Friday, October 28, 2011

Gud news : Karnival bijak prasekolah 2011

Friday dah??? minggu ni terasa begitu cepat masa berlalu, dan minggu ni juga saya merasa teramat bz bee yang teramat. Monday & Tuesday karnival bijak prasekolah peringkat daerah miri Bakong yang melibatkan 32 buah sekolah, dan hari ni sambutan majlis hari jadi kanak2 prasekolah yang ke-6 tahun 2011 di sekolah tadi. Keletihan masih terasa hingga saat buat entry ni.
***************************************************************************
About the karnival Bijak Prasekolah...
Date : 24 & 25 Oktober 2011
Place : Pustaka Miri
Sekolah kami telah menyertai kesemua acara yang ada dipertandingkan iaitu, action song, bijak bahasa malaysia, bijak bahasa inggeris, hafazan, pertandingan mewarna & pakaian beragam. U all tau, pada pagi 24 hb (isnin) tu saya sepatutnya awal datang ke sekolah untuk mengambil peserta2 di sekolah ke lokasi pertandingan. Sedih, sesedih sedihnya coz saya terperangkap dalam kesesakan jalan raya selama 1 jam 40 minit di traffic laluan jalan utama ke sekolah. Semua ini di luar dugaan saya...dahla masa untuk mendaftar peserta tinggal 20 minit lagi, saya masih terperangkap dalam kesesakan. Tak pernah saya melalui kesesakan jalan seperti ini, semua ini disebabkan kebakaran sebuah gudang yang berhampiran dengan jalan utama. Saya berasa amat risau kerana peserta2 memang tidak muat sebuah kereta seorang cikgu yang sudah lama menunggu saya di sekolah.Saya menangis sendiri bila dia kata "kenapa mesti hari ni kamu lambat???"bayangkanlah...terkejut sungguh saya dengan soalan itu.Saya faham dia amat risau juga...semua ini betul2 di luar dugaan, saya memang dah bertolak awal dari rumah coz nak latih murid2 yang ikut action song sebelum bertolak..nasib baik ada parent yang hantar anak2 mereka sendiri, so masalah itu dapat diatasi.Syukur sangat2..sampai juga saya di lokasi sebelum pendaftaran bermula.
Lupakan masalah itu..kerana di sebalik kerisauan, kepahitan, kesedihan,cubaan...ada manisnya.Jom layan beberapa gambar sepanjang karnival tersebut. Agak lambat buat post ya coz terlalu bz rasanya.

the 1st day : persembahan action song dari kanak2 prasekolah kami dengan lagu wheel on the bus & you're my sunshine.Walau tak johan, mereka berjaya juga dikira sebagai top 10 dengan mendapat tempat ke-8 daripada 19 buah penyertaan. Geram juga saya kerana suara mereka tidak berapa jelas seperti yang diharapkan, maybe mereka terlalu nervous.Pergerakan ok.. Syukur juga mereka ada mendapat hadiah..
Antara peesembahan2 dari sekolah lain...seronok melihat anak2 yang sangat comel menunjukkan bakat2 di pentas..terhibur rasanya :)
Bijak bahasa inggeris...tugas saya sebagai penjaga masa with madam tan..bijak bahasa malaysia saya tak dapat ambil gambar coz serentak dengan pertandingan action song..
Peserta2 dari sekolah kami ( 1 sekolah 5 orang)..mereka akan bertanding di 3 stesen .Stesen 1 is spelling bee, station 2 fill in vowel & station 3 is fluent reading.. peserta2 dari sekolah kami saya tengok sangat aktif :)
second day...hafazan, pakaian beragam & majlis penutupan..about the pic : peserta2 pakaian beragam seramai 32 orang. Tetapi sayang saya hanya sempat menyaksikan 7 peserta sahaja. Pertandingan ini berlangsung sebelum majlis penutupan..dugaan lagi, sedang syok menyaksikan pertandingan ini, tiba2 salah seorang anak murid saya muntah sampai basah baju, seluar & kasut. Paniknya saya bila melihat wajahnya sangat pucat. Cepat2 saya hubungi parent dia..kerana takda bawa baju spare..kami berdua tunggu di tandas kerana pakaiannya sangat kotor dan berbau muntah lagi. Maybe masuk angin kot dia tu, saya sarankan parent dia bawa pergi ke klinik tak payah mengikuti majlis tu kerana dia sangat tidak bermaya.Nasib baik majlis penyampaian hadiah belum bermula lagi...dahla baju saya ada terkena muntah :(.tapi saya sedih seorang anak murid saya yang muntah tadi tak dapat turut serta majlis penutupan.
The gud news: Sekolah saya telah menjadi johan dalam pertandingan bijak bahasa malaysia dan bijak bahasa inggeris. Terkejut, gembira, bangga, dan pelbagai perasaan yang saya rasakan bila nama sekolah kami diumumkan sebagai pemenang untuk kedua-dua bijak bm dan bi. Thanks God...kejayaan ini adalah rezeki sekolah kami, anak2 murid kami dan berkat dari usaha murid,  guru dan ibu bapa. Bangga sesangat, kerana tuan Guru Besar ada menghadiri majlis ini, hanya ucapan terima kasih saya mampu lafazkan bila mendapat ucapan tahniah daripada beliau. Oh ya, terima kasih kepada rakan2 guru yang memberi ucapan tahniah kepada kami juga.
Sambungan lagi : Penyampaian hadiah sekali lagi semasa perhimpunan sekolah. Saya yang menjadi pengerusi, entah kenapa rasa gementar tu tetap ada bila bercakap di depan khalayak ramai. Syukur saya dapat mengatasi rasa nervous itu.hehe
Pic bawah : Cikgu pra cemerlang menyerahkan piala kejohan kepada Tuan Guru Besar..tersenyum manis tuan gb bila mendapat 2 piala kejohanan itu :)
Tak habis lagi...sambung lagi posing kat kelas.almaklumla masa perhimpunan, cikgunya takde dalam gambar, gara2 jadi mc.the mode is : very happy!!!.oh ya, hari Rabu semua murid tahap 2 dan guru2 memakai baju unit beruniform..tu la saya posing with baju pengakap, bukan penangkap ok.haha

Dua piala ini tetap menjadi pujaan hati kami..kami abadikan sebagai koleksi sekolah. Kenangan ini teramat manis. Semoga tahun2 akan datang..sekolah kami bertambah cemerlang sejajar dengan target sekolah kluster tahun 2015.

note : tidak semua orang suka dengan kegembiraan kita. Tetap ada yang dengki dan iri hati dengan kejayaan ini. Ada yang berkata tak adil kerana sekolah kami menang kedua-dua kategori ini..alasan nya kerana kami dah tahu soalan yang dipertandingkan. Memang tak masuk akal betul la, Pihak kami tidak terlibat langsung denggan bijak bm dan bukan hakim juga. Kami hanya terlibat dengan spelling bee, itu sangat mudah kerana saya rasa semua murid dah belajar spelling bee itu. Keputusan para juri adalah muktamad, mereka adalah juri profesional..tak payah lagi nak pertikaikan. Be profesional la ok, lagi berkat jika kita gantikan rasa dengki itu dengan cinta dan kasih sayang. Apa yang paling PENTING ialah PENYERTAAN..dan kita telah melakukan yang TERBAIK.betul tak?maaf ya, berjela-jela la pulak post kali ni...semangat saya coz rasa dah lega selepas 2 program dah berlalu..esok lagi, perkhemahan unit2 beruniform di sekolah.that's all...happy weekend ya semuanya :)

3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kesiannya Win.. biasa la kan, kita dah rancang tapi kalau dah jam kt tgh jln nk wat mcm mana kan..

Ttg budak muntah tu.. I rasa part ni I mmg tak layak jd Cikgu.. sbb I ni paling tak sanggup tengok org muntah. Nt bukan budak tu je yg pucat.. I yg tengok pulak yg jd pucat. Hehe..

aieda said...

hai kak win, mcm dh lama x update blog.. anyway cute kak win pakai baju pengakap..

win@momyShaneQeisha said...

miss mirror: ya la kan, siapa la nak terperangkap dlm jam yg teruk.
* terpaksa miss mirror, saya sendiri pun rasa nak muntah
aieda: sekali sekala je win update, kalau ada xtvt, baru la ada idea ni :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Credit

mySon Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

myDaughter Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

my Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers