolah saya telah menjadi johan dalam pertandingan bijak bahasa malaysia dan bijak bahasa inggeris. Terkejut, gembira, bangga, dan pelbagai perasaan yang saya rasakan bila nama sekolah kami diumumkan sebagai pemenang untuk kedua-dua bijak bm dan bi. Thanks God...kejayaan ini adalah rezeki sekolah kami, anak2 murid kami dan berkat dari usaha murid,  guru dan ibu bapa. Bangga sesangat, kerana tuan Guru Besar ada menghadiri majlis ini, hanya ucapan terima kasih saya mampu lafazkan bila mendapat ucapan tahniah daripada beliau. Oh ya, terima kasih kepada rakan2 guru yang memberi ucapan tahniah kepada kami juga.
Sambungan lagi : Penyampaian hadiah sekali lagi semasa perhimpunan sekolah. Saya yang menjadi pengerusi, entah kenapa rasa gementar tu tetap ada bila bercakap di depan khalayak ramai. Syukur saya dapat mengatasi rasa nervous itu.hehe
Pic bawah : Cikgu pra cemerlang menyerahkan piala kejohan kepada Tuan Guru Besar..tersenyum manis tuan gb bila mendapat 2 piala kejohanan itu :)
Tak habis lagi...sambung lagi posing kat kelas.almaklumla masa perhimpunan, cikgunya takde dalam gambar, gara2 jadi mc.the mode is : very happy!!!.oh ya, hari Rabu semua murid tahap 2 dan guru2 memakai baju unit beruniform..tu la saya posing with baju pengakap, bukan penangkap ok.haha

Dua piala ini tetap menjadi pujaan hati kami..kami abadikan sebagai koleksi sekolah. Kenangan ini teramat manis. Semoga tahun2 akan datang..sekolah kami bertambah cemerlang sejajar dengan target sekolah kluster tahun 2015.

note : tidak semua orang suka dengan kegembiraan kita. Tetap ada yang dengki dan iri hati dengan kejayaan ini. Ada yang berkata tak adil kerana sekolah kami menang kedua-dua kategori ini..alasan nya kerana kami dah tahu soalan yang dipertandingkan. Memang tak masuk akal betul la, Pihak kami tidak terlibat langsung denggan bijak bm dan bukan hakim juga. Kami hanya terlibat dengan spelling bee, itu sangat mudah kerana saya rasa semua murid dah belajar spelling bee itu. Keputusan para juri adalah muktamad, mereka adalah juri profesional..tak payah lagi nak pertikaikan. Be profesional la ok, lagi berkat jika kita gantikan rasa dengki itu dengan cinta dan kasih sayang. Apa yang paling PENTING ialah PENYERTAAN..dan kita telah melakukan yang TERBAIK.betul tak?maaf ya, berjela-jela la pulak post kali ni...semangat saya coz rasa dah lega selepas 2 program dah berlalu..esok lagi, perkhemahan unit2 beruniform di sekolah.that's all...happy weekend ya semuanya :)

Saturday, October 22, 2011

Fresh sweet corn...+ shane & qeisha @ playground

Happy Saturday 2 u all :)
express post ni ya..hehe
sweet corn is our family favourite. Jagung manis my aunty ni mmg tidak mengecewakan :)
pic 1 kiri: shane sedang layan jagung manis yang masih fresh.( boiling sweet corn)
pic 2 kanan : Qeisha & dady makan jagung manis sambil menonton @ umah my SIL
pic bawah : pinjam kat google pic jagung manis yang cantik :)
dah kekenyangan dua beradik ni main kat playground pula. Suka tengok playground kat PGA kem ni coz sangat luas.
Pic atas : shane berehat keletihan. then sambung lagi...sampai basah baju berpeluh-peluh, kira la tak nak lepas peluang si shane ni kan
pic kiri bawah : nenek, qeisha & shane sedang melihat plane di udara..aduhai. Shane bagitau ada uncle martin kat plane tu.o tedah..
ok all..nak cepat ni, nak logout. Malam nanti baru i dpt bw..babaiii

Saturday, October 15, 2011

Love of coffee could hook you on drugs

Terjumpa kat yahoo news..then nak share ngan u all..
Love of coffee could also get you hooked on drugs -- so beware, warn scientists
Those who respond well to caffeine, found in energy drinks too, often enjoyed the effects of amphetamines and cocaine, especially in high doses, says a new study.

Not everyone who enjoys caffeine will abuse cocaine, they added, but the stimulating effects of these drugs make them particularly vulnerable, the journal Drug and Alcohol Dependence reports.

The study is based on a group which was asked if it preferred caffeine to a placebo tablet. It was then given a type of amphetamine and asked to rate it. Most who liked the caffeine liked the drugs, the Daily Mail reports.

Stacey Sigmon, professor at Vermont University, US, said: 'People differ dramatically in how they respond to drugs.

'For example, a single dose of a drug can produce completely opposite effects in two people with one absolutely loving and the other hating the drug's effects.

'It is important to improve our understanding of these differences, as they may reflect key individual differences in vulnerability or resilience for drug abuse.'

The study is the first to demonstrate caffeine prospectively predicts the positive subjective effects of another drug.


note : syukur...saya ni bukan pengemar coffee . Bagi pengemar coffee di luar sana .., beware ya @ kurangkan pengambilan coffee..

Tuesday, October 11, 2011

Lizard on a car!!

eeiiiii... korang berani tak pegang cicak macam pic di atas? Saya ni kan, geli sangat dengan cicak, jangankan nak pegang..tengok pun dah geli geleman. Rupanya tak cute betul kan..apalagi najis dia yang black & white tu.., sangat2 la tak suka kan.
Kisah yang sebenar ialah...
*

*

*
 sila perhatikan betul2 pic di bawah...amati betul2 perubahannya..
Kisahnya begini : Petang Ahad lepas (09.10.2011) haa.. siap ada date lagi, kami sekeluarga pergi la bersantai di esplanade. On the way balik rumah...dah gelap dah masa ni, dekat kul 8 malam agaknya. My hubby yang nampak dulu lizard tu kat cermin keta. Gelap kan, so kami tak perasan la lizard ada melekat kat cermin keta. Makin lama, lizard tu naik lagi kat bahagian atas cermin keta...dan, amat jelas kelihatan depan mata. Shane &qeisha apalagi..menjerit-jerit sebut lizard!.1st time dalam hidup saya tengok lizard melekat kat cermin keta depan mata..dah la time keta sedang berjalan.Camana tiba2 lizard tu tiba2 ada kat cermin keta kami. Eeeiiii..gelinya teringat camana rupanya. Nasib baik bukan saya yang drive masa tu, if saya yang drive..tak pasal2 tak dapat kawal stereng keta.
about pic 1 : si lizard mula memperlihatkan dirinya. Saya tak suruh hubby halau guna car wiper...coz takut terputus pulak ekornya.Lagi la geli kan.
pic 2:  makin naik atas lagi..betul2 depan tempat duduk saya & qeisha.
Pic 3 : degil betul lizard tu...masih lagi bergerak ke tepi sebelah kiri cermin keta. Qeisha makin takut..shane ok, coz duduk ngan neneknya kat seat belakang.
pic 4 : Si lizard tu..membengkokkan ekornya. Minta puji betul la si lizard tu kan, macam2 aksi yang dia tunjukkan..mentang2la orang captured pic dia hehe
* pic tak berapa clear..coz gelap & juz captured by phone je.
Ini aksi Qeisha pada mulanya : mula2 dia berpaling muka..mengelakkan pandangan ke arah si cicak kubin tu.Qeisha duduk atas ribaan saya. Sian..i pun takut gak sebenarnya..
Last2..qeisha tutup muka.Tak nak tengok cicak tu..so cute.hehe
note : ada maksud ke cicak tu?eeiiii...malas i fikirin..:).macam2 betul.

Sunday, October 9, 2011

Today at home..

Hai semuanya....
2 minggu dah tak update blog, rasa macam awal berblog rasanya. Apapun hari ni, dari awal pagi tadi dah berniat nak buat post hari ni. Walau tak tau nak buat entry pasal apa...that's why buat post apa yang saya buat sepanjang hari sabtu nie tadi. Hari ni takda pergi mana2, coz memang dah plan hari nak buat house cleaning.Ok, saya mulakan dengan simple breakfast kami tadi...
Bab membuat kuih saya ni memang failed ya, so saya goreng frozen karipap yang husband beli dengan rakan sekerjanya semalam. Next time nak beli lagi coz rasanya memang ada umphh & ranggup..memang berbaloi-baloi, dah la harganya berpatutan. 30 biji kan rm10 .
Toast bread & pau ni breakfast Shane & Qeisha. Pau kaya tu pun bukan saya yang buat ya, saya just steam pau tu je.
Lepas breakfast bermula la misi saya nak mengemas dan bersihkan rumah. Shane dan Qeisha saya mandikan terlebih dahulu , biar tugas saya berjalan dengan lancar. Minta tolong my mum yang layan mereka dua. Hujung minggu kan, tak semestinya kita berehat saja & bersantai ke luar rumah. Sometime bersihkanlah seluruh rumah, memang banyak kebaikannya. 
Ok, saya mulakan dengan mengutip semua pakaian & cadar yang perlu dicuci...masuk kat washing mesin & cepat2 i sidai supaya after t/hari boleh kering dah..then i vacum, bersihkan debu2 kat kabinet & apa yang patut.Pastu, barulah tugas mop mengemop lantai sehingga berkilat.haha.Huh, camne la rutin if kita fulltime housewife ya..nak sediakan lunch lagi. Kalau la saya, memang la masa lunch lari @ lambat la jawabnya coz habis vacum pun dah pukul 1 > petang dah...mujur la mak saya stay dengan kami, so dialah yang memasak untuk lunch kami hari ni. Habis kemas mengemas & mengemop kul 2 petang...then take a bath2, barulah saya makan. Saya ni jenis bila dah mengemas, selagi tak siap.memang tak ingat makan punya. ...so tired maa.., but i'm happy coz my lovely house is clean & tidy now.:)
Master bedroom...kemas & wangi dah.,ok ler tu. Itulah kepuasan bila kita mengemas rumah.Walau letih, tapi hati senang, tenang dan berbunga-bunga bila melihat bilik bersih dan kemas. Simple tak per, yang penting bersih dari debu2 semua , i hate debu tau, coz boleh bersin yang tak cukup sekali bila debu2 masuk hidung..
room 2 & 3 is very simple & sangat tecik, so tak yah la i captured ya.segan tau. Room 3 memang owes kemas coz my SIL yang stay kat situ, tapi dia & babynya selalu stay kat rumah kakak dia..jarang stay ngan kami kat sini dah.
Living room..dua ekong hero & heroin sedang layan kartun..mumy siap warning lagi jangan sepahkan barang & keluarkan toy. Nak main masuk room 2 ok.Wah, sampai bila la dua ekong anak2 tu  boleh bertahan,hehe..tak sampai pun setengah jam...diaorang angkut lagi toys tu. Huhuhu...what 2 do..diaorang tecik lagi.Biarin je la..yang penting diaorang happy..oh ya my dining room & kitchen i tak sempat captured coz sampai basah i mop mengemop.Next time la ya..heee tak da pun tak pe, coz simple simply yang teramat.haha..I enjoy doing housework, and dishwashing today...dinner kat luar la malam ni, coz rasa macam takde energy nak masak memasak.heee..alasan yang tak munasabah dan tak boleh diterima pakai kan.Harap2 la i rajin selalu.amien :)
note : draft post semalam ni, publish hari ni. Petang semalam time buat  entry rasa mengantuk sangat. So this early morning baru nak publish , sebelum bersiap nak turun tutorial :). Balik nanti saya singgah2 kat blog u all la ya...babaiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers